BELURAN OUR LADY OF FATIMA CHURCH

BELURAN OUR LADY OF FATIMA CHURCH This church has bring us the Joy,The Hope and Forgiveness to all BELURAN R.C community.lets us share Fr. Dewit. Sedar akan keperluan umat akan Ekaristi, Rev. Rev.

SEJARAH RINGKAS GEREJA
KOMUNITI UMAT KATOLIK PERTAMA OUR LADY OF FATIMA, BELURAN


Pada awal tahun 70’an, komuniti kristian khususnya katolik tidak mempunyai rumah ibadat untuk bersembahyang. Sehubungan dengan itu, umat awal yang di pimpin oleh saudara Stephen Ubing dan saudara Lawrence Dusalam telah memulai pelayanan dengan mengadakan sembahyang dan berdoa Rosari di rumah-rumah umat. Kedudukan

Beluran sebagai daerah luar bandar yang jauh dan belum mempunyai kemudahan jalan yang baik menyebabkan umat-umatnya jarang dikunjungi oleh paderi. Uskup dan Paderi hanya akan melawat dalam tempoh 2 bulan ke 1 tahun sekali. Pada tahun 1972 Komiti Umat Katolik di tubuhkan dengan di Pengerusikan oleh OKK Anthony Nichol Sidol. Tugas kerohanian di pertanggungjawabkan kepada saudara Stephen Ubing dan saudara Lawrence Dusalam. Sedar akan bilangan umat yang bertambah, maka komiti umat katolik telah bersetuju untuk membina sebuah gereja kecil ( chapel ). Sementara pungutan dan derma dari kalangan umat dijalankan bagi menampung perbelanjaan pembinaan, saudara Vincent Rodrigues telah menawarkan tapak tanahnya bagi mendirikan chapel. Gereja Kecil ( Chapel ) telah siap dibangunkan dalam tempoh pembinaan 3 bulan; dirasmikan pada tahun 1973 oleh Bishop Peter Chung dari Sarawak, dibantu oleh Rev. Hadir sama ke majlis perasmian chapel ialah Tan Sri Ben Stephen. Oleh kerana pelayanan awal dimulai dengan hanya berdoa Rosari maka chapel tersebut telah dinamakan sebagai OUR LADY OF FATIMA.
3 tenaga pembimbing s**arela iaitu, mendiang Catherine Nandu, mendiang Rosemary Govind dan Puan Catherine Willie. Mereka berperanan mendidik kanak-kanak tentang Katolik. Kerinduan untuk membimbing umat dengan pelayan ibadat yang tetap setiap minggu, saudara Wilfred Sauking Kechi telah menyahut panggilan untuk mengikuti kursus katekis selama 3 bulan di PUSKAT Keningau dengan biayaan umat. Umat terus bertambah dengan adanya tenaga pelayan s**arela. Pada tahun 1989, sebuah bangunan baru gereja berkapasiti 400 orang telah siap dibina, digunakan dan telah dirasmikan oleh Rt. Msgr Cornellius Piong ( sekarang Bishop Datuk Coenellius Piong – Dioses Keningau ). Tobias Chi telah melantik 5 orang Pembantu Pelayan Komuni pertama ( Sdra. Stephen V. Ubing, Sdra. Wilfred Sauking Kechi, Sdra. Gerald Salipa Siringan, Sdra. Frederick Gondou dan Sdra. Hendrickus B. Nadus ). Francis Tsen telah menambah 2 orang lagi Pembantu Pelayan Komuni ( Sdra. Rafael Henry Lindan dan Sdra. Sylvester Sutin Atou ) dan semasa perayaan Hari Gereja Our Lady Of Fatima, Beluran pada 15 Mei 2009, Rt. Bishop Julius Dusin Gitom telah melantik 3 orang lagi Pembantu Pelayan Komuni ( Sdra. Raymond Asok, Sdra. Gabriel Bali dan Sdra. Primus )

Dengan adanya Pembantu Pelayan Komuni Kehadiran umat semakin bertambah, gereja semakin sesak khususnya pada perayaan-perayaan gereja dan lawatan untuk Ekaristi bagi umat di luar stasi pada setiap minggu telah di pergiatkan. Puji Tuhan.

