Surau An-Naim Parit Jabar

Surau An-Naim Parit Jabar PAGE RASMI SURAU AN-NAIM PARIT JABAR

✦ MERDEKA KE-68 ✦“Alhamdulillah, tanah air kita terus melangkah ke usia 68 tahun kemerdekaan. Kemerdekaan ini bukan seka...
17/08/2025

✦ MERDEKA KE-68 ✦

“Alhamdulillah, tanah air kita terus melangkah ke usia 68 tahun kemerdekaan. Kemerdekaan ini bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi lebih besar – ia adalah amanah untuk menjaga agama, bangsa, dan tanah air agar sentiasa di bawah naungan Allah.

Surau An-Naim menyeru kita semua agar mengisi erti kemerdekaan dengan memperkuat iman, menyuburkan amal, dan memelihara ukhwah sesama umat. Inilah sebenar-benar merdeka – bebas daripada belenggu nafsu, syirik, dan perpecahan.

Moga Malaysia terus aman dan diberkati Ilahi.
✨ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 daripada keluarga besar Surau An-Naim. ✨


17/08/2025
SELAMAT HARI LAHIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD(100 Tahun-Seabad Usia Sejuta Hikmah)1. Negarawan Terulung – Tun M ialah Perda...
12/07/2025

SELAMAT HARI LAHIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
(100 Tahun-Seabad Usia Sejuta Hikmah)

1. Negarawan Terulung – Tun M ialah Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat: 1981–2003 dan kembali semula 2018–2020. Dua era yang berbeza, satu tokoh yang sama.

2. Pemikir Melayu Moden – Beliau menulis buku "The Malay Dilemma" pada 1970, yang mengkritik dan menganalisis kedudukan orang Melayu secara tajam — menjadikan beliau tokoh intelektual yang kontroversi tetapi dihormati.

3. Pengasas Wawasan 2020 – Idea besar Tun M pada tahun 1991 untuk membawa Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020, dengan penekanan kepada pembangunan sains, teknologi, dan perpaduan kaum.

4. Perjuang Bahasa dan Identiti – Walau dilihat sebagai moden, Tun M tegas dalam mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran, serta menekankan jati diri bangsa.

5. Islam dan Pembangunan – Di bawah pentadbiran beliau, tertubuhnya banyak institusi Islam seperti IIUM, Tabung Haji diperkasa, Bank Islam, dan juga pembangunan Putrajaya dengan senibina bercirikan Islam.

"He was never the king,
But the mountain moves only when he whispered "

"He never raised his voice in chaos
Yet when spoke, even mountains moved"

Hence they called him
"THE VOICE OF THE MOUNTAIN"
(Geneva 1985)



08/07/2025

SURAU INI PERNAH PENUH

Dulu…
Surau ini pernah penuh.
Penuh dengan suara yang tak pernah seragam.
Ada suara budak baca iqra’,
ada suara pak cik mengaji dengan dengung yang turun naik macam ombak pagi.

Waktu tu,
tiap Maghrib bukan sekadar solat,
tapi pertandingan suara siapa paling kuat hafal surah pendek.
Surah An-Nas pun boleh bertukar jadi An-Nes,
tapi pak imam tetap senyum… dia tahu, itu benih-benih iman yang baru belajar hidup.

Ada budak yang datang bukan sebab nak solat,
tapi sebab nak main kejar-kejar lepas Isyak,
atau sebab mee hoon Pak Duang lepas tahlil malam Jumaat.

Kipas siling tu — yang dah berkarat dan bunyi dia “tik-tik-tik” —
jadi muzik latar kami waktu tidur antara Maghrib dan Isyak.
Siapa lambat bangun, kena cubit dengan Pak Imam,
tapi esok datang balik. Rindu cubitan tu, mungkin.

Selipar getah tersusun tak pernah betul —
ada yang sama warna, tapi saiz lain. Kadang balik pakai selipar orang,
tapi tak kisah.
Semua rasa macam keluarga.

