Izzat Zin - AIA Premier Consultant

Izzat Zin - AIA Premier Consultant Dah bantu lebih 1000 keluarga sediakan perlindungan kewangan.

Takaful Hayat with Hibah RM100k untuk wanitaMostly kita-kita ni takut nak mendekati para konsultan takaful ni sebab assu...
03/01/2023

Takaful Hayat with Hibah RM100k untuk wanita

Mostly kita-kita ni takut nak mendekati para konsultan takaful ni sebab assume Takaful ni mahal.

Nah saya kongsikan terus nilai caruman takaful hayat untuk wanita dengan nilai pampasan RM100k.

Isteri meninggal dunia = suami dapat RM100k

Isteri hilang upaya kekal = suami dapat RM100k

Isteri sakit kritikal = takaful dah tak payah bayar

RM100k suami dapat boleh guna untuk jaga anda dan anak-anak.

"Dia kalau lama dah tak contact, tiba-tiba tanya khabar tu..." Antara ni je:- MLM- Penapis Air- InsuranceOk la tu ada ju...
05/07/2022

"Dia kalau lama dah tak contact, tiba-tiba tanya khabar tu..."
Antara ni je:
- MLM
- Penapis Air
- Insurance

Ok la tu ada juga usaha untuk sambung silaturahim..

Dari putus kawan sebab bagi pinjam duit tapi tak bayar balik..
Dari family bergaduh sebab berebut harta..
Dari kena jual tanah, jual rumah atau jual barang kemas sebab nak bayar kos rawatan sakit..

Paling-paling ada pun orang yang terdekat hulur la sikit sumbangan..

Tak pun whatsapp cakap,
"Semoga di permudahkn urusan.."

Sorry we all tak jual insurance.
We are Takaful Consultant.
Tak faham tanya dulu jangan terus lari.

Mungkin orang yang korang elak ni la benda pertama yang korang cari if anything happen one day..

Siapa tahu?

Kalau diberi pilihan.. 'Hibah' takaful atau medikal kad❓Kalau saya, sediakanlah 'hibah' takaful dulu sebab, Medikal kad ...
02/07/2022

Kalau diberi pilihan..

'Hibah' takaful atau medikal kad❓

Kalau saya, sediakanlah 'hibah' takaful dulu sebab,

Medikal kad hanya 1 tujuan saja, tampung kos rawatan di hospital swasta, samada ketika di wad, atau rawatan susulan selepas keluar wad.

Macam mana dengan 'hibah' takaful p**a?

1. Nilai caruman biasanya lebih murah
2. Kita akan terima manfaat dalam bentuk duit pampasan
3. Pampasan dapat bantu selesaikan hutang
4. Nilai caruman juga kekal hingga tamat polisi
5. Pampasan diterima sebagi pengganti gaji
6. Pampasan diguna sebagai duit urus harta pusaka
7. Pelan boleh upgrade kemudian nanti
8. Sebagai tanda kasih sayang
9. Dikira sebagai komitmen baik

Bayangkan kalau ambil medikal kad saja tapi tak ada hibah sebagai pengganti gaji, macam mana nak bayar medikal kad p**a kan bila da sakit kritikal dan tak boleh bekerja lagi?

Itu baru cerita bayar medikal kad, belum lagi bayar segala komitmen bulanan dan belanja isi rumah.

Betul tak?

Hibah RM50,000 pun tak mahal

Lelaki bermula dari RM36
Perempuan bermula dari RM28

Jom apply hari ini
www.wasap.my/60177300153/hibahbajet

Setiap hari kita telah lihat sendiri semakin ramai orang yang terdekat dengan kita telah dijangkiti oleh virus ini.Terus...
06/03/2022

Setiap hari kita telah lihat sendiri semakin ramai orang yang terdekat dengan kita telah dijangkiti oleh virus ini.

Terus amalkan penjagaan keselamatan kendiri, dalam masa yang sama, dapatkan mana-mana pelan perlindungan yang terbaik yang menawarkan rawatan akibat jangkitan ini.

