02/02/2026
EDARAN SEGERA
SOLAT SUNAT MOHON HUJAN (ISTISQA') DIANJUR SELURUH JOHOR
Menjunjung titah DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL PEMANGKU SULTAN JOHOR, bahawa semua masjid dan surau di Negeri Johor hendaklah melaksanakan solat sunat memohon hujan (Istisqa') secara berjemaah bermula selepas solat fardhu Zohor pada hari Sabtu, 1 Februari hingga hari Isnin, 3 Februari 2026, iaitu selama 3 hari berturut-turut.
Usaha ini bagi memohon kehadrat Allah swt agar Negeri Johor diturunkan hujan dan seterusnya pusat-pusat tadahan air dipenuhi dengan bekalan air yang bersih dan mencukupi bagi memenuhi keperluan Bangsa Johor yang dikasihi. Inisiatif ini juga diharapkan dapat membantu meredakan serta memadam kebakaran yang dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di negeri ini.
Moga Allah swt terus merahmati Negeri Johor Darul Ta’zim, Aamin.
Kepada Allah Berserah
Allah Peliharakan Sultan
Maju Johor
Terima kasih
MOHD FARED BIN MOHD KHALID
Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Agama Islam Negeri Johor