Tapi sekarang…

Dinding ni yang dulu penuh tampalan jadual solat dan poster Maulid,
sekarang kosong.
Ada cap cicak, ada cop habuk.

Tikar ni… yang dulu berbau peluh budak dan minyak atar murah,
kini berbau sepi.
Yang tinggal hanya suara azan Pak Long Ica yang masih gagah,
walau jemaah tinggal dua tiga.

Bila ditanya,
"Mana budak-budak sekarang?"
Orang jawab:
"Budak sekarang tak macam dulu…"

Tapi mungkin… kita juga tak macam dulu.
Dulu kita sabar, kita ajak, kita pimpin tangan.
Sekarang kita tunggu mereka datang sendiri.

Surau ini masih sabar menunggu,
dalam diamnya dia berdoa —
agar satu hari nanti,
suara takbir, iqra’, dan tawa kanak-kanak kembali beralun,
seperti mimpi yang pernah benar,
di kampung yang makin tua.



PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA DI SURAU AN -NAIM .Anjuran:-•Surau An-Naim•JPKK Parit Jabar•Surau Ar-Rahman•Surau An-Nur Be...
08/07/2025

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA DI SURAU AN -NAIM .

Anjuran:-
•Surau An-Naim
•JPKK Parit Jabar
•Surau Ar-Rahman
•Surau An-Nur

Bersama:-
•YAB Dato' Onn Abu Bakar (Ahli Parlimen Batu Pahat)

Alhamdulillah telah selesai sudah majlis gotong-royong memasak bubur asyura bertarikh 6 julai 2025 bersamaan 10 Muharram 1447 hijriah. Terima kasih yang amat besar kami ucapkan kepada semua yang turut terlibat, khasnya kepada YAB Dato' onn abu bakar kerana sudi menghadirkan diri untuk menyantuni rakyat.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami ucapkan kepada ketua kampung parit jabar En Mohammad Bin Hashim@Ahmad dan barisan AJK parit jabar kerana turut membantu menjayakan program bubur asyura.

Dan terakhir, besar ucapan terima kasih kami kepada semua penduduk kampung parit jabar dan ahli kariah surau Ar-Rahman beserta ahli kariah Surau An-Nur kerana berganding bahu untuk memeriahkan dan membantu dalam proses memasak bubur asyura. Tanpa bantuan kalian sememangnya program ini tentulah tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Berikut adalah sedikit trivia menarik tentang 10 Muharram :-

📌 [1] Hari Diselamatkan Nabi Musa a.s.
Pada 10 Muharram, Allah selamatkan Nabi Musa dan Bani Israil daripada Firaun yang zalim. Nabi Muhammad ﷺ berpuasa tanda syukur.

---

📌 [2] Puasa yang diiktiraf Nabi ﷺ sebelum Ramadan
Sebelum Ramadan diwajibkan, puasa 10 Muharram antara puasa yang disyariatkan. Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu! (HR Muslim)

---

📌 [3] Hari Allah angkat taubat Nabi Adam a.s.
Ulama sebut, pada hari ini juga Allah terima taubat Nabi Adam a.s. selepas diturunkan dari syurga.

---

📌 [4] Peristiwa Karbala yang menggoncang dunia Islam
Sayyidina Husain bin Ali r.a., cucu Nabi ﷺ, syahid di Karbala pada 10 Muharram. Hari dukacita bagi Ahlul Bayt.

---

📌 [5] Hari Nabi Nuh a.s. mendarat di Jabal Judi
Selepas banjir besar, kapal Nabi Nuh mendarat di Jabal Judi juga pada 10 Muharram. Tanda rahmat Allah selepas ujian.

---

📌 [6] Hari dibuka langit, bumi & diciptakan Arasy
Menurut riwayat sebahagian ulama salaf, banyak penciptaan besar berlaku pada 10 Muharram. Hari penuh keagungan.

Sekian dari saya.



Address

PJalan 18 Kampung Parit Jabar Laut Senggarang
Batu Pahat
83200

Telephone

+60109301272

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An-Naim Parit Jabar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share