AIA tetap komited untuk memberikan manfaat PERCUMA ini kepada semua rakyat Malaysia, walaupun bukan pelanggan idea dengan 3 langkah mudah:

1) tekan link di bawah
https://www.rsc.aia.net.my/rsc/550494

2) tekan button interested

3) isi butiran yang diminta

Jangan lupa tekan submit p**a ya 😊

Izzat Zin
Premier Life Planner
Harith Faisal Group
AIA Public Takaful

Tak semua permohonan takaful boleh lulus, akan ada jugak permohonan yang kena decline. Macam kes Encik M ni, saya dah cu...
29/01/2022

Tak semua permohonan takaful boleh lulus, akan ada jugak permohonan yang kena decline.

Macam kes Encik M ni, saya dah cuba submit walaupun ada masalah kesihatan tapi gitulah as expected, declined.

Ada orang layak ambil takaful tapi taknak ambil sebab rasa tak perlu, rasa masih sihat.

Ada orang nak sangat ambil takaful tapi sayang dah tak layak.

Waktu muda waktu sihat ni lah waktu yang terbaik untuk ambil perlindungan.

Untuk diri dah keluarga sendiri jugak, bukan untuk orang lain pun.

Betul, tak ada takaful sakit tetap sakit, mati tetap mati, cuma kalau tak ada takaful sakitnya nanti jadi DUA.

Yang ada Takaful, hanya berdepan dengan masalah sakit dia je. Bab duit tak risau sebab Takaful ada.

Yang tak ada Takaful, kena deal dengan sakit dan masalah duit, sebab tak mampu nak bayar kos rawatan.

Gitu lah.

“30 Checklist Azam Tahun Baru 2022”.1.Cari kawan yang berkualiti,bukannya berdasarkan kuantiti.2.Berlari atau berjoging ...
02/01/2022

“30 Checklist Azam Tahun Baru 2022”.

1.Cari kawan yang berkualiti,bukannya berdasarkan kuantiti.

2.Berlari atau berjoging sekurang-kurangnya 1 batu bersamaan dengan 1.6km setiap hari.

3.Buka akaun Asnb,pergi ke pejabat pos, bawa RM10 dan kad pengenalan sahaja untuk daftar akaun.

4.Berhenti daripada mengata dan menyebarkan berita buruk mengenai orang lain.

5.Mula berfikir mengenai perkara-perkara kritikal seperti hal kewangan,perkahwinan,kesihatan badan sebagai persediaan untuk masa depan.

6.Sedar diri kita bukan lahir dari keturunan orang kaya,perlu berusaha untuk terus berjaya di dalam hidup.

7.Urus perbelanjaan bulanan,bezakan keperluan dan kehendak.

8.Bina tabung kecemasan mengikut bajet kemampuan poket diri sendiri.

9.Tidak berlumba-lumba di dalam hidup,fokus dan berusaha untuk majukan diri sendiri.

10.Letakkan matlamat hidup sekurang-kurangnya 3 sehingga 5 tahun ke hadapan.

11.Belajar asas ilmu kewangan supaya kita tidak terjerat dengan beban hutang.

12.Cantikkan rekod Ccris jika rekod kita tidak cantik pada tahun 2020.

13.Membuat simpanan sekurang-kuragnya 10-20% gaji bulanan.Kalau dapat simpan lebih,lagi bagus.

14.Bersedekah setiap minggu di masjid ketika solat jumaat mengikut kemampuan.

15.Tidak memikirkan perkara yang lepas.Terus fokus pada hari yang bakal mendatang.

16.Jaga solat sehabis baik dan tidak tinggalkan solat tanpa alasan dan sebab yang dibolehkan dalam agama.

17.Belajar untuk tidak berdengki dengan rezeki orang lain.

18.Balas jasa ibu bapa selagi mana mereka ada di depan mata kita.

19.Belajar ilmu cara menunaikan solat jenazah,berguna untuk tempoh jangka masa panjang.

20.Daftar takaful dan cari ejen yang terbaik sebagai persediaan masa depan.

