Masjid Kampong Parit Besar

Call Directions Contact the place of worship

Masjid Kampong Parit Besar Kampung Parit Besar Batu 2 Jln Kluang

03/07/2026

PERINGATAN: PENGAJARAN AGAMA ISLAM TANPA TAULIAH SECARA DALAM TALIAN DI NEGERI JOHOR**

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ingin mengingatkan orang ramai bahawa mengajar, menyampaikan kuliah, ceramah, tazkirah atau apa-apa bentuk pengajaran berkaitan agama Islam kepada orang awam melalui media sosial seperti Facebook, TikTok, YouTube, Instagram, Telegram, Zoom serta platform digital lain memerlukan Tauliah Mengajar Agama Islam yang sah** daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003, mana-mana individu yang mengajar agama Islam tanpa tauliah yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

Bermula 1 Jun 2026, Seksyen 82A Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) (Pindaan) 2025** memperuntukkan anggapan fakta berkaitan penyiaran digital, antaranya:

โ€ข Pemilik, hos, pentadbir atau editor sesuatu akaun atau siaran boleh dianggap sebagai penyiar kandungan tersebut, melainkan dibuktikan sebaliknya.

โ€ข Pelanggan perkhidmatan rangkaian yang digunakan untuk memulakan penyiaran boleh dianggap sebagai penyiar, melainkan dibuktikan sebaliknya.

โ€ข Individu yang mempunyai jagaan atau kawalan ke atas komputer, telefon pintar atau peranti yang digunakan untuk penyiaran boleh dianggap sebagai penyiar, melainkan dibuktikan sebaliknya.

โ€ข Individu yang dilihat, didengar atau dibaca dalam sesuatu penyiaran juga boleh disifatkan sebagai pelaku dalam penyiaran tersebut, melainkan dibuktikan sebaliknya.

Peruntukan ini membolehkan bahan digital seperti rakaman siaran langsung, video, audio, tangkap layar, rakaman suara dan kandungan media sosial dijadikan sebagai bahan pembuktian di Mahkamah Syariah mengikut undang-undang.

JAINJ menasihatkan orang ramai supaya memastikan setiap ceramah atau pengajaran agama Islam kepada orang awam disampaikan oleh individu yang mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Johor. Berhati-hatilah sebelum menjadi hos, pentadbir atau berkongsi siaran agama kerana tindakan tersebut boleh membawa implikasi undang-undang.

Bijak bermedia sosial, patuh undang-undang, pelihara kesucian agama.

Bahagian Undang-Undang Syariah
Jabatan Agama Islam Negeri Johor




18/03/2026

Program Ihya Lailatulqadar Hidupkan Malam Akhir Ramadan di Parit Yaani

Program Meh La Qiyam Ramadan, Ihyaโ€™ Lailatul Qadar DUN Parit Yaani diadakan di Masjid Parit Besar bagi mengimarahkan malam-malam terakhir Ramadan dengan ibadah, lebih-lebih lagi dalam usaha merebut keberkatan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Semoga Ramadan kali ini memberi kita peluang untuk terus memperbanyakkan amal ibadah dan merebut keberkatan malam-malam yang penuh kemuliaan.

Kredit : UMNO Online

INSPIRASI KITA




18/02/2026
01/02/2026
22/10/2025
15/09/2025

Jom!

Jom! Infaq
02/09/2025

Jom! Infaq

๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐Œ๐€๐’๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐–๐€ ๐ƒ๐ˆ๐๐†๐ˆ๐
๐•ธ๐–†๐–˜๐–๐–Ž๐–‰ ๐•ต๐–†๐–’๐–Š๐– ๐•ถ๐–†๐–’๐–•๐–š๐–“๐–Œ ๐•ป๐–†๐–—๐–Ž๐–™ ๐•ญ๐–Š๐–˜๐–†๐–—

Projek ini akan melalui 6 fasa dengan anggaran dana sebanyak RM124,616.00 diperlukan untuk menyelesaikan semua 6 fasa tersebut.

๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ
๐…๐š๐ฌ๐š 1
๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’…๐’Š๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘น๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’๐’–๐’‚๐’ ๐‘ท๐’“๐’๐’‹๐’†๐’Œ ๐‘ณ๐’–๐’‚๐’“๐’‚๐’

i) Kajian keperluan bekalan elektrik untuk menampung tambahan bebanan tenaga elektrik.
Wayar bekalan sekarang adalah 3 fasa 4 wayar.
* 2pcs 16mmยฒ (sekarang) akan diganti kepada 25mmยฒ
* 2pcs 25mmยฒ (sekarang) akan diganti kepada 25mmยฒ
Dengan pertukaran wayar seperti di atas akan membolehkan kebolehan menampung bebanan maksimum 60A seperti sekarang ini akan ditingkatkan menjadi 100A

ii) Proses menukar penama dalam bil masjid yang ketika ini menggunakan penama individu kepada 'Masjid Kampung Parit Besar'
* Bil 1 - Penama dalam bil 'Kaspin Kadar' akan ditukar kepada 'Masjid Kampung Parit Besar'. Deposit yang dikenakan adalah sebanyak RM2,773.00
* Bil 2 - Penama dalam bil 'Hassan bin Karbain' akan ditukar kepada 'Masjid Kampung Parit Besar'. Depositnya adalah sebanyak RM513.00
Jumlah = RM3,286.00

iii) Kos-kos terlibat dengan pengubahsuaian wayar servis
* Deposit TNB : RM10,000.00
* Pemasangan wayar baru : RM3,000.00
Jumlah = RM13,000.00

๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ
๐…๐š๐ฌ๐š 2
๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’…๐’Š๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘น๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’๐’–๐’‚๐’ ๐‘ท๐’“๐’๐’‹๐’†๐’Œ ๐‘ซ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’

Semakan posisi dan laluan setiap unit penghawa dingin mengikut keluasan tempat.

๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ
๐…๐š๐ฌ๐š 3
๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‹๐’‚-๐’Œ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘ฌ๐’๐’†๐’Œ๐’•๐’“๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ผ๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’๐’–๐’‚๐’ ๐‘ท๐’“๐’๐’‹๐’†๐’Œ ๐‘ซ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’

Laluan pendawaian ke suis utama dari kotak terima wayar servis dan DB 'aircond'.
* Bahan-bahan : RM10,495.00
* Pemasangan dan semakan : RM1,520.00
Jumlah = RM12,015.00

๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ
๐…๐š๐ฌ๐š 4
๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‹๐’‚-๐’Œ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘ฌ๐’๐’†๐’Œ๐’•๐’“๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ณ๐’‚๐’๐’‹๐’–๐’•๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’๐’–๐’‚๐’ ๐‘ท๐’“๐’๐’‹๐’†๐’Œ ๐‘ซ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’

Laluan pendawaian dari suis utama ke setiap unit aircond.
* Bahan-bahan : RM29,140.00
* Pemasangan dan semakan : RM2,100.00
Jumlah = RM31,240.00

๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ
๐…๐š๐ฌ๐š 5
๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‹๐’‚-๐’Œ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘ด๐’†๐’Œ๐’‚๐’๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’๐’–๐’‚๐’ ๐‘ท๐’“๐’๐’‹๐’†๐’Œ ๐‘ซ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’

* Bahan-bahan : RM6,125.00
* Pemasangan dan semakan : RM4,950.00
Jumlah = RM11,075.00

๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ
๐…๐š๐ฌ๐š 6
๐‘ท๐’†๐’๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ผ๐’๐’Š๐’•-๐’–๐’๐’Š๐’• '๐‘จ๐’Š๐’“๐’„๐’๐’๐’…'

Pembelian unit 'aircond' sebanyak 9 unit
* Jenama : DAIKIN
* Model : DAIKIN R32 Ceiling Exposed Non-Inverter
* Series : FHC-A
* Spec : 5HP 46,000 Btu/hr * Rated power 4300W * 1125CFM
* Indoor : FHC140AV1M (H235 ร— W1903 ร— D680mm / 50kg)
* Outdoor : RC140BY1M (H852 ร— W1030 ร— D400mm / 48kg)
* Harga RM6,000.00 per unit
Jumlah = RM54,000.00

๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ
๐‚๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง

1. Online Banking /CDM: Akaun BIMB Masjid Kg. Pt. Besar
No. Akaun 01032010008120

2. QR Code: Disediakan dalam risalah

3. Tabung Infaq: Di masjid

๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ› ๏ธ
๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐‹๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ

Hubungi :-
Pengerusi
Ustaz Mahyuddin Bin Kasbullah
Hp : 019-7513990

Setiausaha
Sarip Huddin Bin Paraman
Hp : 012-7549368

Bendahari
Haji Suhaimi Bin Misman
Hp : 013-7748353

Address

Batu 2 Jalan Kluang
Batu Pahat
83000

Telephone

+60197513990

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kampong Parit Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kampong Parit Besar:

Shortcuts

Share

Category