[Part 3] “YES TO FOREVER” 💍❤️✨ 8 Ogos 2026 | Misa Kudus & Amor Vitae GalaPerjalanan Salib Paroki Our Lady of Fatima, Bel...
13/08/2026

[Part 3] “YES TO FOREVER” 💍❤️

✨ 8 Ogos 2026 | Misa Kudus & Amor Vitae Gala
Perjalanan Salib Paroki Our Lady of Fatima, Beluran

Acara kemuncak bagi Program Pembaharuan Janji Kahwin sempena Perjalanan Salib peringkat Paroki Our Lady of Fatima, Beluran telah diraikan dengan penuh s**acita melalui Misa Kudus, yang turut diserikan dengan Pembaharuan Janji Kahwin oleh seramai 38 pasangan suami isteri.

Pembaharuan janji ini menjadi satu momen yang begitu bermakna, bukan sekadar mengulangi sebuah janji, tetapi sebagai tanda kesediaan untuk terus memperbaharui kasih, komitmen dan kesetiaan kepada satu sama lain.

❤️ Selamat kepada semua pasangan yang telah memperbaharui janji perkahwinan. Teruslah berkata… YES TO FOREVER! ❤️










[Part 2] “YES TO FOREVER” 💍❤️✨ 8 Ogos 2026 | Misa Kudus & Amor Vitae GalaPerjalanan Salib Paroki Our Lady of Fatima, Bel...
11/08/2026

[Part 2] “YES TO FOREVER” 💍❤️

✨ 8 Ogos 2026 | Misa Kudus & Amor Vitae Gala
Perjalanan Salib Paroki Our Lady of Fatima, Beluran

Acara kemuncak bagi Program Pembaharuan Janji Kahwin sempena Perjalanan Salib peringkat Paroki Our Lady of Fatima, Beluran telah diraikan dengan penuh s**acita melalui Misa Kudus, yang turut diserikan dengan Pembaharuan Janji Kahwin oleh seramai 38 pasangan suami isteri.

Pembaharuan janji ini menjadi satu momen yang begitu bermakna, bukan sekadar mengulangi sebuah janji, tetapi sebagai tanda kesediaan untuk terus memperbaharui kasih, komitmen dan kesetiaan kepada satu sama lain.

❤️ Selamat kepada semua pasangan yang telah memperbaharui janji perkahwinan. Teruslah berkata… YES TO FOREVER! ❤️










[Part 1] “YES TO FOREVER” 💍❤️✨ 8 Ogos 2026 | Misa Kudus & Amor Vitae GalaPerjalanan Salib Paroki Our Lady of Fatima, Bel...
11/08/2026

[Part 1] “YES TO FOREVER” 💍❤️

✨ 8 Ogos 2026 | Misa Kudus & Amor Vitae Gala
Perjalanan Salib Paroki Our Lady of Fatima, Beluran

Acara kemuncak bagi Program Pembaharuan Janji Kahwin sempena Perjalanan Salib peringkat Paroki Our Lady of Fatima, Beluran telah diraikan dengan penuh s**acita melalui Misa Kudus, yang turut diserikan dengan Pembaharuan Janji Kahwin oleh seramai 38 pasangan suami isteri.

Dalam suasana penuh syukur dan kasih, para pasangan sekali lagi mengungkapkan kesediaan untuk terus setia dalam panggilan hidup berumah tangga, memilih kasih setiap hari serta berjalan bersama dalam s**a dan duka.

Pembaharuan janji ini menjadi satu momen yang begitu bermakna, bukan sekadar mengulangi sebuah janji, tetapi sebagai tanda kesediaan untuk terus memperbaharui kasih, komitmen dan kesetiaan kepada satu sama lain.

Selepas Misa Kudus, kemeriahan diteruskan melalui ✨ Amor Vitae Gala ✨, sebuah acara khas bagi meraikan 38 pasangan yang baru sahaja memperbaharui janji perkahwinan mereka.

Pelbagai acara telah memeriahkan Amor Vitae Gala, antaranya:
- Acara Pemotongan Kek
- Persembahan Nyanyian Pembukaan oleh Seminarian Edward Yahan
- Penyampaian Cenderahati kepada para penyampai sesi
- Penyampaian Sijil Penyertaan kepada semua peserta
- Serta pelbagai acara dan momen istimewa yang menceriakan malam penuh kasih dan s**acita ini.

Berlandaskan semangat Amoris Laetitia, yang mengajak keluarga untuk menemukan kembali s**acita kasih dalam kehidupan berumah tangga, Amor Vitae Gala menjadi ruang untuk meraikan cinta, kesetiaan, pengorbanan dan perjalanan setiap pasangan dalam membina keluarga.

