Surau An-Nur Lakeview Apartment Taman Jasa Perwira

Surau An-Nur Lakeview Apartment Taman Jasa Perwira Hulurkan sumbangan kewangan menerusi No. Akaun Surau An-Nur Tmn Jsa Prwira CIMB ISLAMIC: 8600105202 Dibawah Kariah Masjid Jamiatus Solahiah (Masjid Sg. Tua).

Surau An-Nur (JAI.SEL.BPM/01/035/254) merupakan sebuah surau yang berdaftar di bawah JAIS. Lokasi Surau An-Nur berada di tingkat LG 2 yg dibina oleh pemaju di Lakeview Apartment Taman Jasa Perwira ( LVATJP). Surau An' Nur siap sedia digunakan pada 26 Rejab 1434H bersamaan 05 Jun 2013 [Rabu]. Surau An' Nur adalah kawasan perumahan muhibbah terdiri daripada 4 blok bangunan Blok A, B, C & D masih dlm

pembinaan (dijangka siap pada hujung tahun ini atau pada awal tahun depan) majoriti penduduk² di LVATJP beragama Islam. Surau yang mampu menampung kira-kira 60 hingga 80 jemaah akan memberikan kemudahan kepada penduduk warga LVATJP melaksanakan ibadah dan aktiviti keagamaan dengan selesa.

15/04/2026

Jamuan Raya AJK Surau An-Nur Lakeview Apartment Taman Jasa Perwira ...

Semoga Ikhuwah ini terus kekal hingga ke syurga....
Jasa mereka pasti di kenang...

04/04/2026
21/03/2026

Gema takbir memuji Ilahi, tanda kemenangan setelah sebulan berbakti. Kami di barisan Kepimpinan Surau An-Nur ingin memanjatkan kesyukuran atas nikmat keamanan yang kita kecapi bersama.

Semoga Syawal ini mengukuhkan lagi ukhuwah sesama kita, demi agama, bangsa, dan tanah air tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami semua. 🌙✨

#

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada seluruh ahli kariah yang dikasihi,Alhamdulillah, syukur ke hadrat Alla...
21/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada seluruh ahli kariah yang dikasihi,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Di kesempatan ini, saya mewakili pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli kariah. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan, kehadiran serta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sepanjang bulan Ramadan yang lalu dalam memeriahkan aktiviti surau.

Segala sumbangan, sama ada tenaga, masa mahupun kewangan amat kami hargai dan hanya Allah SWT yang mampu membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Jika terdapat sebarang kekurangan, kelemahan atau kesilapan daripada pihak kami sepanjang menguruskan surau, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.

Semoga silaturahim yang terjalin ini terus erat, dan sama-sama kita terus memakmurkan surau serta meningkatkan amal ibadah kita di masa akan datang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin 🌙

Ikhlas daripada,
USTAZ KAMARUL HAMID
PENGERUSI SURAU

20/03/2026

Salam Aidilfitri drpd kami AHLI JAWATANKUASA SURAU AN NUR... MAAF ZAHIR DAN BATIN..

MAKLUMAN WAKTU SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRIDimaklumkan kepada seluruh jemaah bahawa waktu  Solat Sunat Hari Raya Aid...
20/03/2026

MAKLUMAN WAKTU SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dimaklumkan kepada seluruh jemaah bahawa waktu Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bagi kariah Surau An Nur Lakeview Apartment akan diadakan seperti berikut:

Tarikh & Masa:
1 Syawal 1447H | Sabtu (21 Mac 2026)
🕣 8:30 pagi - Solat Sunat Aidilfitri

📍 Tempat:
Surau An Nur Lakeview Apartment

Imam Bertugas : Imam Muhammad Amir
Khatib Bertugas : Imam Mohd Azfar (Imam 1)
Bilal Bertugas : Bilal Hairulnizam (Bilal 1)

MEMBURU LAILATUL QADAR - 10 MALAM TERAKHIR  18 Mac 25 |  28 Ramadhan 1447H ✨Alhamdulillah, Solat Tarawih diimamkan oleh ...
18/03/2026

MEMBURU LAILATUL QADAR - 10 MALAM TERAKHIR

18 Mac 25 | 28 Ramadhan 1447H ✨

Alhamdulillah, Solat Tarawih diimamkan oleh Ustaz Kamarul Hamid, Pengerusi Surau An Nur

Rasulullah SAW apabila masuk 10 malam terakhir, Baginda akan bersungguh-sungguh dalam ibadah. Baginda menghidupkan malam dengan solat, zikir dan doa, bahkan mengejutkan ahli keluarga supaya sama-sama beribadah.

Jadi marilah kita gunakan baki malam Ramadan ini dengan sebaiknya.

"Surau Imarah, Hidup Barakah"

MEMBURU LAILATUL QADAR - 10 MALAM TERAKHIR  17 Mac 25 |  27 Ramadhan 1447H ✨Alhamdulillah, Solat Tarawih diimamkan oleh ...
17/03/2026

MEMBURU LAILATUL QADAR - 10 MALAM TERAKHIR

17 Mac 25 | 27 Ramadhan 1447H ✨

Alhamdulillah, Solat Tarawih diimamkan oleh Ustaz Jemputan, Ustaz Salahuddin Al Ayubi dan tazkirah Ramadan oleh Ustaz Muaz Hassan

Rasulullah SAW apabila masuk 10 malam terakhir, Baginda akan bersungguh-sungguh dalam ibadah. Baginda menghidupkan malam dengan solat, zikir dan doa, bahkan mengejutkan ahli keluarga supaya sama-sama beribadah.

Jadi marilah kita gunakan baki malam Ramadan ini dengan sebaiknya.

"Surau Imarah, Hidup Barakah"

Address

SURAU AN-NUR (JAI. SEL. BPM/01/035/254) Aras LG2 Blok C, Lakeview Apartment, Taman Jasa Perwira
Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An-Nur Lakeview Apartment Taman Jasa Perwira posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau An-Nur Lakeview Apartment Taman Jasa Perwira:

Share