Surau Al Amin Villa Tanjung Permai

Surau Al Amin Villa Tanjung Permai Surau Al Amin terletak di Villa Tanjung Permai, Batu Kawan, Pulau Pinang. Kedudukan Latitude 5.272367761324042, Longitude100.44113543798547

Surau ini telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 22 November 2013M.

Alhamdulillah...Kuliah Dhuha Bulanan   anjuran Biro Wanita KRT VTP bagi bulan June 2026. Semoga ilmu yang diperolehi dap...
17/06/2026

Alhamdulillah...

Kuliah Dhuha Bulanan anjuran Biro Wanita KRT VTP bagi bulan June 2026. Semoga ilmu yang diperolehi dapat menjadi pembimbing kepada diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Kuliah dhuha pagi telah memasuki kitab baru yang bertajuk "Manhaj Hidup amalan org Beriman" dengan kehadiran hampir 30 orang jemaah dari muslimat VTP dan kejiranan taman berdekatan.

Tajuk: Manhaj Hidup Amalan Orang Beriman"
Tarikh: 13/06/2026

Semoga semua dalam keberkatan Ilahi.



Alhamdulillah.. 🤲Surau Surau Al Amin Villa Tanjung Permai baru-baru ini telah menerima sumbangan cat minyak (kemasan bes...
17/06/2026

Alhamdulillah.. 🤲

Surau Surau Al Amin Villa Tanjung Permai baru-baru ini telah menerima sumbangan cat minyak (kemasan besi) dari sebuah syatikat kilang cat yang beroperasi di Valdor. Syarikat GCH Chemicals Sdn. Bhd. ini mempunyai kilang yang mana salah seorang jemaah bekerja di sana. Atas inisiatif bersama-sama, sumbangan diperoleh.

InsyaAllah, semua cat-cat ini akan digunakan di beberapa lokasi yabg telah dikenal pasti di surau bagi menjamin keutuhan struktur terpelihara seperti khemah, struktur berbumbung parking kereta dan motosikal, pantry (stor lama), dalam bilik cctv, dalam stor pingan mangkok, tiang Speaker dan tembok signboard vtp.

Semoga semua jemaah hadir di tarikh yang diumumkan kelak.



Alhamdulillah 🤲27hb Mei 2026Penutup program Qurban Surau Al Amin Villa Tanjung Permai  2026. Jemaah sama-sama menunaikan...
28/05/2026

Alhamdulillah 🤲

27hb Mei 2026

Penutup program Qurban Surau Al Amin Villa Tanjung Permai 2026. Jemaah sama-sama menunaikan solat Zuhur berjemaah diikuti majlis tahlil sebelum semua menikmati masakan daging Qurban yang disediakan oleh Biro Wanita AJK KRT Villa Tanjung Permai. Selain masakan tengah hari, sarapan pagi juga turut disediakan oleh biro wanita AJK KRT.

Menu Sup Gear Box, Air asam dan Nasi Daging pilihan utama tahun ini selain dari jeruk buah. Sajian disediakan bersama 4 jenis minuman baik air sejuk dan panas. Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menyediakan makanan. Terasa macam kenduri.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di atas komitmen dan kerjasama yang sangat erat bagi menjayakan majlis ini dari pagi sehingga petang. Ribuan ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap..terlebih dan terkurang semasa majlis berlangsung.



Alhamdulillah🤲27hb Mei 2026Terima kasih Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kawan, BBP BATU KAWAN yang sudi turun bersama ka...
28/05/2026

Alhamdulillah🤲

27hb Mei 2026

Terima kasih Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kawan, BBP BATU KAWAN yang sudi turun bersama kami menjayakan program Qurban Surau Al Amin Villa Tanjung Permai 2026 (1448H).

Walaupun surat permohon agak lewat dihantar, namun masih turun membantu kerja-kerja mencuci sisa-sisa darah qurban termasuk mencuci perkasan qurban seperti lapik plastik dan lain-lain.

Siap guna sabun Abam BOMBA cuci. Ni semua saheh suami solehah rajin tolong basuh baju kat rumah. 🤣🤣🤣.

Tak pa bang... tanda kita sayang isteri ❤️ macam admin.

Jasa kalian semua amat kami hargai. Tahun depan datang lagi.

Pihak BOMBA juga sempat sama-sama menjamu makan tengahari di surau sebelum beransur pulang.

