27/08/2026
📢 PERTANDINGAN AZAN KANAK-KANAK & REMAJA 🕌✨
Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pekan Weston 1448H/2026M, Masjid Nurul Iman Pekan Weston dengan sukacitanya menganjurkan Pertandingan Azan Kanak-Kanak dan Remaja.
Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat dan keberanian anak-anak serta remaja dalam melaungkan azan, di samping memupuk kecintaan kepada masjid, menghayati syiar Islam dan membentuk generasi muda yang berilmu serta berakhlak mulia.
🌙 Semoga suara azan anak-anak dan remaja kita terus bergema, menyuburkan jiwa dan menyemarakkan syiar Islam di Pekan Weston.
Terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, para juri serta semua pihak yang turut menjayakan program ini.
Masjid Nurul Iman Pekan Weston
“Menyemai Cinta Rasul, Membina Generasi Soleh dan Solehah.” 🤲🌹