Masjid Jamek Felcra Sri Wangi

Masjid Jamek Felcra Sri Wangi INFAQ : Masjid Jamek Felcra Sri Wangi : Bank Islam 01032010062121

Ayuh Semarakkan Solat Berjamaah di Masjid
31/05/2026

Ayuh Semarakkan Solat Berjamaah di Masjid

🩵 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐉𝐀𝐌𝐄𝐊 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐒𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐆𝐈 🩵 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰ...
27/05/2026

🩵 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐉𝐀𝐌𝐄𝐊 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐒𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐆𝐈 🩵

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ

Muslimin & Muslimat Sekalian

🟢 SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 2026 | 1447H 🟢

Alhamdulillah, dikesempatan ini, kami Ahli Jawatankuasa dan seluruh warga kerja Masjid Jamek Felcra Sri Wangi, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh Muslimin Muslimat.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،
اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Adalah dipersilakan semua Muslimin Muslimat untuk bersama-sama menghadiri program berikut :-

1️⃣ SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA
🗓️ 10 Zulhijjah 1447H @ 27 Mei 2026 ( Rabu )
⏰ Solat Sunat pada jam 8.30 Pagi & diikuti dengan 2 Khutbah

2️⃣ PELAKSANAAN IBADAH KORBAN
🗓️ 10 Zulhijjah 1447H @ 27 Mei 2026 ( Rabu )
⏰ Selepas Solat Sunat Aidil Adha
🌏 Perkarangan Masjid Jamek Felcra Sri Wangi

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمْۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."
(Surah al-Hajj, Ayat 37)

Semoga segala amalan kebaikan kita diterima olehNya & semoga kita istiqamah dalam melaksanakan & menambah amal ibadah.

Ikhlas Daripada,

MASJID JAMEK FELCRA SRI WANGI
27 Mei 2026
@ 10 Zulhijjah 1447H

26/05/2026

Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, hari penuh rahmat, keampunan dan doa-doa yang mustajab.

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Selasa, 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijah 1447 Hijrah.

Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin




Alhamdulillah Terima kasih & Jazakallah kepada Alfajr International Sdn Bhd kerana sudi hadir berkongsi ilmu yang pastin...
25/05/2026

Alhamdulillah
Terima kasih & Jazakallah kepada Alfajr International Sdn Bhd kerana sudi hadir berkongsi ilmu yang pastinya sangat bermanfaat terutamanya untuk semua yang hadir.
Salam Zulhijjah 1447H

🎥 YouTube https://youtu.be/BhLsg3c3LNM

25/05/2026
18/05/2026

CHECKLIST ZULHIJJAH 1447 / 2026

Marilah kita bersama-sama merebut kelebihan sepuluh hari terawal Zulhijjah yang merupakan antara hari paling utama untuk memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara amalan yang dianjurkan:
▪️ Memperbanyakkan puasa sunat
▪️ Memperbanyakkan zikir, takbir dan doa
▪️ Membaca al-Quran serta bersedekah
▪️ Melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan
▪️ Menghidupkan Hari Arafah dan hari-hari Tasyrik dengan amal soleh

Semoga setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima dan dikurniakan keberkatan, keampunan serta rahmat-Nya.




13/05/2026
06/05/2026

JOM KITA PERTINGKATKAN SAHAM AKHIRAT DENGAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

💕

04/11/2025

Address

Masjid Jamek Felcra Sri Wangi
Batu Pahat
83400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Felcra Sri Wangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Felcra Sri Wangi:

Share

Category