Our Lady of Fatima Youth Ministry Beluran Sandakan.

Our Lady of Fatima Youth Ministry Beluran Sandakan. Kedudukan Beluran sebagai daerah luar bandar yang jauh dan belum mempunyai kemudahan jalan yang baik menyebabkan umat-umatnya jarang dikunjungi oleh paderi. Fr.

SEJARAH RINGKAS GEREJA
KOMUNITI UMAT KATOLIK PERTAMA OUR LADY OF FATIMA, BELURAN


Pada awal tahun 70’an, komuniti kristian khususnya katolik tidak mempunyai rumah ibadat untuk bersembahyang. Sehubungan dengan itu, umat awal yang di pimpin oleh saudara Stephen Ubing dan saudara Lawrence Dusalam telah memulai pelayanan dengan mengadakan sembahyang dan berdoa Rosari di rumah-rumah umat. Uskup dan Paderi hanya akan melawat dalam tempoh 2 bulan ke 1 tahun sekali. Pada tahun 1972 Komiti Umat Katolik di tubuhkan dengan di Pengerusikan oleh OKK Anthony Nichol Sidol. Tugas kerohanian di pertanggungjawabkan kepada saudara Stephen Ubing dan saudara Lawrence Dusalam. Sedar akan bilangan umat yang bertambah, maka komiti umat katolik telah bersetuju untuk membina sebuah gereja kecil ( chapel ). Sementara pungutan dan derma dari kalangan umat dijalankan bagi menampung perbelanjaan pembinaan, saudara Vincent Rodrigues telah menawarkan tapak tanahnya bagi mendirikan chapel. Gereja Kecil ( Chapel ) telah siap dibangunkan dalam tempoh pembinaan 3 bulan; dirasmikan pada tahun 1973 oleh Bishop Peter Chung dari Sarawak, dibantu oleh Rev. Dewit. Hadir sama ke majlis perasmian chapel ialah Tan Sri Ben Stephen. Oleh kerana pelayanan awal dimulai dengan hanya berdoa Rosari maka chapel tersebut telah dinamakan sebagai OUR LADY OF FATIMA.
3 tenaga pembimbing sukarela iaitu, mendiang Catherine Nandu, mendiang Rosemary Govind dan Puan Catherine Willie. Mereka berperanan mendidik kanak-kanak tentang Katolik. Kerinduan untuk membimbing umat dengan pelayan ibadat yang tetap setiap minggu, saudara Wilfred Sauking Kechi telah menyahut panggilan untuk mengikuti kursus katekis selama 3 bulan di PUSKAT Keningau dengan biayaan umat. Umat terus bertambah dengan adanya tenaga pelayan sukarela. Pada tahun 1989, sebuah bangunan baru gereja berkapasiti 400 orang telah siap dibina, digunakan dan telah dirasmikan oleh Rt. Msgr Cornellius Piong ( sekarang Bishop Datuk Coenellius Piong – Dioses Keningau ). Sedar akan keperluan umat akan Ekaristi, Rev. Tobias Chi telah melantik 5 orang Pembantu Pelayan Komuni pertama ( Sdra. Stephen V. Ubing, Sdra. Wilfred Sauking Kechi, Sdra. Gerald Salipa Siringan, Sdra. Frederick Gondou dan Sdra. Hendrickus B. Nadus ) pada 2 Februari, 1997.. Rev. Francis Tsen telah menambah 2 orang lagi Pembantu Pelayan Komuni ( Sdra. Rafael Henry Lindan dan Sdra. Sylvester Sutin Atou ) dan semasa perayaan Hari Gereja Our Lady Of Fatima, Beluran pada 15 Mei 2009, Rt. Bishop Julius Dusin Gitom telah melantik 3 orang lagi Pembantu Pelayan Komuni ( Sdra. Raymond Asok, Sdra. Gabriel Bali dan Sdra. Primus )

Dengan adanya Pembantu Pelayan Komuni Kehadiran umat semakin bertambah, gereja semakin sesak khususnya pada perayaan-perayaan gereja dan lawatan untuk Ekaristi bagi umat di luar stasi pada setiap minggu telah di pergiatkan. Puji Tuhan.

Address

Gereja Our Lady Of Fatima Beluran
Beluran
90107

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Our Lady of Fatima Youth Ministry Beluran Sandakan. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share