Projek Da'wah

Projek Da'wah Projek Da'wah (PD) - a video page that shares religious content for Muslim We are a team that records religious talk, edit and upload on Facebook or YouTube.

A page that shares religious talk, Quran recitation videos and related posters for Muslim.

Assalamualaikum. Kelas Mengaji Iqra & al-Quran untuk kanak-kanak 7-11 tahun. Sila WhatsApp untuk makluman lanjut.https:/...
07/02/2024

Assalamualaikum. Kelas Mengaji Iqra & al-Quran untuk kanak-kanak 7-11 tahun. Sila WhatsApp untuk makluman lanjut.
https://wa.me/60192787781
Terima kasih.

Assalamualaikum.Kelas mengaji Iqra & al-Quran untuk kanak-kanak di Pinji Perdana & Halaman Sri Rahmat.Boleh WhatsApp htt...
06/02/2024

Assalamualaikum.
Kelas mengaji Iqra & al-Quran untuk kanak-kanak di Pinji Perdana & Halaman Sri Rahmat.
Boleh WhatsApp http://wa.me/60192787781 untuk makluman lanjut.

12/09/2023

Antara kelebihan khulafa' rashidun mereka sangat prihatin kepada rakyat

Setiap pagi mereka mencari orang susah, sakit, miskin, yatim dan bujang untuk dibantu

Mana-mana yang jatuh cinta cepat-cepat mereka kahwinkan ia dengan kekasihnya

Subhanallah al-'Azim

Setiap pagi dibuat announcement;

"Di manakah orang faqīr, mari kami bantu!

Di manakah orang bujang, kami kahwin kan!

Amalan ini diteruskan oleh al-Imām 'Umar ibn 'Abdil 'Aziz

11/09/2023

Mu’awiyah ibn Abi Sufyan (Allah ridha kepada kedua-duanya)

Mu’awiyah ibn Abi Sufyan (Allah ridha kepadanya) adalah adik ipar Nabi saw, sahabat nabi, pangima perang dalam islam, salah seorg penulis wahyu, islam sebelum pembukaan kota Makkah, pakcik mukminin, amir mu’minin dan khalifah muslimin yang ke-6. Lahir 15 tahun sebelum hijrah.

Muawiyah seorang salih dan faqih menurut Ibn ‘Abbas.

Mu’awiyah berbadan tinggi, putih dan kacak, sangat pemurah dan penyabar. Seorang zahid dan bajunya bertampal.
Wafat tahun 60H ketika berumur 78 tahun.

Nabī saw mendoakannya menjadi hadi (penunjuk jalan kepada hidayah kebenaran) dan Mahdi (tunduk kepada kebenaran).

‘Ali ibn Abi Talib sendiri memuji Mu’awiyah. Mu’awiyah meriwayatkan hadith dari Nabi dan riwayatnya ada dalam Sahihayn. Juga meriwayatkan hadith dari Kibar Sahabah dan Tabi’in meriwayatkan hadith-hadith Nabi darinya.

Abu Bakr melantiknya sebagai panglima perang.

‘Umar dan ‘Uthman melantiknya sebagai gabenor di Dimashq, Syria.

Abu Darda’ menyaksikan bahawa solat Mu’awiyah sama seperti solat Rasulullah saw.

Bagaimana orang yang diiktiraf kesalihannya oleh Nabi saw dan sekalian Sahabat, kemudian dikafirkan atau dianggap fasiq?

Awas terhadap Khawarij, Rafidhah, Jahmiyyah, Mu’tazilah, dan Ahbash yang mencela Sahabat Nabi.

03/10/2022

Adab Bangun Dari Tidur.

1. Menyapu bekas tidur di wajah dengan tangan.
Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa: “Rasulullah S.A.W apabila bangun dari tidur, baginda duduk sambil menyapu bekas tidur yang ada pada wajahnya dengan tangan”. [HR Al-Bukhari 4572]

2. Membaca doa tidur.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Segala puji bagi Allah SWT yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya lah tempat kembali) [HR Al-Bukhari]

3. Bersugi / Memberus gigi.
Daripada Ibn 'Umar r.a: Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam tidak tidur melainkan siwak ada di sisinya, dan apabila bangun baginda SAW terus bersiwak.

4. Membasuh tangan 3 kali.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu bangun dari tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya tiga kali, kerana dia tidak tahu dimana tangannya bermalam.” [HR Muslim 278]

5. Istinthar (memasukkan air ke dalam rongga hidung).
Nabi S.A.W bersabda: "Apabila seorang di antara kamu bangun tidur, maka beristinsarlah 3 kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di rongga hidungnya. [HR Muslim 238]

6- Membaca Ayat 190-200 Surah Aali-Imran [HR: Al-Bukhari, Muslim].

Semoga Bermanfaat!.

, 5/6/2021.

Bantahan pembinaan kuil hindu oleh penduduk Damansara Damai yang majoritinya Muslim dan kain rentang yang menyatakan ban...
03/08/2022

Bantahan pembinaan kuil hindu oleh penduduk Damansara Damai yang majoritinya Muslim dan kain rentang yang menyatakan bantahan telah diturunkan oleh MBPJ.

Tidak logik dan tidak sepatutnya kuil hindu atau rumah ibadat dibina di kawasan majoriti Muslim. Rujuk data jumlah kuil hindu di 'negara Islam' berbanding jumlah masjid.

Jika tidak tegas dan masih memberi ruang yang tidak sepatutnya pada orang kafir maka jangan terkejut jika cucu cicit kita kelak akan dinafikan hak untuk beribadah.

Dari dulu 'negara Islam' ini lembik, lemah longlai dalam memperjuang agama Islam.
Semua pemikiran dan pemahaman sesat seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme, komunisme dan lain-lain telah tersemat rapi dalam hati sang penguasa.

jangan cepat bid’ahkan atau jangan lambat bid'ahkan, apapun mesti rujuk pada al-Quran & sunnah Rasul ﷺ mengikut kefahama...
06/05/2022

jangan cepat bid’ahkan atau jangan lambat bid'ahkan, apapun mesti rujuk pada al-Quran & sunnah Rasul ﷺ mengikut kefahaman Salaf. Bukan ikut cara faham kita, m***i, jabatan agama, tradisi/budaya.
Agama ni dah lengkap dan sempurna, rujuk al-Ma'idah ayat 3. Maka tidak perlu penambahan serta ubahsuai ikut selera kita.

Jangan cepat sangat bid4ahkan budaya Melayu Syawal ni..

1. Ziarah kubur: Ia sunnah. Kebetulan p**a orang balik jauh. Raya je dapat ziarah. Bukan sembah kubur pun.

2. Raya sebulan: Jamu makan itu sunnah. Bergembira itu sunnah. Bersilaturrahim itu sunnah.

3. Bagi duit raya: Saling berhadiah itu sunnah. Bersedekah itu sunnah. Merahmati kanak-kanak itu sunnah.

Rasa tak ada lagi orang anggap budaya kita sebagai ibadah khusus. Cuma perlu elokkan niat supaya dapat pahala.

Jaga batas syariat agar tak berdosa. Jaga ikhtilat, jangan bazir, jangan takabbur.

Juga, jangan anggap wajib sampai kalau tak buat, raya jadi tak sah

Itu baru bida4h

Kredit:

Address

Batu Gajah
31000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Da'wah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share