Surau Taman Mutiara Gading

Surau Taman Mutiara Gading Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Taman Mutiara Gading, Mosque, Batu Pahat.

THROWBACK 15 NOVEMBER 2024Gotong Royong membersihkan Surau @ Musollah Sementara TMG
01/08/2025

THROWBACK

15 NOVEMBER 2024

Gotong Royong membersihkan Surau @ Musollah Sementara TMG

ASSALAMUALAIKUM SEMUA KAMI TELAH BERPINDAH TEMPAT DI KAWASAN DALAM PERUMAHAN DI NO 79, JALAN MUTIARA GADING UTAMA 3/4htt...
01/08/2025

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

KAMI TELAH BERPINDAH TEMPAT DI KAWASAN DALAM PERUMAHAN DI NO 79, JALAN MUTIARA GADING UTAMA 3/4

https://maps.app.goo.gl/vWatT5EYoZDVT9k27



MOHON MAAFA ATAS SEGALA KEKHILAFAN

79, Jalan Mutiara Gading Utama 3/4, Kawasan Perindustrian Sri Gading, 83300 Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim, Malaysia

23/03/2025

Kita Bakal Bertemu Tamu Agung Ramadhan
persiapkanlah diri kita dan keluarga kita

Bacalah Al-Qur'an kerana ia akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat kepada pembacanya." (HR. Muslim)

Mengamalkan Doa Malam Lailatul Qadar
Aisyah RA pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai doa yang dibacakan apabila suatu malam telah diketahui sebagai Lailatulqadar. Nabi SAW pun mengajarkan doa berikut:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu'anni

Artinya: "Ya Allah, Engkau Maha Memberikan Maaf dan Engkau s**a memberikan maaf, karenanya maafkanlah aku." (HR. Ibnu Majah no. 3850)

Memperbanyak Berzikir dan Istigfar kepada Allah
Seperti yang disebutkan di bagian awal, malam Lailatulqadar juga menjadi kesempatan bagi kita untuk memohon ampunan dari Allah SWT. Manusia terbaik seperti Rasulullah saja bahkan beristigfar kepada Allah 100 kali sehari,

"Ketika hatiku malas, aku beristighfar pada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali." (HR. Muslim no. 2702).

Dengan memperbanyak istigfar, niscaya bukan hanya ampunan Allah saja yang didapatkan, tetapi juga meliputi diangkatnya musibah hingga dilimpahkan rezeki.

Rasulullah SAW sangat gemar bersedekah, terlebih ketika bulan puasa? Dalam sebuah hadis sahih, Ibnu Abbas RA berkata,

"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat beliau dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan tatkala itu Jibril menemui beliau. Jibril menemui beliau setiap malamnya di bulan Ramadan. Jibril mengajarkan Al-Qur'an kala itu. Dan Rasul shallallahu 'alaihi wa sallam adalah yang paling semangat dalam melakukan kebaikan bagai angin yang bertiup." (HR. Bukhari no. 3554 dan Muslim no. 2307)

Mengajak Anggota Keluarga untuk Ikut Menghidupkan Malam Lailatulqadar
Dalam kebaikan, sangat penting bagi kita agar mengajak orang lain, terutama keluarga, untuk melakukannya. Hal ini juga dipraktikkan oleh Nabi ketika memasuki penghujung Ramadan.

"Apabila memasuki sepuluh malam akhir, biasanya beliau (Rasulullah shallallahu 'alahi wa sallam) menghidupkan malam, membangunkan keluarganya, serta mengetatkan kainnya (meninggalkan jimak dan semangat beribadah)." (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga Ramadan tahun ini kita menjadi salah satu orang yang mendapatkannya, ya. Aamiin yaa Rabbal 'aalamiin.

24/09/2024

Terpaksa undur diri.😢

Waris call maklumkan kematian dan mintak bantuan khidmat pengurusan jenazah..sampai di rumah, mcm biasa pknjang tgk keadaan jenazah dan terus mulakan persiapan mandi dan kain kafan.

Mula tugasan dgn penyediaan kain, dipotong, dibentang, disiapkan sebelum ke tugasan mandi..sambil2 tu Pknjang minta beberapa waris letakkan takung mandi di dapur shja..elok je dah siap sediakan kain, pknjang terus ke ruangan mandi, tengok2 jenazah dah mula dimandikan..

Aik..
Pknjang terus tnye waris..Ni sape yg mandikan..? Katenye kawan..pknjang diam terpaku x usik x kacau hanya duduk di baris belakang dari penonton2 yg memenuhi ruangan mandi.

Dalam hati kata xpela, Ade org yg boleh..kita beri laluan..sambil2 tgk, nampak gaya cekap, biase mandi jenazah la kot..tibe2 kain mandi tutup jenazah ditarik..maka jenazah pun bogel telanjang bulat..nohhhh..

