SRITI Al-Mustaqim Gombak

SRITI Al-Mustaqim Gombak Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Mustaqim, Gombak

Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta KAMIL SRITI Al-Mustaqim Gombak atas kejayaan merangkul Johan Keseluruhan kat...
22/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta KAMIL SRITI Al-Mustaqim Gombak atas kejayaan merangkul Johan Keseluruhan kategori SAN 1 & SAN 2.

Alhamdulillah, pencapaian membanggakan ini turut diserikan dengan 7 Johan, 2 Naib Johan, dan 4 tempat ke-3. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam sahsiah, ilmu, dan kepimpinan.

Sekalung tahniah kepada semua peserta, jurulatih, dan warga pendidik yang telah berusaha gigih hingga mencapai kejayaan gemilang ini.

SRITI Al-Mustaqim Gombak
Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani & Murabbi

[ SEKITAR PROGRAM REHLAH RINTIS TAHFIZ 2026 ]Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Rehlah Rintis Tahfi...
20/05/2026

[ SEKITAR PROGRAM REHLAH RINTIS TAHFIZ 2026 ]
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Rehlah Rintis Tahfiz anjuran SRITI Al-Mustaqim dengan kerjasama Unit Rintis Tahfiz, Sektor Al-Quran dan Sahsiah (AQS).

Program ini telah diadakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Masjid Sungai Chinchin, melibatkan penyertaan murid-murid Rintis Tahfiz.

Sepanjang program, para peserta berpeluang menghadiri Program Syahadah Al-Quran di Maahad Tahfiz Syeikh Muhammad Nur, yang memberikan pendedahan serta suntikan semangat dalam menghayati dan mendalami Al-Quran.

Semoga program seperti ini dapat terus melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan cintakan Al-Quran.

Jazakumullahu khairan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Unit Rintis Tahfiz
Sektor Al-Quran dan Sahsiah (AQS)
SRITI Al-Mustaqim, Gombak

Antara detik-detik yang sempat dirakam ketika pertandingan KAMIL peringkat zon yang lepas.
20/05/2026

Antara detik-detik yang sempat dirakam ketika pertandingan KAMIL peringkat zon yang lepas.

18/05/2026

PENYAMPAIAN ANUGERAH SYAKHSIATUL KARIMAH BULAN APRIL 2026

18/05/2026

Penyampaian Hadiah KAMIL peringkat Zon Tengah 2026

Ada manis-manis…Alhamdulillah, SRITI Al-Mustaqim mengubat luka kekecewaan MAIS negeri Selangor apabila mendapat Johan Ke...
16/05/2026

Ada manis-manis…

Alhamdulillah, SRITI Al-Mustaqim mengubat luka kekecewaan MAIS negeri Selangor apabila mendapat Johan Keseluruhan dalam pertandingan KAMIL SAN peringkat zon tengah.

🏅🎙️ Keputusan Pertandingan KAMIL Zon Tengah🎙️🏅

📆 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00am - 3.00pm
🏫 SRA Ibnu Khaldun, Rawang

🥇Muhawarah Perempuan
🥇Syarahan Arab Perempuan
🥇Solat Jenazah Perempuan
🥇Hafazan dan Terjemahan Perempuan
🥇Bercerita dari Kisah Al-Qur’an Perempuan
🥇Nasyid Lelaki
🥇Menulis Khat Tahap 2 Perempuan

🥈Bercerita dari Kisah Al-Qur’an Lelaki
🥈Tilawah Al-Qur’an Perempuan

🥉Solat Jenazah Lelaki
🥉Hafazan dan Terjemahan Lelaki
🥉Hafazan dan Tafsiran Lelaki
🥉Hafazan dan Tafsiran Perempuan

🎗️ Secara keseluruhannya, SRITI Al-Mustaqim berjaya mendapat 7 Johan 🥇, 2 Naib Johan🥈 dan 4 tempat ke🥉 & SRITI Al-Mustaqim juga muncul sebagai Juara Keseluruhan KAMIL bagi peringkat Zon Tengah kategori SRA /SRAI / KAFAI / SRI
🎗️ Sekalung tahniah buat semua guru penasihat & ibu bapa yang bertungkus lumus membuat latihan bagi semua peserta.
🎗️Tahniah juga buat semua peserta, kita bukan kalah, tapi kita belum menang. InshaAllah tahun depan kita akan cuba lagi.
🎗️ Semoga kemenangan ini mendapat keberkatan dariNya.

Unit Amal Islami
Sektor Kokurikulum
16 Mei 2026 / 28 Zulkaedah 1447H

Doakan kejayaan  kontinjen SRITI Al-Mustaqim dalam pertandingan KAMIL SAN JAIS pagi ini.
16/05/2026

Doakan kejayaan kontinjen SRITI Al-Mustaqim dalam pertandingan KAMIL SAN JAIS pagi ini.

04/05/2026

MAJLIS PELANCARAN BULAN KSSR DAN DINIAH 2026

04/05/2026

PENYAMPAIAN HADIAH SRITI AL-MUSTAQIM, MAIS SRITI SELANGOR 2026

TAHNIAH DAN SYUKUR SRITI AL MUSTAQIM MELAKAR SEJARAH DI ANUGERAH GASIS 2026Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. De...
27/04/2026

TAHNIAH DAN SYUKUR SRITI AL MUSTAQIM MELAKAR SEJARAH DI ANUGERAH GASIS 2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Dengan penuh rasa syukur, kami ingin berkongsi khabar gembira mengenai pencapaian luar biasa SRITI Al Mustaqim yang baru sahaja menerima pengiktirafan daripada GASIS.

Dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah GASIS 2026, SRITI Al-Mustaqim telah dinobatkan sebagai Tempat Pertama Sekolah Rendah Islam Integrasi SRII Terbaik Ujian Kelas KAFA UPKK 2025 Kategori B dengan mencapai GPS 1.07.

Kejayaan ini adalah bukti komitmen berterusan para guru, kesungguhan murid-murid, serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa dan seluruh warga sekolah dalam memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah selari dengan tuntutan integrasi ilmu.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan ini. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin semangat untuk kita terus melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Address

18-1 , Jalan PPS 2, Taman Perdagangan Selasih
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

03 6177 5842

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al-Mustaqim Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to SRITI Al-Mustaqim Gombak:

Share