HEART 2 HEART Christian

HEART 2 HEART Christian � 2 �

Ulang Tahun Kepadrian Rev. Fr. John Chong  ke-39 tahun, Tarikh Rasmi 26.8.2026🙏❤️Syukur kepada Tuhan atas rahmat dan kas...
26/08/2026

Ulang Tahun Kepadrian Rev. Fr. John Chong ke-39 tahun, Tarikh Rasmi 26.8.2026🙏❤️

Syukur kepada Tuhan atas rahmat dan kasih-Nya yang tidak pernah berkesudahan. 🙏✨

Petang ini kami bersama-sama meraikan Ulang Tahun Kepadrian Rev. Fr. John Chong — seorang imam yang telah dipanggil Tuhan untuk menjadi gembala, pembimbing dan teladan iman kepada umat-Nya. Di Kampung Bokah di gereja St Geogre.

Bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi sebuah kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhan atas kehidupan, pelayanan dan pengorbanan seorang imam yang terus setia melayani dengan kasih.

Semoga Tuhan terus mengurniakan kesihatan, kekuatan, kebijaksanaan dan sukacita dalam setiap langkah pelayanan Fr. John. Semoga setiap doa, masa dan tenaga yang dicurahkan untuk umat menjadi persembahan yang harum di hadapan Tuhan. 🕊️

Selamat Ulang Tahun Kepadrian, Rev. Fr. John Chong.
Kiranya kasih Kristus sentiasa menyertai, Roh Kudus membimbing dan Bunda Maria melindungi dalam setiap perjalanan pelayanan. ❤️🙏

“Aku akan memberikan kepadamu gembala-gembala yang sesuai dengan hati-Ku.”
— Yeremia 3:15

Ad Multos Annos, Fr. John! 🎉🙏
Teruslah menjadi cahaya dan berkat bagi ramai jiwa.
Tuhan memberkati dan menguatkan selalu. ❤️🕊️

Syukur puji yang teramat sangat atas kelancaran perjalanan kami Pilgrimage Kindau- Babang. Terima kasib Rev. Fr John ker...
24/08/2026

Syukur puji yang teramat sangat atas kelancaran perjalanan kami Pilgrimage Kindau- Babang. Terima kasib Rev. Fr John kerana mengajak kami join bersama.

Terima kasih umat Kindau yang dengan tangan terbuka menerima kehadiran kami H2H dan angkat kami jadi keluarga angkat.

Segala kenangan manis yang tercipta amat kami hargai untuk dijadikan bekalan cerita kami kelak. Sampai jumpa semua...

21-22.8.26 Pilgrimage Hosana.Syukur Kerja amal dan missa di Sri Aman serta penerangan sejarah penubuhan H2h berjalan lan...
24/08/2026

21-22.8.26 Pilgrimage Hosana.

Syukur Kerja amal dan missa di Sri Aman serta penerangan sejarah penubuhan H2h berjalan lancar..

Akan jumpa lagi Fr John tahun hadapan

Day 5. Last Day- 29.7.26Segala puji dan syukur kepada Tuhan. 🙏✝️ Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..Dengan hati yang...
30/07/2026

Day 5. Last Day- 29.7.26

Segala puji dan syukur kepada Tuhan. 🙏✝️
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

Dengan hati yang penuh kesyukuran, selesailah sudah Pilgrimage kita ke Balik Papan- Pontianak. Setiap langkah perjalanan ini dipenuhi dengan kasih Tuhan, kegembiraan, persaudaraan dan berkat yang sungguh bermakna. Tiada yang lebih membahagiakan selain melihat semua peserta p**ang dengan selamat, membawa p**ang kenangan indah serta iman yang semakin diperkukuhkan.

Selaku Person in Charge (PD), saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih🥰🙏 yang tidak terhingga kepada Rev. Fr. John Chong atas bimbingan rohani, doa-doa yang dipanjatkan, perkongsian sabda serta kasih seorang gembala yang sentiasa membimbing kami sepanjang pilgrimage ini.

Ucapan terima kasih🙏😘 yang istimewa juga saya tujukan kepada APD Puan Pengerusi, Mdm. Lucita, atas segala sokongan, kerjasama dan kepercayaan yang diberikan.

Jutaan terima kasih❤️💚💜🤍 kepada semua Ketua Van, para Warden Gereja serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus memastikan setiap perjalanan berjalan dengan lancar. Komitmen dan pengorbanan anda semua amat kami hargai.

Yang paling istimewa, terima kasih🥰🥰😘😘 kepada semua para pilgrim yang begitu sporting, ceria, sentiasa bertolak ansur, saling membantu dan menjaga antara satu sama lain. Gelak tawa, doa, nyanyian dan kebersamaan kita telah menjadikan pilgrimage ini bukan sekadar satu perjalanan, tetapi sebuah pengalaman iman yang akan sentiasa terpahat dalam hati.

Dari lubuk hati yang paling dalam, saya juga ingin memohon maaf 🙏atas segala kekurangan, kelemahan atau kekhilafan saya sepanjang menguruskan pilgrimage ini. Saya sedar masih banyak yang boleh diperbaiki. Setiap teguran dan pandangan akan saya jadikan pengajaran agar pilgrimage yang akan datang dapat diuruskan dengan lebih baik.

