Surau Al-Mukhlisin SMK Bayan Lepas

Surau Al-Mukhlisin SMK Bayan Lepas Pusat ilmu dan ibadat SMK Bayan Lepas bagi melahirkan modal insan berkualiti dunia dan akhirat.

12 RabiulAwal 1444HTarikh ini merupakan tarikh yang sangat istimewa buat umat Islam seluruh dunia. Lahir seorang insan y...
09/10/2022

12 RabiulAwal 1444H

Tarikh ini merupakan tarikh yang sangat istimewa buat umat Islam seluruh dunia. Lahir seorang insan yang mengeluarkan umat manusia dari kejahilan yang membawa risalah Allah untuk sekalian manusia amalkan. Namun tarikh ini jugalah umat Islam kehilangannya.

Justeru, sebagai tanda kasih dan cinta, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-NYA sentiasa berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab, ayat 56).

Selamat menyambut maulidurrasul. Semoga kita semua memperoleh syafaat daripadanya di akhirat kelak.

Bermula 15 Oktober, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan bacaan yasin setiap pagi Jumaat. Mohon yang berkelapangan u...
12/10/2021

Bermula 15 Oktober, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan bacaan yasin setiap pagi Jumaat. Mohon yang berkelapangan untuk menyertai majlis tersebut. Semoga kita semua beroleh barakah.

Pada hari Khamis, 12 Ogos Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SMK BAYAN LEPAS telah menganjurkan Majlis Bacaa...
13/08/2021

Pada hari Khamis, 12 Ogos Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SMK BAYAN LEPAS telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Zikir. Terima kasih diucapkan kepada wakil ppdbd,guru-guru,ajk pibg, waris dan murid-murid yang hadir secara maya dalam majlis ini. Semoga Allah menerima ibadah kita semua. Teruskan menjaga diri sendiri.

Siaran Langsung akan bermula pada pukul 8.15 Malam.
12/08/2021

Siaran Langsung akan bermula pada pukul 8.15 Malam.

Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Ibubapa Dan Guru Smk Bayan Lepas.

MAJLIS BACAAN YASIN SMKBLAnjuran : PIBG DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAMTarikh  : 12/08/2021Hari      : KHAMISMasa    : 8.15...
12/08/2021

MAJLIS BACAAN YASIN SMKBL
Anjuran : PIBG DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh : 12/08/2021
Hari : KHAMIS
Masa : 8.15 pm
Aplikasi: Google Meet
Link Jemputan : Klik link di bawah
Meeting URL: https://meet.google.com/rem-ftzx-rvc
DIKETUAI OLEH : USTAZ MOHD TAUFIQ BIN ABDUL

Semua Warga Sekolah, AJK PIBG, WARIS MURID TG 1 - 5 DAN MURID TG 5 DIJEMPUT HADIR.

12/05/2021

Hari ini hari terakhir bulan Ramadhan di mana pada 13 Mei kita akan menyambut kedatangan Syawal. Berakhirnya Ramadhan pada tahun ini, marilah kita singkap semula amal ibadat kita selama sebulan ini. sudahkah kita mencapai KPI yang telah diletakkan oleh ALLAH?

Semoga kita dapat berjumpa semula dengan ramadhan pada tahun akan datang. Teruskan jaga penjarakan fizikal (Ku An fusikum).

Kullu 'am wa antum bikhair. Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya kareem.

https://youtu.be/Z6Z2vj8FRsk

12/05/2021

Marilah kita mendengar perkongsian yang disampaikan oleh adik Mas Atikah dari kelas 4 Sarjana. Semoga kita semua beroleh manfaat.

https://youtu.be/wcYTODHyZBA

12/05/2021

Marilah kita mendengar perkongsian yang disampaikan oleh adik Danish Iman dari kelas 4 Sarjana. Semoga kita semua beroleh manfaat.

https://youtu.be/WfVtyEFfk5I

12/05/2021

Marilah kita mendengar perkongsian yang disampaikan oleh adik Ahmad Muqri dari kelas 4 Sarjana. Semoga kita semua beroleh manfaat.

https://youtu.be/Fix7NSZUb1w

12/05/2021

Marilah kita mendengar perkongsian yang disampaikan oleh adik Ahmad Alif dari kelas 4 Sarjana. Semoga kita semua beroleh manfaat.

https://youtu.be/Fix7NSZUb1w

MEMOHON SUMBANGAN INFAQ SEMPENA MADRASAH RAMADHAN 2021 Di dalam riwayat Tirmizi, Rasulullah ﷺ menyatakan sedekah paling ...
26/04/2021

MEMOHON SUMBANGAN INFAQ SEMPENA MADRASAH RAMADHAN 2021

Di dalam riwayat Tirmizi, Rasulullah ﷺ menyatakan sedekah paling afdhal ialah sedekah pada bulan Ramadhan.

Sempena bulan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1442H, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelab Guru Dan Kakitangan SMK Bayan Lepas turut serta PIBG SMK Bayan Lepas seperti kebiasaan sebelumnya akan menganjurkan Madrasah Ramadhan untuk menghidupkan suasana Ramadhan di sekolah. Kami akan mengadakan beberapa aktiviti yang bersifat kebajikan murid di mana musim pandemik ini telah menyebabkan pendapatan isi keluarga mereka terjejas. Sumbangan kebajikan ini, merangkumi sumbangan kepada mereka yang memerlukan termasuk bantuan anak yatim dan asnaf.

Kami berbesar hati untuk menerima sumbangan daripada guru-guru, ahli-ahli pibg, ibubapa dan komuniti luar sama ada dalam bentuk kewangan mahupun barangan keperluan.

Sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan kathiran dan terima kasih. Semoga Allah, memberkati kita di bulan Ramadhan, dan temukan kita dengan lailatul qadr. Ameen.. Isya"ALLAH.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Ustaz Mohd Taufiq, 019-4881946 atau hubungi pejabat sekolah di talian 04-6431068.

30/12/2020

Semoga meningkatkankan semangat buat anak murid SMK BAYAN LEPAS.

Address

SMK Bayan Lepas
Bayan Lepas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Mukhlisin SMK Bayan Lepas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share