21.Jaga pemakanan,sihat itu mahal dan tidak boleh dijual beli.

22.Berhenti merokok dan membahayakan kesihatan orang lain.

23.Belajar ilmu asas beli rumah,walaupun kita muda tetapi ianya berbaloi untuk persediaan masa depan.

24.Menyertai aktiviti kesukarelawanan dan menyumbang tenaga kepada masyarakat.

25.Bina tabung persaraan seperti di Kwsp,Prs,dan Unit Amanah.

26.Fahami diri sendiri,buat ujian personaliti untuk tahu kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

27.Jangan bunuh jiwa,jaga kesihatan mental sebaik mungkin.

28.Bersikap terbuka dan terima bahawa kita akan sentiasa ada rakan dan musuh di dalam hidup.

29.Jaga penampilan diri supaya kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

30.Buat refleksi kendiri,positifkan perkara yang negatif pada tahun sebelum-sebelum ini.

Tahun 2022 dan ke hadapan anggap sahaja diri kita seperti “The New Born”.

Apabila umur meningkat,gaya berfikir juga perlu bergerak selangkah ke hadapan.

Lupakan masa lalu,berjuang untuk masa depan.

“Hidup Kita,Cara Kita”.

27/12/2021

Khusus untuk Ibu Bapa yang ada anak istimewa dan anak usia di bawah 18 tahun.

Jika Takdir Allah meninggal serentak suami isteri dan pasangan tersebut ada anak2 kecil yang masih hidup.

Jika pasangan ini memiliki harta seperti rumah, akaun bank, tunai, saham, ASB, THaji, KWSP, semuanya perlu untuk dibuat pentadbiran pusaka oleh waris sebagai Pentadbir. Anak kecil masih tiada keupayaan mentadbir.

Sekiranya pentadbir itu tidak amanah dalam menguruskan harta peninggalan dalam bentuk wang tunai, mungkin anak2 yatim piatu ini tidak merasai apa yang ditinggalkan.

Harta seperti tanah rumah tidak menjadi masalah besar jika rumah yang dibeli ada perlindungan MRTT/MRTA hanya tunggu anak cukup umur 18 tahun untuk dipindah milik.

Jadi di sini nampak masalah jika berlaku kematian serentak dan meninggalkan harta dalam bentuk wang tunai yang mungkin ditadbir urus oleh pentadbir harta yang tidak amanah?

Penyelesaiannya ialah

Dengan menyediaakan Manfaat Pampasan Takaful. Maaf mohon jangan cakap kami ejen nak menangguk di air keruh atau mengambil kesempatan tetapi ini adalah realiti.

Kenapa saya cakap Manfaat Pampasan Takaful yang paling selamat untuk anak2 yatim piatu?

Sekiranya pampasan Takaful yang bernilai lebih RM50,000 wang pampasan itu akan dibayar terus ke Amanah Raya ke Akaun Amanah yang diurus oleh ARB jika tiada ibu bapa untuk menjadi pentadbir.

Akaun Amanah.

Wang pampasan Takaful yg dimasukkan ke Akaun Amanah di ARB akan dicaj 1% sebagai yuran pengurusan sekali sahaja.

Wang dalam akaun itu akan dilabur dalam dalam instrumen pelaburan yang selamat yang boleh memberikan p**angan 3-4% setahun.

Pihak ARB akan mengeluarkan wang ini untuk perbelanjaan yang wajar untuk kehidupan anak2 yang dibayar kepada Pentadbir Harta anak yatim dan juga dibayar terus Yuran kpd institusi pendidikan.

Jadi dengan adanya Pampasan Takaful dan Akaun Amanah ini dapat menjamin kebajikan dan kepentingan anak2 yatim daripada dilesapkan oleh Pentadbir yang tidak amanah.

Credit to Mohd Nazri Othman

12/12/2021

REZEKI TAK DISANGKA.
TOP 10 AMONG 150 NEW LIFE PLANNER.

Syukur pada Allah, itu yang utama. Aku percaya ini juga hasil dari doa Mak dan Abah. Doa dan support dari wife juga.