Akhir sekali, marilah kita terus membawa p**ang semangat kasih, kesatuan dan sukacita yang telah kita alami sepanjang pilgrimage ini ke dalam keluarga, komuniti dan kehidupan seharian kita.

Semoga Tuhan Yesus sentiasa memberkati setiap langkah perjalanan hidup kita, melimpahkan kesihatan, perlindungan dan damai sejahtera kepada kita semua.

Jika diizinkan Tuhan, semoga kita dipertemukan lagi dalam pilgrimage yang akan datang.
"Segala kemuliaan hanya bagi Tuhan." 🙏✝️

God bless everyone. Amen. ❤️

Day 4 28.7.26Dari Balik Papan- Pontianak( Belon)1 perjalanan yang lancar diberkati Tuhan. - Naik Alun2- Missa di Katerdr...
29/07/2026

Day 4 28.7.26

Dari Balik Papan- Pontianak( Belon)
1 perjalanan yang lancar diberkati Tuhan.

- Naik Alun2
- Missa di Katerdral St Joseph Pontianak
- Makan malam berasaskan B..
- Check in Hotel.
- Lanjut di Rooftop

Berjalan lancar dan menjadikan kepenatan yg amat berbaloi.
Lucita Ybanez Francis Ajis Hilora Sujen MyNie Ninie

Day 3 27.7.26Syukur atas rahmat kami sempat missa di St Theresa Balik papan. Lepas tu terus k IKN Nusantara. Sungguh ter...
27/07/2026

Day 3 27.7.26

Syukur atas rahmat kami sempat missa di St Theresa Balik papan.

Lepas tu terus k IKN Nusantara. Sungguh terpesona melihat bangunan tersergam indah disana.

Hiburan karaoke di bas pun sangat panas.. semua happy.. 😍😍😍🫰🫰🫰🫰

Day 2 Pilgrimage Balik papan.Dimulai dgn Missa bersamat umat di Gereja kristus bangkit. Berdoa di Gua Maria Notre.Berdoa...
27/07/2026

Day 2 Pilgrimage Balik papan.

Dimulai dgn Missa bersamat umat di Gereja kristus bangkit.
Berdoa di Gua Maria Notre.
Berdoa di Gua Bukit Doa
Menziarahi Panti asuhan anak yatim
Shoping di Kebun sayur
Shoping di super Block mall
Makan di restoran sedap.
Syukur semua berjalan seperti yg di rancang.🙏🙏🙏😇😇

Day 1 25.7.2026Pilgrimage Balik papan.Perjalanan yg luarbiaaa.. dari awal dah diberkati. Syukur kàmi sampai d Balik papa...
26/07/2026

Day 1 25.7.2026
Pilgrimage Balik papan.

Perjalanan yg luarbiaaa.. dari awal dah diberkati. Syukur kàmi sampai d Balik papan on time. Makan malam pun sangat luar biasa ada tarian dan live band.


Kenangan   HEART 2 HEART Christian
21/06/2026

Kenangan HEART 2 HEART Christian

🌺🌴 FAMILY GATHERING HEART TO HEART 2026 🌴🌺3 Hari 2 Malam yang penuh dengan kegembiraan, kasih sayang dan kenangan manis ...
21/06/2026

🌺🌴 FAMILY GATHERING HEART TO HEART 2026 🌴🌺

3 Hari 2 Malam yang penuh dengan kegembiraan, kasih sayang dan kenangan manis di BTC Lundu.

Bermula dengan aktiviti santai dan mesra, kami bersama-sama mengeratkan persahabatan melalui pelbagai acara yang menyeronokkan. Tidak lupa juga 6 permainan yang berlangsung di tepi pantai. Memang meriah dengan sorakan, gelak ketawa dan aksi lucu yang mencuit hati. Ada yang bersungguh-sungguh mahu menang, ada juga yang "pandai-pandai" cari jalan pintas sampai ada yang sakit hati sikit. 😂 Tapi semuanya tetap dalam semangat kekeluargaan dan menghiburkan.

Malam kedua p**a menjadi kemuncak acara dengan Dinner bertemakan Hawai yang sungguh meriah. Semua tampil bergaya dengan pakaian berwarna-warni dan penuh kreativiti. Tahniah kepada 10 pemenang Best Dress Lelaki dan 10 pemenang Best Dress Wanita yang berjaya mencuri perhatian pada malam tersebut. 🌺✨

Terima kasih yang tidak terhingga kepada:

❤️ Rev Fr John
❤️ PD Nuyia
❤️ Semua AJK yang bertugas dengan penuh dedikasi
❤️ Semua peserta yang hadir dan sama-sama memeriahkan Family Gathering ini
❤️Terima kasih kepada Umat Kampung Serayan yg menyambht kami dengan penuh kemeriahan.

Setiap detik yang dilalui bersama menjadi memori yang indah dan akan sentiasa terpahat di hati.

Kami datang dengan penuh harapan, bergembira dengan penuh kegembiraan, dan p**ang dengan hati yang dipenuhi kenangan manis.

Semoga ikatan persahabatan dan kasih sayang dalam Heart To Heart terus mekar dan diberkati selalu.

Jumpa lagi di Family Gathering akan datang! 🥰🌴🌺
fans
Lucita Ybanez
Francis Ajis
MyNie Ninie
John Chong




Address

Jalan Ong Guan Cheng
Bau
94000

Telephone

+60128582909

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEART 2 HEART Christian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share