Semoga pembaharuan janji yang diraikan ini terus menjadi sumber kekuatan dan berkat bagi setiap pasangan, agar kasih yang telah dipersatukan Tuhan terus bertumbuh dan menjadi kesaksian kepada keluarga, Gereja dan komuniti.

❤️ Selamat kepada semua pasangan yang telah memperbaharui janji perkahwinan. Teruslah berkata… YES TO FOREVER! ❤️










“YES TO FOREVER” 💍8 Ogos 2026 - Program Pembaharuan Janji Kahwin | Perjalanan Salib Paroki Our Lady of Fatima, BeluranSe...
11/08/2026

“YES TO FOREVER” 💍

8 Ogos 2026 - Program Pembaharuan Janji Kahwin | Perjalanan Salib Paroki Our Lady of Fatima, Beluran

Seramai 38 pasangan suami isteri telah mengambil bahagian dalam Program Pembaharuan Janji Kahwin yang diadakan sebagai salah satu pengisian sempena Perjalanan Salib peringkat Paroki Our Lady of Fatima, Beluran.

Sesi pertama telah disampaikan oleh Rev. Fr. Stephen Esguerra, manakala sesi kedua p**a disampaikan oleh Sr. Rose Ginibun. Kedua-dua sesi ini mengajak para pasangan untuk kembali menghayati makna panggilan dalam perkahwinan, memperbaharui komitmen serta menyemai kembali kasih dan kesetiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Selari dengan tema Keuskupan Sandakan sempena Perjalanan Salib yang berlandaskan dokumen Amoris Laetitia, yang menekankan tentang s**acita kasih dalam keluarga, program ini menjadi salah satu momen istimewa dalam meraikan keindahan, kekuatan dan s**acita kehidupan berkeluarga.

💒 “Yes to Forever” bukan sekadar sebuah janji, tetapi merupakan ungkapan kesediaan untuk terus memilih kasih, setia dalam s**a dan duka, serta berjalan bersama sebagai pasangan dalam kehidupan berumah tangga.

Semoga pembaharuan janji ini menjadi sumber kekuatan dan berkat bagi setiap pasangan, agar kasih yang telah dipersatukan terus bertumbuh dan menjadi kesaksian kepada keluarga serta komuniti.

❤️ Selamat memperbaharui janji, dan terus berkata “Yes to Forever”! ❤️









DOA TAIZÉ SEMPENA PERJALANAN SALIB PAROKI OLOF BELURAN✝️Paroki Our Lady of Fatima (OLOF) Beluran memanjatkan kesyukuran ...
07/08/2026

DOA TAIZÉ SEMPENA PERJALANAN SALIB PAROKI OLOF BELURAN✝️

Paroki Our Lady of Fatima (OLOF) Beluran memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas kelancaran Doa Taizé sempena Perjalanan Salib Paroki OLOF Beluran yang telah berlangsung dengan penuh penghayatan.

📅 Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
🕢 Masa: 7.30 malam
📍 Tempat: Gereja Our Lady of Fatima (OLOF), Beluran

Doa Taizé merupakan satu bentuk doa meditatif yang menggabungkan nyanyian berulang, bacaan Kitab Suci, keheningan dan renungan, bagi membantu umat mengalami kehadiran Tuhan secara lebih mendalam. Melalui perhimpunan doa ini, umat diajak untuk merenungkan kasih dan pengorbanan Kristus serta memperbaharui komitmen untuk terus hidup sebagai murid-Nya.

Semoga setiap rahmat yang diterima melalui pertemuan doa ini terus mengukuhkan iman, memupuk semangat persaudaraan dalam komuniti, dan menggerakkan kita untuk berjalan bersama Kristus dengan penuh harapan dan kasih.

Pihak Paroki merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Paderi, Seminarian, para penganjur, petugas liturgi, koir, pemuzik, serta seluruh umat yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan pelayanan yang telah dipersembahkan dibalas dengan berkat yang melimpah daripada Tuhan.

