Surau Ummi Yatimah

Directions

Surau Ummi Yatimah Assalamualaikum wbt. Medium untuk update semua aktiviti dan sebarang hebahan semasa Surau Ummi Yatimah

KRT TAMAN Cenderawasih Kuala LangatMasjid Nurulhuda Olaklempit
01/09/2026

KRT TAMAN Cenderawasih Kuala Langat
Masjid Nurulhuda Olaklempit

20/03/2026
Program malam ini 15 MAC 2026 inshaAllah KRT TAMAN Cenderawasih Kuala Langat Masjid Nurulhuda Olaklempit
15/03/2026

Program malam ini 15 MAC 2026 inshaAllah

KRT TAMAN Cenderawasih Kuala Langat
Masjid Nurulhuda Olaklempit

Assalamualaikum WBT,Pihak Jawatankuasa Surau Ummi Yatimah (JKSUY) dengan penuh rasa syukur dan rendah hati mengucapkan S...
17/02/2026

Assalamualaikum WBT,

Pihak Jawatankuasa Surau Ummi Yatimah (JKSUY) dengan penuh rasa syukur dan rendah hati mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh penduduk qariah yang dirahmati Allah SWT.

Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa sinar keimanan, meningkatkan ketakwaan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan Ramadan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah, bersedekah, membaca al-Quran serta mengimarahkan surau kita dengan solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti keagamaan yang telah dirancang.

Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Sekian,
JKSIUY 2024 - 2026
KRT TAMAN Cenderawasih Kuala Langat

15 FEBRUARI 2026 | GOTONG ROYONG BERSIHKAN SURAU SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN Alhamdulillah, pihak JKSUY mengucapkan ribu...
15/02/2026

15 FEBRUARI 2026 | GOTONG ROYONG BERSIHKAN SURAU SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN

Alhamdulillah, pihak JKSUY mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli qariah yang sudi meluangkan masa membersihkan kawasan dalam dan luar surau ummi yatimah bagi keselesaan jemaah untuk beribadat pada bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi...

Terima kasih juga diucapkan kepada Dr Wan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat yang memberi sedikit tips dan ceramah berkenaan bahaya merokok.

Semoga program sebegini mendapat manafaat dan keberkatan dari ALLAH SWT inshaAlllah

KRT TAMAN Cenderawasih Kuala Langat

15 FEBRUARI 2026 | PROGRAM SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN TAZKIRAH SUBUHPihak JKSUY telah menganjurkan program solat subuh be...
14/02/2026

15 FEBRUARI 2026 | PROGRAM SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN TAZKIRAH SUBUH

Pihak JKSUY telah menganjurkan program solat subuh berjemaah dan diikuti dengan tazkirah subuh oleh Timbalan Pengerusi SUY Ustaz Husaini. Semoga silaturrahim sesama ahli qariah SUY terjalin dengan lebih erat dan mendapat keredhaan dari ALLAH SWT...

KRT TAMAN Cenderawasih Kuala Langat

13 FEBRUARI 2026 | Rakaman takbir raya OL 2026 anjuran team media Masjid Nurulhuda Olaklempit. Nantikan suara takbir kam...
14/02/2026

13 FEBRUARI 2026 | Rakaman takbir raya OL 2026 anjuran team media Masjid Nurulhuda Olaklempit. Nantikan suara takbir kami inshaAllah...

KRT TAMAN Cenderawasih Kuala Langat

SAMBUNGAN GAMBAR AKTIVITI KORBAN SUY 1446H
07/06/2025

SAMBUNGAN GAMBAR AKTIVITI KORBAN SUY 1446H

ASSALAMUALAIKUM WBTAKTIVITI KORBAN SUY SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2025 / 1446H TAMAN CENDERAWASIHTerima Kasih kepada se...
07/06/2025

ASSALAMUALAIKUM WBT

AKTIVITI KORBAN SUY SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2025 / 1446H TAMAN CENDERAWASIH

Terima Kasih kepada semua qariah yang hadir serta Jawatankuasa Surau Ummi Yatimah dan AJK KRTTC bersama petugas-petugas sukarewan dalam menjayakan aktiviti korban pada tahun ini.

Alhamdulillah sebanyak 3 ekor lembu telah disembelih untuk AKTIVITI KORBAN tahun ini. Semoga segala niat dan ibadah yang kita lakukan mendapat keredhaan dan ketakwaan dari ALLAH SWT.

JUMPA LAGI TAHUN DEPAN INSHAALLAH
KRT TAMAN Cenderawasih Kuala Langat



Pada kesempatan ini JKSUY mendoakan kepada AHLI QARIAH yang sedang menunaikan ibadah haji, agar Allah SWT memberikan kea...
06/06/2025

Pada kesempatan ini JKSUY mendoakan kepada AHLI QARIAH yang sedang menunaikan ibadah haji, agar Allah SWT memberikan keafiatan dan memudahkan segala urusan ibadah mereka di Tanah Suci serta akan beroleh haji yang mabrur. Insya-Allah.

Bagi yang melakukan ibadah qurban p**a, semoga ibadah qurban tersebut diterima di sisi Allah SWT dan diganjari dengan pahala yang besar di akhirat kelak.

Pesanan buat ahli qariah yang akan kembali berhari raya di kampung halaman, sentiasalah mengutamakan keselamatan dan berhemah ketika di jalan raya. Semoga perjalanan ke destinasi yang dituju, tiba dengan selamat.

Akhir kalam JKSUY mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan dengan rendah diri, memohon keampunan serta kemaafan kepada semua. Semoga Allah SWT mengampuni segala salah dan silap kita serta kehidupan kita sentiasa dalam limpahan keberkatan, keredhaan, hidayah dan rahmat-Nya jua. Insya-Allah

KRT TAMAN Cenderawasih Kuala Langat



Address

Taman Cenderawasih
Banting

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ummi Yatimah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category