Masjid Jamek Parit Kaseh

Masjid Jamek Parit Kaseh Youtube : Masjid Jamek Parit Kaseh Official

𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗚𝗛𝗥𝗜𝗕Video kuliah maghrib Ustaz Mohd. Salleh pada 01.06.2026, telah dimasukkan dalam YouTube "Masjid Jame...
02/06/2026

𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗚𝗛𝗥𝗜𝗕

Video kuliah maghrib Ustaz Mohd. Salleh pada 01.06.2026, telah dimasukkan dalam YouTube "Masjid Jamek Parit Kaseh Official".
Tajuk: Pengajian Solat : Sunat-Sunat Wudhuk.

https://youtu.be/H-FQXd4SDII

Semoga bermanfaat kepada semua.
Harap maklum

𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛Kampung Parit Kaseh, 83200 Senggarang, Bat...

𝗝𝗔𝗗𝗨𝗔𝗟 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 / 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗚𝗛𝗥𝗜𝗕𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲- 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛 - ==========================Muslimin dan muslima...
31/05/2026

𝗝𝗔𝗗𝗨𝗔𝗟 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 / 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗚𝗛𝗥𝗜𝗕
𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
- 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛 -
==========================

Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk sama-sama mengimarahkan masjid.

Harap maklum.

30/05/2026

𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗥𝗜𝗕𝗨𝗧 | 𝟭𝟭.𝟬𝟱.𝟮𝟬𝟮𝟲

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 11 Mei 2026 yang lalu, Masjid Jamek Parit Kaseh telah dilanda ribut yang menyebabkan beberapa kerosakan pada bangunan dan kemudahan masjid.

Antara kesan yang dikenal pasti ialah:
1. Sebahagian bumbung zink telah terbuka akibat tiupan angin kencang.
2. Air hujan telah memasuki Bilik Imam dan kawasan mimbar.
3. Beberapa kitab, buku, fail serta rak buku mengalami kerosakan akibat terkena air.
4. Permaidani/ carpet dibasahi air hujan.
5. Sistem pembesar suara (PA System) dan mikrofon turut terkena tempias dan basah.

Alhamdulillah, hasil usaha AJK dan ahli kariah masjid, kerja-kerja pembersihan dan pengemasan Bilik Imam serta kawasan mimbar telah berjaya diselesaikan. Sistem pembesar suara (PA System) juga masih berfungsi dan boleh digunakan seperti biasa.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan tenaga, masa, doa serta bantuan dalam menghadapi musibah ini.

Firman Allah SWT:
"𝘋𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢 𝘫𝘶𝘢 𝘮𝘶𝘴𝘪𝘣𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘮𝘱𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘪𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘢𝘧𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 (𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩𝘢𝘯-𝘬𝘦𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶)."
(Surah Asy-Syura: 30)

Semoga Allah SWT memelihara masjid kita daripada sebarang musibah dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua yang membantu.

29/05/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 @𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛 | 𝟮𝟵.𝟬𝟱.𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧)

Video pendek

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 @𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛 | 𝟮𝟵.𝟬𝟱.𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧)Alhamdulillah, Program Infaq Jumaat kali ke-13 telah...
29/05/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 @𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛 | 𝟮𝟵.𝟬𝟱.𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧)

Alhamdulillah, Program Infaq Jumaat kali ke-13 telah berjaya dilaksanakan di Masjid Jamek Parit Kaseh.

Jamuan makan beramai-ramai di masjid telah dilaksanakan hari ini setelah selesai solat fardhu jumaat. Menu jamuan adalah nasi arab (ayam kuzi).

🤲 Semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.

𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡Alhamdulillah. Pada hari raya aidiladha tahun 2026 ini, pihak masjid telah menyiapkan dan men...
28/05/2026

𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡

Alhamdulillah. Pada hari raya aidiladha tahun 2026 ini, pihak masjid telah menyiapkan dan menggunakan tempat sembelihan yang baharu untuk program korban berkelompok.

Terima kasih kepada pihak tuan tanah yang telah memberi kebenaran untuk pembinaan tempat sembelihan tersebut. Semoga mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Untuk makluman, pembinaan ini telah menggunakan peruntukan daripada Tabung Pembangunan Masjid.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan penginfak. Semoga sentiasa mendapat redha Allah SWT.

𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛
551584060551
MAYBANK

𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛
1102218828
BANK RAKYAT

𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗚𝗛𝗥𝗜𝗕 Video kuliah maghrib Ustaz Mohd. Salleh pada 27.05.2026, telah dimasukkan dalam YouTube "Masjid Jam...
28/05/2026

𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗚𝗛𝗥𝗜𝗕

Video kuliah maghrib Ustaz Mohd. Salleh pada 27.05.2026, telah dimasukkan dalam YouTube "Masjid Jamek Parit Kaseh Official".
Tajuk: Pengajian Solat : Beriman Kepada Adanya Hari AKhirat.

https://youtu.be/BqO453I8Nso

Semoga bermanfaat kepada semua.
Harap maklum.

𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛Kampung Parit Kaseh, 83200 Senggarang, Bat...

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗟𝗢𝗠𝗣𝗢𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠Alhamdulillah. Program korban berkelompok pada tahun ini telah dapat dilak...
27/05/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗟𝗢𝗠𝗣𝗢𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

Alhamdulillah. Program korban berkelompok pada tahun ini telah dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar pada 27.05.2026 (rabu) bermula jam 9.30 pagi. Jumlah lembu yang dikorbankan adalah sebanyak 4 ekor. 3 ekor lembu premium dan seekor lembu biasa.

Sembelihan korban pada tahun ini telah dibuat di tempat sembelihan yang baru disiapkan bersebelahan masjid.

Terima kasih diucapkan kepada peserta yang telah mengambil bahagian dalam program korban berkelompok tersebut. Semoga korban tuan/puan diterima Allah SWT.

Terima kasih juga kepada semua ahli kariah/ penduduk kampung yang terlibat bergotong-royong dalam menjayakan program berkenaan.

Terima kasih juga kepada Hamba Allah yang memberi sumbangan makanan kepada mereka yang bergotong-royong tadi.

Semoga program korban berkelompok seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang. InshaAllah.

27/05/2026

Kaifiyat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Raikan pagi Aidiladha dengan memperindahkan hati melalui ibadah yang penuh keberkatan. Solat sunat Aidiladha bukan sekadar amalan tahunan, bahkan lambang kesyukuran, ketaatan dan pengabdian kepada Allah SWT.

Semoga Aidiladha tahun ini menyuburkan rasa kehambaan, menguatkan ukhuwah dan mendekatkan hati kita kepada Allah SWT.




Address

Kampung Parit Kaseh, Senggarang
Batu Pahat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Parit Kaseh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Parit Kaseh:

Share

Category