"Tetaplah berdoa."
— 1 Tesalonika 5:17

Paroki Our Lady of Fatima (OLOF) Beluran

21/06/2026

kehangatan, sorakan, dan warna-warni Hari Sukan Paroki OLOF 2026

🌾 SUKAN TRADISI & HARI KELUARGA KAAMATAN 2026 PAROKI OLOF BELURAN SUKSES! 🌾(20 Jun 2026), kawasan Gereja Our Lady of Fat...
20/06/2026

🌾 SUKAN TRADISI & HARI KELUARGA KAAMATAN 2026 PAROKI OLOF BELURAN SUKSES! 🌾
(20 Jun 2026), kawasan Gereja Our Lady of Fatima (OLOF), Beluran meriah dengan kehadiran umat dari geraja-gereja OLOF, Jaya Bakti, & Bukit Garam di bawah tema "Berakar dalam Tradisi, Bersatu dalam Kristus".Sebanyak 13 acara tradisi dan rakyat seperti Momolostik, Mampulot, dan Migazat Dukug (Tarik Tali) telah dipertandingkan mengikut sistem rumah s**an bagi merebut Piala Pusingan.Syabas kepada seluruh umat yang menjayakan program ini!

11/06/2026
🌾 Shalom dan Salam Kaamatan!Biarpun sambutan Kaamatan telah berlalu, semangat kebersamaan, persaudaraan dan kesyukuran y...
11/06/2026

🌾 Shalom dan Salam Kaamatan!

Biarpun sambutan Kaamatan telah berlalu, semangat kebersamaan, persaudaraan dan kesyukuran yang dibawa oleh perayaan ini masih kita raikan.

Sehubungan itu, kami dengan s**acitanya menjemput seluruh umat dan keluarga untuk menyertai Sukan Tradisi & Hari Keluarga Kaamatan 2026 yang akan diadakan pada:

📅 20 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 5.00 petang
📍 Gereja Our Lady of Fatima, Beluran

Pelbagai acara menarik menanti anda, daripada s**an tradisi hinggalah aktiviti kekeluargaan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

🎉 Marilah kita bersama-sama memeriahkan acara ini, mengeratkan lagi hubungan sesama umat, serta mencipta kenangan indah bersama keluarga dan sahabat.

Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda di sana! 🌾

✝️ SEBUAH ZIARAH IMAN & KEKELUARGAAN: SALIB KINI TIBA DI OLOF BELURAN! 🥾🏡🔥"Salib ini melambangkan sebuah ziarah—perjalan...
17/05/2026

✝️ SEBUAH ZIARAH IMAN & KEKELUARGAAN: SALIB KINI TIBA DI OLOF BELURAN! 🥾🏡🔥
"Salib ini melambangkan sebuah ziarah—perjalanan iman yang bergerak, membawa kasih Kristus dari satu komuniti ke komuniti yang lain, serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan kita semua." 👣✨
Syukur kepada Tuhan! Hari ini, perjalanan panjang Salib dari Misi Paitan telah selamat tiba di destinasinya di Gereja Our Lady of Fatima (OLOF), Beluran. Perjalanan fizikal ini merupakan satu ziarah rohani yang mendalam, memperlihatkan kesatuan iman dan semangat penginjilan yang menghubungkan umat merentasi zon.
Bukan sekadar ziarah, kehadiran Salib ini turut membawa mesej kekeluargaan yang kuat. Ia mengingatkan kita bahawa sebagai satu paroki, kita adalah sebuah keluarga besar di dalam Kristus yang saling menyokong, melindungi, dan bertumbuh bersama dalam iman.
Ketibaan penuh rahmat ini disambut meriah oleh para belia dan seluruh umat melalui perayaan Misa Kudus di gereja OLOF. Kegembiraan hari ini nyata berganda kerana kita turut bersama-sama merayakan:
🍎 Hari Guru – Memperingati dan menghargai pengorbanan para guru akademik serta guru katekis yang mendidik rohani generasi muda.
📢 Minggu Komunikasi Sedunia – Selaras dengan tema tahun ini iaitu "Memelihara Suara dan Wajah Manusia", kita diingatkan untuk sentiasa menggunakan komunikasi sebagai alat untuk membina hubungan yang tulus, memelihara nilai kemanusiaan, serta menyatukan institusi kekeluargaan kita.
Syabas dan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya komuniti belia dan komuniti paroki yang sentiasa komited menggerakkan misi ini. Selamat datang Salib! Semoga ziarah ini memperbaharui komitmen pelayanan, mengukuhkan institusi kekeluargaan kita, dan mengeratkan lagi persaudaraan dalam Kristus. ❤️🙏

Address

Jalan Muanad 1
Beluran
90109

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BELURAN OUR LADY OF FATIMA CHURCH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share