02/04/2015
(Baijuri malam 12 Jamadilakhir 1436)
😁Sempena Malam Jumaat ni, ayuh bincang persoalan berkaitan dengannya.
❗Nak cuba tulis sini. Kalau salah sila tegur ya. Maaf panjang.
💜Solat Jumaat (menurut fiqh syafie- merujuk kitab Hasyiah Baijuri ala atan Abu Syuja’).
*SYARAT WAJIB
1. Islam (Juga syarat terangkat dan sah seperti ia juga syarat wajib)
2. Baligh (juga syarat terangkat dan syarat wajib tapi bukan syarat sah – bukan syarat sah salat budak yang belum mumayyiz)
3. Berakal
(tiga-tiga ni juga syarat wajib untuk solat2 lain)
4. Merdeka (bukan hamba) sepenuhnya. Terkeluar juga daripada yang merdeka ni, al-Mab’adh (merdeka separuh, hamba separuh- contoh hamba yang memiliki dua tuan, seorang membebaskan seorang tidak)
5. Lelaki
6. Sihat (Tidak ada sakit atau yang sepertinya drp uzur yang boleh rukhshah– lari dari pemiutang, takde baju nak tutup aurat dll)
7. Orang yang bermastautin ( dalam Hasyiah ni kata, seeloknya dekat sini guna orang yang bermukim kerana itu bukan syarat wajib tapi syarat terangkatnya solat Jumaat)
*Tak wajib solat Jumaat ke atas
- orang Kafir Asli (maksunya yang kafir murtad, wajib solat- kena qada’ lepas kembali kepada Islam)
- Orang gila
- Hamba
- Perempuan (termasuk khunsa)
- Orang yang sakit (atau uzur yang ada rukhsah)
- Dan orang yang bermusafir (akan tetapi haram bermusafir selepas subuh kalau dengannya akan terlepas solat Jumaat. Kalau bersolat sebelum subuh, maka tak jadi wajib dah kat dia solat Jumaat. Kalau bertolak lepas subuh, kena solat Jumaat)
*SYARAT SAH
Sebelum masuk kepada yang dalam matan, muhassyi membawa tambahannya.
1. Cukup bilangan sempurna (40 orang daripada awal khutbah hingga akhir solat)
2. Tidak ada yang mendahului atau menyamai Takbiratul-ihram solat Jumaat di masjid yang lain dalam muqim sama. (Contoh: masjid kampong kakak saya di Narathiwat, masjid ada dua buah dalam jarak 100m. Maka masjid yang lebih lambat takbirnya kena solat zuhur lepas solat jumaat. Kalau bersamaan takbirnya, dua2 masjid kena solat zuhur balik. Maka, ihtiyatnya, kalau xtahu yg mana start dulu, dua2 solat zuhur la lepas solat Jumaat.)
-Ini kerana Nabi dan Khuafa rasyidin tak buat perkara tu kerana nak jaga syiar kesatuan.
-Kalau terlalu ramai xpe buat masjd dekat2 gitu dan hukum solat jumaatnya seperti tadi.
Kembali kepada syarat yang Imam Abu Syuja’ letak:
1. Tempat itu adalah tempat yang dijadikan tempat penempatan sebilangan orang (yang tidak keluar di musim panas dan sejuk kecuali dengan hajat) sama ada di pekan dan bandar yang dijadikan tempat mastautin.
2. Bilangan mencukupi 40 orang termasuk imam yang mukallaf, lelaki, bebas, mastautin (40 ta termasuk yang muqim).
3. Masih dalam waktu Zuhur. Solat Jumaat (khutbah dan solat) itu perlu keseluruhannya/sepenuhnya dalam waktu zuhur. Maka kalau tak cukup masa untuk khutbah dan solat jumaat, kena solat zuhur. Kalau tengah solat jumaat, yakin atau zhan dah masuk waktu asar, maka solat tu terus tukar niat, niat solat zuhur – ( Shalla Ma Nawa, Nawa Ma Shalla). Kalau syak masuk waktu, teruskan dengan solat Jumaat.
*Fardhu-fardhunya 3 (berhubungan dengan syarat sah yang 5 tadi, jadi 8):
Fardhu 1⃣ dan 2⃣: Berdiri untuk 2 Khutbah dan duduk (kadar thama’ninah antara dua sujud) antara 2 khutbah.
Kalau uzur, duduk. kalau xleh juga, mengiring pun sah. Kalau khutbah sambal duduk, duduk antara dua khutbah tu dengan diam, bukannya dengan mengiring.
Rukun khutbah ada 5:
1. Memuji Allah (hamdalah – kena yang dah tentu, cth: alhamdulillahirobil-‘alamin…), maksudnya tak cukup dengan Bahasa Melayu sahaja.
2. Selawat ke atas Rasulullah. Sama juga, tak cukup dengan Bahasa Melayu sahaja.
3. Berpesan supaya bertaqwa (yang ni boleh Bahasa apa2 pun)
4. Membaca ayat al-Quran di salah satu daripada dua khutbah.
5. Du’a kepada mu’minin dan mu’minat pada khutbah kedua.
Dan disyaratkan mendengar 40 orang yang terangkat dengan mereka (syarat seperti di permulaan tadi) solat Jumaat akan rukun-rukun khutbah itu.
Dan disyaratkan mualat (dhabitnya: mengikut uruf dan menurut al-Imam al-Rafie, ikut mualat solat jama’ – iaitu qadar solat 2 rokaat paling ringkas) diantara perkataan2 khutbah dan mualat antara dua khutbah. Kalau tak mualat walaupun kerana uzur, batal.
Disyaratkan juga menutup aurat, suci daripada hadas, kotoran pada baju, bada dan tempat solat.
Fardhu 3⃣: Solat 2 rokaat berjemaah – kena cukup 40 orang. Cukup walau hanya jadi ma’mum pada rakaat pertama kalau dengan dia mufaraqah, masih cukup bilangan 40. Kalau setelah siap, semua dah balik rumah. Tapia da seorang bagitahu, aku sebenarnya tadi berhadas, aku batal solat. Maka semua batal solatnya kalau dengan seorang yang berhadas tu, tak cukup bilangan 40.
Solat ni kena selepas 2 khutbah, berlawanan dengan solat sunat hari raya kerana solat sunat hari raya, solatnya di awal.
*Sunat-sunatnya:
1. Mandi, bagi sesiapa yang nak hadir solat Jumaat daripada lelaki, wanita, yang bebar, hamba, yang bermuqim, yang musafir, dan waktu mandinya adalah daripada waktu subuh dan semakin dekat jarak masa mandi dengan nak gi masjid tu lebih baik. Kalau uzur daripada mandi, tayammum dengan nat mandi.
2. Membersihkan diri. Menghilangkan bau yang dibenci seperti bau ketiak, pakailah bahan2 yang menghilangkan bau.
3. Memakai pakaian berwarna putih kerana ia sebaik2 pakaian.
4. Potong kuku kalau panjang, dan bulu juga – maka CABUT bulu ketiak, GUNTING misai dan CUKUR bulu ari-ari.
Memakai wangi-wangian yang terbaik yang dia ada, diam ketika khutbah.
(dikecualikan diam kalau nak beri amaran kepada orang buta kalu2 nok jatuh telaga, orang nak disengat kala jengking contohnya.)
BERSAMBUNG…