Special thanks juga untuk semua 85 client saya yang menyokong dari awal penglibatan saya dalam industri Takaful ini. Ada yang dari kalangan saudara terdekat, kawan-kawan dan yang paling saya hargai, mereka yang dari stranger, tak pernah kenal, kini dah jadi kawan.

Untuk berada dalam kalangan yang terbaik ni memang susah, lagi2 kalau under Harith Faisal Group ni. Padu2 belaka semuanya. Bulan 10 diduga menghidap Cvd19. Production waktu tu memang seriously ke laut.

Tapi bukan itu concern utama. Apa yang saya nak kongsikan adalah, ini antara bukti yang saya komited dengan kerjaya saya, saya akan sedaya upaya berikan yang terbaik kepada semua pelanggan saya untuk jaga amanah polisi yang diambil.

Dan mohon doakan saya kekal relevan, supaya lebih ramai percaya dengan saya, yakin dengan saya, yang saya mampu menggalas amanah kepada semua keluarga client saya.

Dan saya juga nak invite mereka yang ada desire to help people, untuk menjadi partner dalam agensi saya yang akan memberikan 1000% support system, untuk sama2 sebarkan kelebihan Takaful dalam pengurusan kewangan.

Let's Do This!

Doakan urusan saya dipermudahkan!

Izzat Zin
Income Protection Specialist
Premier Consultant
Harith Faisal Group
AIA Public Takaful

Nak apply Takaful
https://IncomeProtectionIzzatZin.wasap.my

Nak join AIA
https://www.wasap.my/60177300153/SayaNakJoinAIA

Ramai sangat yang terlupa.Kita "insurankan" kereta kita tanpa gagal setiap tahunKita pun "insurankan" rumah masa dapatka...
01/12/2021

Ramai sangat yang terlupa.
Kita "insurankan" kereta kita tanpa gagal setiap tahun
Kita pun "insurankan" rumah masa dapatkan loan
Tapi ramai lupa "insurankan" gaji dan diri sendiri.
Sedangkan gaji la tunjang utama segala perbelanjaan.

Selagi mana kita mampu bekerja, kita ada gaji.
Tetapi bila keadaan menyebabkan kita tak boleh bekerja,
Gaji kita juga akan turut terhenti!
Sedangkan komitmen banyak menanti.

Bekerja untuk dapatkan gaji sehingga bersara, itu Plan A kita.
"Tak boleh" bekerja, tapi gaji still dapat sampai bersara, itu Plan B kita.

Macam mana kalau dah tak boleh bekerja tapi gaji still dapat?
Melalui pampasan Takaful lah jawapannya.
Itulah satu satunya institusi yang berani memberi jaminan kewangan sekiranya musibah berlaku atas diri kita.

Atau anda rasa ada 3 orang yang mampu bank in kepada anda setiap bulan sebagai belanja sara diri?
Jika ada, tag nama mereka di ruangan komen 😊

Ada orang nak sangat ambil takaful tapi tak mampu. Ada orang yang mampu, tapi tak nak p**a ambil takaful. Saya sebagai k...
27/11/2021

Ada orang nak sangat ambil takaful tapi tak mampu.

Ada orang yang mampu, tapi tak nak p**a ambil takaful.

Saya sebagai konsultan hanya sebarkan kesedaran dan kepentingan untuk bertakaful kepada sesiapa yang dapat saya hubungi.

Takaful ni salah satu bentuk pengurusan risiko. Jadi dah tentulah saya akan bercakap pasal risiko.

Risiko kemalangan, risiko sakit kritikal, risiko kematian.

Bukan nak menakutkan, tapi kan elok kita belajar dari pengalaman orang lain.

Bila nak tunggu kita mengalaminya dulu dan baru rasa nak cari Takaful, sudah terlambat.

Antara nasi atas meja dengan takaful,
Pilihlah nasi.

Antara sewa rumah dengan takaful,
Pilihlah membayar sewa.

Antara susu anak dengan takaful,
Pilihlah membeli susu.

