Surau As-Syakirin Bayan Baru, Pulau Pinang -Infaq Dana Pembinaan

Surau As-Syakirin Bayan Baru, Pulau Pinang -Infaq Dana Pembinaan Memohon sumbangan pembinaan surau
(1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat dijemput menghadiri Majlis Yasin serta Tahlil Surau As-...
09/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muslimin dan muslimat dijemput menghadiri Majlis Yasin serta Tahlil Surau As-Syakirin. Marilah bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu, memohon keberkatan serta mengeratkan ukhuwah. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat dialu-alukan.

Butiran Majlis:
Hari: Khamis
Tarikh: 9 Julai 2026
Masa: Sejurus selepas Solat Maghrib
Tempat: Surau As-Syakirin
Penceramah: Ust. Muaz Shamsuddin

Pada kesempatan ini, marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan buat Haji Ismail (Lorong Mahsuri 4) serta suami Puan Tina (bekas AJK MPKK) yang sedang menerima rawatan kritikal di Hospital Pulau Pinang akibat kemalangan. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan, serta memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka dan seluruh ahli keluarga.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا
شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا.

Semoga doa dan kehadiran kita menjadi asbab turunnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Aamiin.

PROGRAM KOMUNITI SURAU AS-SYAKIRIN BANDAR BAYAN BARUAlhamdulillah, Program Komuniti Kursus Istimewa Masak Nasi Mendy Ber...
06/07/2026

PROGRAM KOMUNITI SURAU AS-SYAKIRIN BANDAR BAYAN BARU

Alhamdulillah, Program Komuniti Kursus Istimewa Masak Nasi Mendy Bersama Chef yang telah berlangsung pada Ahad, 5 Julai 2026, jam 9.00 pagi di Surau As-Syakirin, Bandar Bayan Baru, Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta yang telah berdaftar.

Program ini bukan sekadar memberi pendedahan kepada teknik penyediaan Nasi Mendy yang autentik, malah menjadi medan terbaik untuk mengeratkan ukhuwah, silaturahim serta semangat kerjasama dalam kalangan ahli kariah dan masyarakat setempat. Suasana sepanjang program dipenuhi dengan semangat kekeluargaan, saling membantu dan berkongsi ilmu, selaras dengan matlamat Surau As-Syakirin untuk membina komuniti yang bersatu padu.

Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada chef jemputan, para peserta, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi manfaat kepada semua peserta dan menjadi asbab kepada lahirnya lebih banyak program komuniti yang dapat menyatukan masyarakat pada masa hadapan. Insya-Allah, kita berdoa agar program seperti ini dapat diteruskan lagi dalam siri-siri yang akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai dan lebih meriah.

"Bersama Mengimarahkan Surau, Memperkukuh Ukhuwah, Membina Komuniti."

Mohd Shaffi bin Yusof Gani
Pengerusi
Surau As-Syakirin
Bandar Bayan Baru, Pulau Pinang

Terima kasih Aswad bos  Fat.Burger Bayan Baru  atas sumbangan untuk program korban Surau As-Syakirin Bayan Baru.T Shirt ...
20/06/2026

Terima kasih Aswad bos Fat.Burger Bayan Baru atas sumbangan untuk program korban Surau As-Syakirin Bayan Baru.
T Shirt korban khas dengan cetakan logo Fat Burger
Banyak sumbangan yg pihak surau terima dari anak muda yg hebat dan sedang menempa nama dalam FNB di Pulau Pinang

Jom support perniagaan anak muda ini.
Pihak surau doakan perniagaannya akan terus maju jaya dan dilimpahkan rezki dan kesihatan.. Amin..

Terima kasih Fat.Burger

📢 JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLILAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan segala hormatnya, pihak Sura...
18/06/2026

📢 JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya, pihak Surau As-Syakirin, Bandar Bayan Baru menjemput tuan/puan sekeluarga untuk hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil seperti ketetapan berikut:

🕌 Tempat: Surau As-Syakirin, Bandar Bayan Baru, Pulau Pinang
📅 Tarikh: Khamis, 18 Jun 2026
🕰️ Masa: Selepas Solat Maghrib
🎙️ Bersama: Ust. Muaz Shamsuddin

✨ Marilah kita bersama-sama mengimarahkan surau dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa demi meraih keberkatan serta rahmat Allah SWT.

🍽️ Jamuan makanan disediakan.

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathira.

"Lazatnya Yasin, Tenangnya Jiwa, Berkatnya Tahlil."

Anjuran: Surau As-Syakirin, Bandar Bayan Baru 🤲🏻🌹

Alhamdulillah selesai program  korban 2026 di Surau As Syakirin Bayan Baru.Terima kasih semua yang hadir dan bantu sepan...
27/05/2026

Alhamdulillah selesai program korban 2026 di Surau As Syakirin Bayan Baru.
Terima kasih semua yang hadir dan bantu sepanjang program.
Semoga ukhwah berkekalan.. Amin

tentatif ibadah korban Surau As-Syakirin Bayan Baru
25/05/2026

tentatif ibadah korban Surau As-Syakirin Bayan Baru

Imam dan khatib Surau As-Syakirin Bayan Baru
25/05/2026

Imam dan khatib Surau As-Syakirin Bayan Baru

jom sertai korban tahun ini bersama Surau  As_Syakiribn
21/04/2026

jom sertai korban tahun ini bersama Surau As_Syakiribn

Terima kasih YB Fahmi Zainol atas kesudian hadir dan menyumbang untuk iftar di Surau As-Syakirin bayan Baru.Kehadiran pi...
05/03/2026

Terima kasih YB Fahmi Zainol atas kesudian hadir dan menyumbang untuk iftar di Surau As-Syakirin bayan Baru.
Kehadiran pihak YB dan staff pejabat ADUN mengeratkan lagi ukhwah bersama penduduk Mahsuri serta jemaah yang hadir semalam..

Majlis Iftar Khas bersama YB▶️Hari :Rabu▶️Tarikh :4 Mac 2026▶️Masa 7.00 malamSya dengan penuh rendah hati menjemout selu...
04/03/2026

Majlis Iftar Khas bersama YB

▶️Hari :Rabu
▶️Tarikh :4 Mac 2026
▶️Masa 7.00 malam

Sya dengan penuh rendah hati menjemout seluruh penduduk untuk hadiri bukak puasa hari ini di surau.

Bawa bersama ahli kekuarga dan kenalan serta siapa sahaja untuk kita sama ramah mesra dengan YB hari ini di Surau As Syakirin Bayan Baru.

Kita bersama tunjukan kesatuan penduduk Mahsuri 😊

Address

Lorong Mahsuri
Bayan Lepas
11950

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau As-Syakirin Bayan Baru, Pulau Pinang -Infaq Dana Pembinaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau As-Syakirin Bayan Baru, Pulau Pinang -Infaq Dana Pembinaan:

Shortcuts

Share