Masjid Jamek Parit Bakong Senggarang

Masjid Jamek Parit Bakong Senggarang Masjid Jamek Parit Bakong terletak di Kampung Parit Bakong, 83200 Senggarang, Bt. Pahat, Johor

15/07/2026
14/07/2026

Pemberitahuan Fatwa Di Bawah Subseksyen 48(6) Hukum Kutipan Zakat Di Negeri Lain


13/07/2026

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor.

Semoga Allah SWT mengurniakan taufik, hidayah, kebijaksanaan, kekuatan dan keberkatan kepada YAB Dato' dalam memimpin Negeri Johor Darul Ta'zim dengan penuh amanah, integriti dan hikmah demi kemajuan negeri, kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Bangsa Johor.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan terus komited menjadi rakan strategik Kerajaan Negeri dalam memperkukuh syiar Islam, memperkasa pendidikan agama serta mempertingkat penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam selaras dengan aspirasi Maju Johor.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan kepimpinan YAB Dato' serta mengurniakan kejayaan yang berterusan demi Johor Darul Ta'zim yang maju, makmur, sejahtera dan diberkati.

Kepada Allah Berserah
Muafakat Itu Berkat

Ikhlas daripada
Dato' Haji Nasri bin Md Ali
Pengarah
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

🗳️ SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI11 Julai 2026 merupakan hari penting buat seluruh rakyat Johor. Guna...
11/07/2026

🗳️ SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI

11 Julai 2026 merupakan hari penting buat seluruh rakyat Johor. Gunakan hak anda sebagai warganegara dengan penuh tanggungjawab dan berhemah.

Setiap undi yang diberikan adalah amanah yang akan menentukan hala tuju negeri untuk masa hadapan. Marilah kita keluar mengundi, menghormati proses demokrasi serta mengekalkan keamanan dan perpaduan sepanjang pilihan raya berlangsung.

"Undi Anda, Amanah Bersama."

Semoga Allah SWT memelihara negeri Johor, mengurniakan keamanan, kesejahteraan dan kepimpinan yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.

Ikhlas daripada:
Masjid Jamek Parit Bakong Senggarang 🤲

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Jamek Parit Bakong, Senggarang akan mengad...
10/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Jamek Parit Bakong, Senggarang akan mengadakan Program Infak Jumaat Johor seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
🕌 Tempat: Masjid Jamek Parit Bakong, Senggarang

🍱 Makanan akan diagihkan selepas Solat Jumaat.

Sekian, terima kasih.

Pengurusan Masjid Jamek Parit Bakong Senggarang

10/07/2026

Kanser kolon bukan lagi cerita “orang tua” sahaja.

Dulu ramai fikir kanser usus besar ini hanya berlaku bila umur sudah lanjut.

Tetapi sekarang, semakin banyak kes dikesan dalam kalangan orang lebih muda. Ada yang baru 30-an atau 40-an, datang dengan darah dalam najis, sakit perut berulang, berat badan turun, atau anemia yang lama tidak disiasat.

Masalahnya, simptom ini selalu dianggap perkara biasa.

“Buasir kot.”
“Salah makan.”
“Stress kerja.”
“Perut sensitif.”

Sedangkan kanser kolorektal boleh bermula secara senyap.

Antara faktor risiko yang perlu diberi perhatian:

1. Berat badan berlebihan atau obesiti
Lemak badan berlebihan boleh dikaitkan dengan keradangan kronik dan gangguan metabolik.
2. Kurang bergerak
Duduk lama, jarang bersenam dan gaya hidup sedentari boleh meningkatkan risiko.
3. Kurang serat
Kurang sayur, buah, kekacang dan bijirin penuh boleh menjejaskan kesihatan usus.
4. Kerap ambil daging proses
Sosej, nugget, ham, bacon, salami, burger patty proses dan makanan ultra-proses tidak elok jika diambil terlalu kerap.
5. Diet tinggi lemak, rendah makanan segar
Bila pinggan kita lebih banyak makanan proses berbanding makanan sebenar, usus juga menerima kesannya.
6. Merokok
Rokok bukan hanya berkait dengan kanser paru-paru. Ia juga dikaitkan dengan kanser kolorektal.
7. Alkohol
Pengambilan alkohol boleh meningkatkan risiko kanser kolorektal.
8. Sejarah keluarga
Jika ibu, ayah, adik-beradik atau anak pernah menghidap kanser kolon, terutama pada usia muda, risiko menjadi lebih tinggi.
9. Penyakit radang usus
Ulcerative colitis dan Crohn’s disease boleh meningkatkan risiko, terutama jika berlaku dalam tempoh lama.
10. Sindrom genetik tertentu
Contohnya Lynch syndrome atau familial adenomatous polyposis. Ini penting jika dalam keluarga ada banyak kes kanser kolon, rahim atau kanser lain pada usia muda.
11. Pernah ada polip usus
Sesetengah polip boleh berubah menjadi kanser jika tidak dikesan dan dibuang awal.

Tetapi ini yang paling penting.

Ada orang muda yang kena kanser kolon walaupun tidak nampak “berisiko”.

Sebab itu simptom jangan diabaikan.

Dapatkan pemeriksaan jika ada:

Darah dalam najis
Perubahan tabiat membuang air besar yang berpanjangan
Cirit-birit atau sembelit yang tidak pulih
Sakit perut berulang
Najis menjadi semakin kecil atau berlendir
Berat badan turun tanpa sebab
Cepat letih, pucat atau anemia

Jangan tunggu sampai badan kurus, muka pucat dan najis berdarah setiap hari baru mahu risau.

Kanser kolon yang dikesan awal mempunyai peluang rawatan yang lebih baik.

Dengar signal badan.
Periksa bila ada tanda.
Jangan malu cerita pasal najis kepada doktor.

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil ArwahAlmarhumah Aminah binti SaadonAlhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan...
08/07/2026

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Arwah

Almarhumah Aminah binti Saadon

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah bagi Allahyarhamah Aminah binti Saadon dengan kehadiran ahli keluarga, jiran tetangga dan para jemaah.

Semoga segala bacaan Yasin, tahlil dan doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT serta dihadiahkan pahalanya kepada Allahyarhamah. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.

Terima kasih kepada semua yang hadir, membantu serta mendoakan Allahyarhamah.

Al-Fatihah. 🤲

Address

Jalan Sekolah, Kampung Parit Bakong, Senggarang, MK 10
Batu Pahat
83200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Parit Bakong Senggarang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Parit Bakong Senggarang:

Shortcuts

Share