Surau Al Kamaliah Kampung Ara Payong, Batu Gajah, Perak

Surau Al Kamaliah Kampung Ara Payong, Batu Gajah, Perak Maklumat aktiviti yang dikelolakan oleh ahli jemaah surau.

Tanah perkuburan itu tempat yang diam tetapi penuh pengajaran.Di situ kita belajar bahawa dunia hanyalah persinggahan, s...
15/12/2025

Tanah perkuburan itu tempat yang diam tetapi penuh pengajaran.
Di situ kita belajar bahawa dunia hanyalah persinggahan, sementara akhirat itu kep**angan yang pasti. Setiap batu nisan seolah-olah berkata, “Suatu hari nanti, engkau juga akan kembali ke sini.”

Kata Nabi ﷺ: “Ziarahilah kubur, kerana ia mengingatkan kamu kepada akhirat.”
(HR Muslim)

Semoga hati kita sentiasa hidup dengan kesedaran akhirat, lembut menerima teguran Allah, rajin memperbaiki diri, dan tidak leka dengan dunia yang sementara. Moga setiap langkah kita menuju kebaikan menjadi saksi pada hari kita p**a kembali kepada-Nya.

PENYERAHAN KE RUMAH PENERIMA BANTUAN FOODBANK/ BERAS FIDYAH MAIPk1 Disember 2025 | Isnin : Satu ziarah ke rumah penerima...
01/12/2025

PENYERAHAN KE RUMAH PENERIMA BANTUAN FOODBANK/ BERAS FIDYAH MAIPk

1 Disember 2025 | Isnin : Satu ziarah ke rumah penerima bantuan MAIPk untuk Qariah Surau Al Kamaliah Kampung Ara Payong, Batu Gajah, Perak

penyerahan bantuan seperi foodbank dan beras fidyah dilaksanakan bagi memudahkan penerima menerima bantuan secara terus. penyerahan dilaksanakan oleh Imam Shahmer dan juga siak Fauzi.

semoga bantuan yang diterima dapat dimanfaatkan sebaiknya dan meringankan beban penerima dalam kehidupan seharian.

🌹Ziarah Mahabbah Jemaah🌹Ziarah dan Majlis penyerahan sumbangan hasil kutipan jemaah SDJ kpd En Zul yang diuji dengan mas...
17/11/2025

🌹Ziarah Mahabbah Jemaah🌹

Ziarah dan Majlis penyerahan sumbangan hasil kutipan jemaah SDJ kpd En Zul yang diuji dengan masalah kesihatan.

jutaan terima kasih kpd para jemaah yg sudi menghulurkan sumbangan

Semoga En Zul dikurniakan kesembuhan oleh Allah dan kesabaran yg tinggi menerima ujian Allah SWT..

Alhamdulillah.Pada 5 Oktober 2025 ( Ahad ) telah diadakan perlawanan Bowling anjuran Belia Surau Al Kamaliah Kampung Ara...
06/10/2025

Alhamdulillah.

Pada 5 Oktober 2025 ( Ahad ) telah diadakan perlawanan Bowling anjuran Belia Surau Al Kamaliah Kampung Ara Payong, Batu Gajah, Perak.

Penyertaan seramai 30 Orang itu telah diadakan di Seri Iskandar Perak bermula pada Jam 10.30 Pagi. Penganjur juga menyediakan Cabutan bertuah, goodies bag, dan juga hadiah kepada pemenang individu dan juga juara berkump**an.

Tahniah kepada semua Pemenang dan semua peserta yang telah menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam sokongan terhadap program.

Assalamualaikum wbtPihak Jawatankuasa Surau Al Kamaliah Kampung Ara Payong, Batu Gajah, Perakmenjemput semua muslim dan ...
25/09/2025

Assalamualaikum wbt

Pihak Jawatankuasa Surau Al Kamaliah Kampung Ara Payong, Batu Gajah, Perakmenjemput semua muslim dan muslimat untuk hadir bersama sama dengan keluarga ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Ahad ini (28 September 2025)

Assalamualaikum wbt 🌹Berikut merupakan pemakluman Jadual Kuliah Maghrib bagi Bulan September 2025.
01/09/2025

Assalamualaikum wbt 🌹

Berikut merupakan pemakluman Jadual Kuliah Maghrib bagi Bulan September 2025.

Assalamualaikum wbt 🌹
01/09/2025

Assalamualaikum wbt 🌹

Assalamualaikum wbt...Berikut merupakan Jaddual Kuliah bagi Bulan Julai 2025
04/07/2025

Assalamualaikum wbt...

Berikut merupakan Jaddual Kuliah bagi Bulan Julai 2025

Gambar-gambar Program Ibadah Korban anjuran SDJ Madrasah Al-Kamaliah pd 7 Jun 2025 yg lalu. Terima kasih kpd seluruh AJK...
09/06/2025

Gambar-gambar Program Ibadah Korban anjuran SDJ Madrasah Al-Kamaliah pd 7 Jun 2025 yg lalu. Terima kasih kpd seluruh AJK dan petugas yg terlibat..

Alhamdulillah ..berjaya menguruskan 13 ekor lembu korban dgn lbh dpd 100 org petugas termasuk kaum ibu yg mula dilibatkan mulai tahun 2025 ini...

Assalamualaikum wbtJadual Kuliah Maghrib Bagi Bulan Jun 2025
01/06/2025

Assalamualaikum wbt

Jadual Kuliah Maghrib Bagi Bulan Jun 2025

Pada 24 Mei 2025, Telah berlangsunya Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al Kamaliah Kampung Ara Payong, Batu Gajah, Perak .Me...
26/05/2025

Pada 24 Mei 2025, Telah berlangsunya Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al Kamaliah Kampung Ara Payong, Batu Gajah, Perak .

Mesyuarat yang berlangsung selepas Solat Maghrib itu dipengerusikan oleh Tuan Haji Rostam Abdul Razak selaku Pengerusi SDJ. Dan pembentangan dan pelaporan aktiviti serta tadbir urus sepanjang tahun 2024 oleh AJK terlibat. Mesyuarat dihadiri lebih 50 orang Jemaah.

Address

Batu Gajah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Kamaliah Kampung Ara Payong, Batu Gajah, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share