P/S Penampakan budak-budak nak naik truck BOMBA tapi tak dipelawa🤣



Alhamdulilah 🤲27hb Mei 20262️⃣ ekor lembu 🐂🐂 diqurbankan 1447H (2026).Walaupun ada sambutan melebihi 2 ekor, pihak pengu...
28/05/2026

Alhamdulilah 🤲

27hb Mei 2026

2️⃣ ekor lembu 🐂🐂 diqurbankan 1447H (2026).

Walaupun ada sambutan melebihi 2 ekor, pihak pengurusan Surau Al Amin Villa Tanjung Permai akur dengan keboleh upayaan menguruskan kerja-kerja dari sembelihan, qurban, memasak dan agihan terhad untuk 2 ekor setiap tahun. InsyaAllah akan diteruskan selagi ada permintaan pada aidiladha akan datang.

Terima kasih kepada semua ahli jemaah Surau Al-Amim VTP. Kerjasama ahli jemaah sangat baik. Ramai datang membantu kerja menjadi mudah. Meriah sungguh tahun ini. InshaAllah ada umur kita buat lagi.

Dimaklumkan hari ini juga telah ada 7 org sahabat kita beri komitmen utk korban sunat seekor lembu tahun depan.

Kelebihan utama ibadah korban merangkumi:

1️⃣Mendapat Keampunan Dosa: Setiap titisan darah haiwan korban menjadi asbab pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.

2️⃣Pahala Berlipat Ganda: Diberikan ganjaran kebaikan sebanyak bilangan bulu pada badan haiwan yang dikorbankan.

3️⃣Bukti Ketaatan: Mencontohi pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

4️⃣Mendekatkan Diri Kepada Allah: Ia merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah (Hari Nahar).

5️⃣Memupuk Sifat Pemurah: Mendidik jiwa agar tidak terlalu sayangkan harta dan mengikis sifat kedekut.

6️⃣Mengeratkan Silaturahim: Daging korban diagihkan kepada fakir miskin, sanak-saudara, dan jiran tetangga, sekali gus berkongsi rezeki dan kegembiraan.

Semoga kita menghayati kesemua kelebihan ibadat Qurban tahun ini. Aminn.



Alhamdulillah 🤲27hb Mei 2026Selesai sudah Solat Sunat Aidiladha Surau Al Amin Villa Tanjung Permai 2026. Kehadiran jemaa...
28/05/2026

Alhamdulillah 🤲

27hb Mei 2026

Selesai sudah Solat Sunat Aidiladha Surau Al Amin Villa Tanjung Permai 2026. Kehadiran jemaah muslimjn dan muslimat dari pelbagai usia juga dari rakan-rakan jiran sekeliling Villa Tanjung Permai mengimarahkan lagi Surau Al Amin pagi ini.

Khutbah Aidiladha dari Hj Suhaimi 'Menyingkap Hakikat Iman Dalam Pengorbanan Yang Agung" di dalamnya menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dan berpesan-berpesan dengan kebaikan. Selain dari itu, khutbah juga mengajak kita mengenang kembali sejarah Qurban yang melibatkan 2 insan utama iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Semoga kita semua dikurniakan kesempatan menunaikan Haji walaupun sekali, sebaik-baiknya ketika kesihatan kita masih baik dan kuat.

InsyaAllah...

Allaahu akbar kabiiraa, wal-hamdulillaahi katsiiraa, wa subhaanallaahi bukrataw-wa ashillaa.Laa ilaaha illallaahu wa laa na’budu illaa iyyaah, mukhlishiina lahud-diin, wa law karihal-kaafiruun.Laa ilaaha illallaahu wahdah, sadaqa wa’dah, wa nashara ‘abdah, wa a’azza jundah, wa hazamal-ahzaaba wahdah.Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar wa lillaahil-hamd.



Alhamdulillah🤲24hb Mei 2026Majlis gotong royong khas telah diadakan bagi persediaan majlis qurban surau tahun ini. 2 eko...
28/05/2026

Alhamdulillah🤲

24hb Mei 2026

Majlis gotong royong khas telah diadakan bagi persediaan majlis qurban surau tahun ini. 2 ekor 🐂🐂 sekali lagi diqurbankan tahun ini dengan penyertaan baik ahli jemaah VTP dan bukan.

