09/02/2025
Yes You Can! π Learn English The Fun Way- Langkah Pertama Kuasai Bahasa Inggeris dengan Yakin
Alhamdulillah Sabtu lepas, 8 Februari, telah berlangsung kelas komunikasi Bahasa Inggeris remaja βYes You Can!β anjuran IKRAM Gombak dengan kerjasama KRT Taman Gombak, Ahli Majlis Zon 3 MPS, serta sukarelawan sebagai fasilitator dan pasukan teknikal.
π Seramai 40 pelajar dari sekolah sekitar Gombak telah mendaftar untuk program ini! Terima kasih kepada ibu bapa yang turut hadir dalam majlis pembukaan semalam π
β¨ Sesi pertama ini dikendalikan oleh Teacher Elmira Diaz, seorang Muslim revert dari Filipina yang berusia 82 tahun dan mempunyai 17 tahun pengalaman mengajar di UIAM Gombak. Beliau juga pernah mengajar di Adni Islamic School.
π‘ Kelas ini turut dibantu oleh:
π©βπ« Teacher Hailey (bekas guru Adni Islamic School)
π¨βπ Bro Benjamin (Graduan Cemerlang Bahasa Inggeris dari Adni Islamic School)
Program ini menekankan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris melalui aktiviti interaktif bagi memastikan pelajar berani dan yakin bertutur. Kami berharap semua peserta akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada modul yang disediakan, insyaAllah!
ππ₯ Letβs learn and grow together!