Surau Riyadhus Solihin, Kg Separap Batu Pahat, Johor.

Surau Riyadhus Solihin, Kg Separap Batu Pahat, Johor. Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Riyadhus Solihin, Kg Separap Batu Pahat, Johor., Religious organisation, Surau Riyadhus Solihin, Lintang 2 Kg Separap, Batu Pahat.

Alhamdulillah, selesai gotong-royong pagi ini bagi menyambut Aidil Adha yang bakal tiba🌙Terima kasih diucapkan kepada se...
24/05/2026

Alhamdulillah, selesai gotong-royong pagi ini bagi menyambut Aidil Adha yang bakal tiba🌙

Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk kariah yang telah hadir dan sama-sama bertungkus-lumus persiapan untuk program korban Insya Allah.

Semoga usaha kecil ini menjadi amal jariah buat kita semua, serta mengeratkan lagi hubungan sesama jiran dan ahli kariah. Surau bersih, hati pun tenang🤲🏻

14 Ramadan🌙Alhamdulillah.. selesai Lawatan Amil Zakat Fitrah bersama kepimpinan JPKK & Masjid Kg. Separap🤝Semoga kerjasa...
04/03/2026

14 Ramadan🌙

Alhamdulillah.. selesai Lawatan Amil Zakat Fitrah bersama kepimpinan JPKK & Masjid Kg. Separap🤝

Semoga kerjasama yang terjalin ini terus menguatkan ukhuwah dan diberkati Allah SWT. Aamiin🤲🏻

Alhamdulillah, Gotong-royong perdana telah selesai dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kariah yang ...
15/02/2026

Alhamdulillah, Gotong-royong perdana telah selesai dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kariah yang hadir dan memberikan kerjasama serta tenaga dalam membersihkan dan menceriakan rumah Allah ini.

Tidak lupa juga kepada yang menginfaq makanan dan minuman pada pagi ini.

Semoga segala usaha dan amal kita menjadi saham akhirat serta diberkati Allah SWT, lebih-lebih lagi dalam menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia.

Semoga surau kita sentiasa makmur dengan ibadah dan ukhuwah. Aamiin YRA🤲🏻

📌Pihak surau amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada para dermawan bagi tujuan kerja-kerja menaiktaraf dan penambahbaikan kemudahan surau demi keselesaan bersama..

Bank Rakyat: Surau Riyadhus Solihin
💳No. Akaun: 1101-7554-94

Alhamdulillah, Majlis Yaasiin & Tahlil Perdana yang dipimpin oleh Tn. Imam Tahiran bin Kurdi telah selesai dengan lancar...
12/02/2026

Alhamdulillah, Majlis Yaasiin & Tahlil Perdana yang dipimpin oleh Tn. Imam Tahiran bin Kurdi telah selesai dengan lancar dan penuh keberkatan.

Semoga segala bacaan tahlil dan doa yang dikirimkan kepada arwah, dipanjatkan dan diampunkan dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Terima kasih kepada semua kehadiran para jemaah dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat .

📌25 Januari 2026Aktiviti Gotong-Royong SurauAlhamdulillah, kerja-kerja gotong-royong menaiktarafkan Surau kita dijalanka...
26/01/2026

📌25 Januari 2026
Aktiviti Gotong-Royong Surau

Alhamdulillah, kerja-kerja gotong-royong menaiktarafkan Surau kita dijalankan dengan kerjasama para qariah serta sumbangan daripada jemaah berdekatan dan orang perseorangan.

Tujuan utama gotong-royong ini adalah bagi menjimatkan bajet pembinaan dengan memanfaatkan tenaga kerja para qariah, yang dilaksanakan setiap hari Ahad secara berperingkat.

Pada masa yang sama, pihak surau turut mengalu-alukan sumbangan derma ikhlas bagi menampung kos tambahan pembinaan ruang penyediaan makanan dan minuman.

Insya-Allah, pihak pengurusan akan membuat kemas kini perkembangan pembinaan dari semasa ke semasa.

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.

Semoga setiap usaha ini menjadi amal jariah.

Bank Rakyat: Surau Riyadhus Solihin
💳No. Akaun: 1101-7554-94

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada YB Mohd Fared Mohd Khalid atas kesudian hadir me...
24/01/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada YB Mohd Fared Mohd Khalid atas kesudian hadir memeriahkan Program Semarak Subuh di Surau Riyadhus Solihin, Kg Separap.

Kehadiran YB amat bermakna dan menjadi suntikan semangat kepada para jemaah untuk terus mengimarahkan surau serta menghidupkan budaya solat Subuh berjemaah.

Semoga segala usaha dan kebaikan ini diberkati Allah SWT.

01/07/2022

Address

Surau Riyadhus Solihin, Lintang 2 Kg Separap
Batu Pahat
83000

Telephone

+60189773905

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Riyadhus Solihin, Kg Separap Batu Pahat, Johor. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share