Tapi

Antara beli kereta sebulan 1300 dengan takaful setahun 1200, pilihlah takaful sebelumnya.

Antara bayar plan telco dapat handphone cap buah dengan takaful, dahulukanlah takaful.

Sekecil sumbangan mampu menyelamatkan kita dari bencana kewangan kemudian hari.

Begitulah.

30/10/2021

"Mintak maaf saya tak jadi lah nak carum takaful"

Bila tak jadi nak mencarum takaful,
Kebiasaanya mereka akan minta maaf dengan Perunding Takaful. Sebenarnya tak perlu minta maaf pun dengan Perunding Takaful.

Tapi minta maaf pada diri sendiri, pasangan anda, anak-anak dan keluarga anda.

Saya tak jadi mencarum takaful,
Bermakna saya tak jadi tinggalkan wang untuk menyara hidup mereka bila saya sudah tiada.

Saya tak jadi mencarum takaful,
Bermakna saya tak jadi sediakan wang untuk menyara keluarga bila saya diuji. Seperti lumpuh, cacat kekal atau menghidapi penyakit kritikal dan tiada sumber pendapatan lagi.

Saya tak jadi mencarum takaful,
Bermakna saya tak jadi sediakan dana perubatan bila perlu bayar kos rawatan hospital yang boleh mencecah puluhan dan ratusan ribu.

Sementara masih layak ambil yang perlu ikut kemampuan, bukan kehendak melampaui batasan kewangan kita.

Bagi yang belum tahu, nak tinggal KURANG 30 JAM SAHAJA LAGI untuk promosi best daripada AIA tau.😱

Apply saja mana-mana plan yang terpilih daripada AIA paling lewat 31 Oktober 2021, anda akan dapat manfaat berikut:

✅ Ganjaran 10% CASHBACK daripada jumlah caruman tahunan. Hampir sama dengan pengecualian satu bulan caruman.😱

✅ Cashback akan dibayar selewat-lewatnya Disember 2021.👍🏻

✅ Info: AIA kini telah keluarkan Guarantee Letter (GL) untuk rawatan Covid19 di hospital panel bagi Semua pemegang Medical Card AIA.

Dapatkan hari ni beserta manfaat 10% CASHBACK sebelum promosi tamat.

Boleh click link di bawah segera, saya akan terus bantu anda dapatkan plan terbaik ikut bajet dan keperluan anda.

Untuk apply hibah.
https://hibahizzatzin.wasap.my

Untuk apply medikal kad
https://medikalkadizzatzin.wasap.my

19/10/2021

BELAJAR MELALUI PENGALAMAN ORANG

Sebelum kita beli rumah, kita tanya dulu orang yang beli rumah, apa kos-kos yang perlu kita keluarkan. Jadi kita boleh buat simpanan dan persediaan sebelum nak beli sendiri.

Sama juga jika kita nak beli kereta, atau kita nak bercuti. Memang jadi norma, kita akan tanya berdasarkan pengalaman orang, supaya kita dapat gambaran apa yang kita akan lalui bila kita nak menghadapi situasi ini.

Jadi sama juga dengan Takaful, kita ambil takaful sebagai persediaan melalui pengalaman orang yang berkesempatan mengambil Takaful dan dapat membantu diri dan keluarga mereka dari segi kebocoran kewangan.

Atau mungkin kita juga boleh ambil pengalaman mereka yang mungkin tidak bernasib baik, tidak sempat mencarum Takaful, walaupun sebenarnya mampu, yang kehidupan mereka terkesan dengan bebanan kewangan.

Tak perlu kita melalui situasi itu sendiri untuk kita tahu, kita hanya perlu membuka minda dan hati kita:

"Benda ni penting pada aku. Kalau benda ni jadi pada aku semalam, bagaimana keadaan keluarga aku hari ini?

Mampu ke diorang teruskan hidup dengan kewangan yang terputus macam ni?"

Address

Batu Pahat

Telephone

+60177300153

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Izzat Zin - AIA Premier Consultant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Izzat Zin - AIA Premier Consultant:

Share