04/01/2026
[ Makam Hazrat Habibun Najjar yg dalam Surah Yasin ]
Allahuakbar.. Antara nama besar org yg terdahulu yg di sebut Allah dalam Al-Quran mengenai org yg berkorban untuk Agama Allah ialah Hazrat Habibun Najar di dalam Surah Yasin yg selalu kita baca..berdebar rasa bila sampai di sisi Maqam Beliau.. Sehingga sy berkata, Tuan Habibun Najar, sy selalu baca kisah Tuan.. Org malaysia setiap malam jumaat baca kisah Tuan.. Hari ni Allah temukan kami dgn tuan.. Allahuakbar.. Semoga Allah pilih sy dpt berjuang untuk Agama mcm tuan hingga akhir hayat.. Amin..
Sebab tu surah Yasin ni kita perlu hayati kisah nya.. bkn hanya sekadar baca tanpa melihat tafsirnya.. Bagaimana kisah org yg berjuang berdakwah mempertahankan Agama.
Alhamdulillah jemaah kami sampai di kota Antakya Hatay..1400 km dari Istanbul.. Di kota ini majoriti org cakap arab sebab dahulu nya sebhgian dari wilayah syam..inilah Kota tempat berlakunya peristiwa Ashabul Yasin ini.. Maqam Beliau di Masjid Habibun Najar..3 tingkat tangga ke bawah tanah baru jumpa Maqam Beliau.. Suasana yg sejuk dan tenang di dalam itu.. Bahkan ada air gua yg menitis mcm stalaktit titisan dalan gua.. MasyAllah..
Imam Masjid tu pun namanya Yasin yg merupakan karkun org tanggungjawab Dakwah di kota ini.. Beliau sgt gembira bila tgk jemaah Malaysia sampai..
Kisah Habibun Najar ni sering di Bayan kan waktu keluar Dakwah.. Habib ni kerja nya tukang kayu.. Dia datang hanya journa kan(bukan dia ceramah pun, hanya iklan kan suruh ikut ajakan utusan² tersebut agar beriman pada Allah) dgn ayat yg pendek..
Kisah nya bermula dari sini.. Apabila Allah hantar utusan Allah untuk berdakwah mengajak penduduk Antakya ini beriman pada Allah.. Mereka halang Dakwah..
Allah berfirman:
وَٱضْرِبْ لَهُم مَّثَلًا أَصْحَٰبَ ٱلْقَرْيَةِ إِذْ جَآءَهَا ٱلْمُرْسَلُونَ
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi utusan-utusan Kami,
إِذْ أَرْسَلْنَآ إِلَيْهِمُ ٱثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوٓا۟ إِنَّآ إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua utusan itu) dengan utusan yang ketiga, lalu utusan-utusan itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu(iaitu untuk mengajak kamu beriman kepada Allah) '.
قَالُوا۟ مَآ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحْمَٰنُ مِن شَىْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ
Penduduk bandar itu menjawab:
"Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun tentang perkara yg kamu Dakwah kan ini.Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
قَالُوا۟ رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّآ إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ
Utusan-utusan itu berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah utusan-utusan yang diutus kepada kamu,
وَمَا عَلَيْنَآ إِلَّا ٱلْبَلَٰغُ ٱلْمُبِينُ
"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
قَالُوٓا۟ إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا۟ لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ
Penduduk bandar itu berkata p**a: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti dari menjalankan Dakwah , tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
قَالُوا۟ طَٰٓئِرُكُم مَّعَكُمْ أَئِن ذُكِّرْتُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ
Utusan-utusan itu menjawab:
"Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan kekufuran yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran, maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu? Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf bahkan kamu adalah kaum pelampau".
وَجَآءَ مِنْ أَقْصَا ٱلْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَىٰ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱتَّبِعُوا۟ ٱلْمُرْسَلِينَ
Dan (semasa utusan-utusan itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu mengatakan dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah utusan-utusan itu -
ٱتَّبِعُوا۟ مَن لَّا يَسْـَٔلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ
"Turutlah orang-orang yang berdakwah tidak meminta kepasa kamu sesuatu upah atau balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
وَمَا لِىَ لَآ أَعْبُدُ ٱلَّذِى فَطَرَنِى وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan apabila di tanya :Sudahkah engkau menerima Agama mereka? Maka jawabnya: "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah aku dan kamu semua akan dikembalikan?(dia mendakwahi kaum nya dgn untuk turut beriman kepada Allah)
ءَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةً إِن يُرِدْنِ ٱلرَّحْمَٰنُ بِضُرٍّ لَّا تُغْنِ عَنِّى شَفَٰعَتُهُمْ شَيْـًٔا وَلَا يُنقِذُونِ
"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? Sudah tentu tidak patut, kerana jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
إِنِّىٓ إِذًا لَّفِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ
"Sesungguhnya aku kalau melakukan syirik, tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
إِنِّىٓ ءَامَنتُ بِرَبِّكُمْ فَٱسْمَعُونِ
"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah Tuhan aku dan Tuhan Kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.
قِيلَ ٱدْخُلِ ٱلْجَنَّةَ قَالَ يَٰلَيْتَ قَوْمِى يَعْلَمُونَ
(org kota itu telah membunuhnya kerana Dakwah nya tadi.. Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلْمُكْرَمِينَ
"Tentang perkara Dakwah inilah yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".
وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَىٰ قَوْمِهِۦ مِنۢ بَعْدِهِۦ مِن جُندٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati di bunuh sedang berdakwah) sebarang pas**an tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
إِن كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَٰحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَٰمِدُونَ
Kebinasaan mereka dilakukan dengan satu pekikan yang sgt dahsyat, maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi..
Inilah Akibat menentang Dakwah. Menghina dan menghalau org Dakwah bahkan membunuh org Berdakwah.. Sebab tu jangan menentang kerja Dakwah.. Kalau tak mampu buat, berilah ruang org lain buat Dakwah.. Mudahkanlah org berdakwah..
Semoga Allah menerima kita semua dan menerima semua Umat ini menjadi asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat.. Semoga Allah kekalkan kita dalam kerja Dakwah yg mulia ini hingga akhir hayat.. Amin...
Kredit : Guru kami AF Ustaz Ustaz Ahmad Farkhan Daie
Muhajir Madani