Surau Darul Ehsan

Call Directions Contact the place of worship

Surau Darul Ehsan Surau Darul Ehsan, Kampung Ayer Tawar, 42700 Banting, Selangor

ALHAMDULLILAH🤲  TAHNIAH TEMPAT KE 3
19/09/2026

ALHAMDULLILAH🤲 TAHNIAH TEMPAT KE 3

SDE memenuhi jemputan penyertaan perarakan bersepanduk sempena sambutan maulidur rasul masjid diraja sultan ala'eedin ka...
19/09/2026

SDE memenuhi jemputan penyertaan perarakan bersepanduk sempena sambutan maulidur rasul masjid diraja sultan ala'eedin kampung bandar, athun 2026.

18/09/2026

Sambutan maulidur rasul

29/08/2026

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Pihak Jawatankuasa Surau Darul Ehsan ingin menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan ucapan TERIMA KASIH kepada semua kariah, para jemaah, dan seluruh peserta yang sudi hadir memeriahkan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini.
Semoga setiap langkah kaki yang diayunkan dan setiap bait selawat yang dilaungkan sepanjang perarakan tadi dikira sebagai amal soleh dan mendapat syafaat Baginda Rasulullah SAW di padang mahsyar nanti. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

JUMPA PETANG INI DI SURAU DARUL EHSAN, JALAN AIR TAWAR, BANTING. Sambutan Maulidur Rasul, Petang berarak malam kita bers...
28/08/2026

JUMPA PETANG INI DI SURAU DARUL EHSAN, JALAN AIR TAWAR, BANTING. Sambutan Maulidur Rasul, Petang berarak malam kita bersama
Ustaz Naim Sadoon.

🌙✨ *JOM MERIAHKAN PERARAKAN PERDANA KARIAH SURAU DARUL EHSAN!* ✨🌙Assalamualaikum semua 🌿Sempena *Sambutan Maulidur Rasul...
24/08/2026

🌙✨ *JOM MERIAHKAN PERARAKAN PERDANA KARIAH SURAU DARUL EHSAN!* ✨🌙

Assalamualaikum semua 🌿

Sempena *Sambutan Maulidur Rasul*, marilah kita bersama-sama menzahirkan *kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ* dengan memperbanyakkan selawat, mengingati perjuangan Baginda serta meneladani akhlak mulia Rasulullah ﷺ. ❤️🌹

👨‍👩‍👧‍👦 *LAGI RAMAI, LAGI MERIAH!*
🎁 *HADIAH MISTERI DISEDIAKAN* khas untuk penyertaan keluarga!

Bawa anak-anak, pasangan, ibu ayah dan seluruh keluarga untuk bersama-sama memeriahkan perarakan dalam suasana penuh *ukhuwah, selawat dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ*. 🕌💚

📅 *28 Ogos 2026 (Jumaat)*
🕡 *berkumpul 6.30 petang*
📍 *Surau Darul Ehsan, Jalan Air Tawar*

⏰ *TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 26 OGOS 2026*

📲 *Mimi:* 017-603 9286
📲 *Ida:* 016-335 0900

🎁 *Keluarga anda berpeluang menerima hadiah misteri!*
Jangan tunggu saat akhir — *daftar sekarang dan ajak seluruh keluarga turut serta!*😍

🌹 **“Dengan selawat kita mengingati Baginda, dengan akhlak kita meneladani Baginda, dengan cinta kita mengikuti sunnah Rasulullah ﷺ.”** 🌹

💚 *AYUH KITA BERSAMA-SAMA MENZAHIRKAN CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD ﷺ!*

✨ *Bersama Kita Eratkan Ukhuwah, Meneladani Akhlak Rasulullah ﷺ.*✨

🌙 CERAMAH PERDANA MAULIDUR RASUL ﷺ*Tajuk : “Rasulullah ﷺ Rahmat Sekalian Alam”*Jom sama-sama kita semarakkan kecintaan k...
17/08/2026

🌙 CERAMAH PERDANA MAULIDUR RASUL ﷺ

*Tajuk : “Rasulullah ﷺ Rahmat Sekalian Alam”*

Jom sama-sama kita semarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan menghadiri Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh:

🎙️ Al-Fadhil Ustaz Mohd Naim Sadoon حفظه الله
Pendakwah Bebas | Juara Da’i Muda TV Al-Hijrah

📅 28 Ogos 2026 (Jumaat)
🕰️ Selepas Maghrib
📍 Surau Darul Ehsan, Jalan Air Tawar

✨ Muslimin & Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Ayuh hadir untuk menghayati sirah, meneladani akhlak serta menyuburkan kembali rasa cinta kita kepada Rasulullah ﷺ. ❤️

Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam majlis ilmu yang penuh keberkatan ini.

.. sedang diusahakan. Semoga bermanfaat dan dpermudahkan urusan
16/08/2026

.. sedang diusahakan. Semoga bermanfaat dan dpermudahkan urusan

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kita raikan bulan kemerdekaan di SDE. Terima kasih semua yang membantu
16/08/2026

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kita raikan bulan kemerdekaan di SDE. Terima kasih semua yang membantu

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Ceramah Maal Hijrah 1448H/2026M yang telah disampaikan oleh Usta...
27/06/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Ceramah Maal Hijrah 1448H/2026M yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rizal bin Md Jidin.

Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perubahan hati, akhlak dan kehidupan ke arah yang lebih diredai Allah SWT. Semoga segala ilmu, nasihat dan peringatan yang dikongsikan menjadi asbab untuk kita terus memperbaiki diri serta meningkatkan amal soleh.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah, para penganjur serta seluruh hadirin yang hadir memeriahkan program ini. Semoga Allah SWT menerima segala usaha kita dan mengurniakan istiqamah dalam menempuh perjalanan hijrah menuju keredaan-Nya.

“Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Salam Maal Hijrah 1448H.
Hijrah Membawa Berkat, Istiqamah Membawa Rahmat.

Address

Kampung Ayer Tawar
Banting
42700

Telephone

+60173138005

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Darul Ehsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Darul Ehsan:

Shortcuts

Share