Kemudian kemaluan jenazah digosok2 dikorek2 seperti patung dgn penuh tenaga hingga bergoyang2..selamba je..dlm hati kata ni dah lain macam ni..x leh jadi ni..

Pknjang bersuara bagi kain tadi..aurat x boleh di buka..mane boleh tengok aurat org..ni ramai2 kat sini utk ape.?

Tibe2..tukang mandi td balas jawapan..X payah kain..senang nak mandi..mcm marah bile kacau kerja die..hati dah panas..jenazah depan mata..kang sound kang jd biadap p**ak..

Panggil waris..terus ckp mintak maaf Sy undur diri..Sy x boleh teruskan..yg waris p**ak boleh tnye kenape2..??..adoi..hg dah panggil aku, hg pi panggil org lain..lepas tu bertembung..banyak kepala..lepas tu hg buat pertunjukan bog*l p**ak ramai2 bg laki pompuan tengok..lepas tu hg tnye p**ak kenape.?

Pilih salah satu..die keluar, atau aku keluar..terdiam..x leh jawap, biaq aku yg keluar..ambik barang mandi, bungkus2..balik..aku x mau brg2 wakaf ni jadi saksi perbuatan haram pada jenazah..kain kafan x pela, pakai la, sebab dah bentang..

Aku tegur benda betui..bukan memandai2..hg mandi pun mesti x mau org tengok..yg hg pi tunjuk mayat ni kat org ramai pasai ape?..adoi..aku x mau tanggung..hampe buat..hampe tanggung..aku nak balik..yg waris x abis2 mintak maaf2..duk mintk maaf kat aku pasai pa..pi mintk maaf kat jenazah tu..tu Pak hang tu..adoi..

Ni masalahya bile x mau mengaji..lepas tu x mau dgr ckp org..lepas tu s**a memandai2..ha tanggung la.

Maaf la..bukan suke2 marah..tp benda salah tetap salah..Klau pknjang salah pknjang minta maaf..sama2 belajar..sama2 dpt ilmu..sama2 beramal..sama2 dpt pahala.

Maaf.🙏

Sumber: FB Paknjang Maknjang

09/08/2024

BIODATA RASULULLAH SAW, JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina.
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib p**a meninggal dunia.
Baginda dipelihara p**a oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

09/08/2024

Assalamualaikum Semua Warga PRAH 222K

Admin Nak Share Saham Akhirat Kepada semua warga PRAH. Tak Mampu Banyak, RM1 Pun Satu Followers Pun Besar Amaunnya nanti bila dihimpunkan...

Pautan ini ekoran Kecurian 7Biji Set Penghawa Dingin Milik Surau.

Infaq boleh disalurkan ke akaun Bendahari Surau TMG seperti berikut ;-
💳 No akaun : 01032020867053
🏨Bank : BANK ISLAM
👤Nama : Mohd Farizal bin Mohd Shah
🔎Rujukan : INFAQ SURAU PRAH
☎️ H/P : 013-7797644 Untuk Pengesahan

*BENGKEL TAHSIN SOLAT*🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Taman Mutiara Gading ...
31/01/2023

*BENGKEL TAHSIN SOLAT*
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Taman Mutiara Gading dengan kerjasama Kolej Komuniti Batu Pahat akan mengadakan Bengkel Tahsin Solat pada 11/02/23 _(Sabtu)_
Pihak Surau Taman Mutiara Gading ingin menjemput warga TMG untuk menyertai Bengkel Tahsin Solat bagi meningkatkan & memantapkan lagi kualiti solat dalam persiapan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.
*Info pendaftaran & bayaran adalah seperti berikut* ;-

📍 *Borang pendaftaran* : https://forms.gle/X8rfcXsxk818bMEfA
💳 No Akaun Bendahari: *01-032-02-086705-3*
🏨Bank : *BIMB*
👤Nama : *Mohd Farizal bin Mohd Shah*
🔎Ruj : *TahsinSolat*
📆 Tarikh tutup penyertaan :
*6 Februari 2023 (terhad kpd 30 org peserta shj)*
📋Tentatif :
8.00 : Pendaftaran/minum pagi
9.00 : Teori rukun & bacaan solat
10.00 : Kesilapan yg biasa berlaku di dlm solat
11.00 : Amali & uji semak (tahsin)
12.00 : Majlis Penutup

Sokongan & penyertaan tuan/puan dalam mengimarahkan Surau TMG amat dihargai.
JazakaAllahu Khair

Access Google Forms with a personal Google account or Google Workspace account (for business use).

Address

Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Taman Mutiara Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category