Terima kasih semua jemaah muslimin dan muslimat termasuk semua anak-anak seramai lebih dari 20 orang yang telah hadir majlis gotong royong bagi persediaan majlis korban Surau Al Amin Villa Tanjung Permai . Semoga persediaan untuk majlis Qurban ini memudahkan segala urusan kita semua nanti.



Alhamdulillah🤲17hb Mei 2026Sahabat jemaah Surau Al-Amin yang dirahmati telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin buat Abang ...
28/05/2026

Alhamdulillah🤲

17hb Mei 2026

Sahabat jemaah Surau Al-Amin yang dirahmati telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin buat Abang Shah - (No 9 Lorong 5 VTP) yang akan menjalani pembedahan di HKL pada hari Isnin (18 Mei 2026). Satu majlis bacaan Yassin dan doa selamat telah diadakan pada hari Ahad (17 Mei 2026) selepas solat Maghrib di Surau Al Amin Villa Tanjung Permai.

Selain Abang Shah, masjlis juga buat Pn Zeila (Isteri kepada Zainol) semoga diberi kesembuhan. Begitu juga jiran-jiran lain serta ahli keluarga mereka yang diuji dengan masalah kesihatan. Semiga diberi kesembuhan.

InsyaAllah.

Muslimin muslimat ahli jemaah hadir bersama-sama untuk titipkan doa mohon dipermudahkan segala urusan perubatan beliau.



Alhamdulillah...Selesai sudah Mesyuarat AJK & Pegawai Surau Al Amin Villa Tanjung Permai Bil.02/2026 pada 10/5/2026 (Sel...
10/05/2026

Alhamdulillah...

Selesai sudah Mesyuarat AJK & Pegawai Surau Al Amin Villa Tanjung Permai Bil.02/2026 pada 10/5/2026 (Selepas Isya')

Dengan kehadiran 19 orang jemaah yang berkelapangan, mesyuarat memfokuskan kepada perbincangan sambutan Aidiladha pada tahun 2026. Beberapa ketetapan telah dimuktamadkan seperti berikut:

8.30pg: Solat Sunat Aidiladha
9.30pg: Majlis Qurban (2 ekor lembu)
10.30pg - 1.30ptg: Memasak dan Agihan daging
1.30ptg - 2.30ptg: Solat Zuhur berjemaah & Tahlil
2.30ptg: Jamuan makan

InsyaAllah, semoga sambutan Qurban tahun ini berjalan lancar seperti tahun sebelumnya dengan kehadiran jiran-jiran dan jemaah Surau Al Amin.



Alhamdulillah... 1️⃣4️⃣ telah lengkap peserta Qurban VTP pada tahun ini. Terima kasih pihak Surau Al Amin ucapkan atas k...
10/05/2026

Alhamdulillah...

1️⃣4️⃣ telah lengkap peserta Qurban VTP pada tahun ini. Terima kasih pihak Surau Al Amin ucapkan atas kesudian menyertai Qurban kali ini. Semoga Allah mengangkat amalan ini besar disisiNya.

Masih ada yang berminat, namun atas kekangan kakitangan dan masa, 🙏 pihak Surau Al Amin hanya mampu melaksanakan sebanyak 2 ekor sahaja seperti tahun sebelum ini.

InsyaAllah, tuan/puan yang pihak kami tidak dapat terima penyertaan boleh sertai pada tahun hadapan InsyaAllah.

Terima Kasih atas sokongan semua.



*🐮QURBAN VILLA TG. PERMAI* 2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣

Assalamualaikum... InsyaAllah tahun ini akan dilaksanakan ibadah Qurban di Surau Al Amin.

Tuan/puan yang berhajat boleh masukkan nama dan bahagian. Ketetapan tahun ini adalah RM8️⃣5️⃣0️⃣ satu bahagian (Harga termasuk kos pengurusan).

*TARIKH TUTUP: 30 April 2026 @ telah cukup 2️⃣ ekor🐂🐂*

Sekian, terima kasih.

*Note:* Peserta yang terlibat akan dimasukkan dalam 1 group whatapps bagi kelancaran maklumat & perbincangan.

Address

Jalan Tanjung Permai 1, Villa Tanjung Permai
Batu Kawan
14100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Amin Villa Tanjung Permai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al Amin Villa Tanjung Permai:

Shortcuts

Share