Puncak Bangi Islamic Centre - PBIC

Puncak Bangi Islamic Centre - PBIC A place for the people of Puncak Bangi, Sec 6, Bandar Baru Bangi.

Semalam, suasana di Surau Al-Siddiq menjadi lebih istimewa dengan kehadiran YB Ustaz Shafie Ngah yang sudi menunaikan so...
03/03/2025

Semalam, suasana di Surau Al-Siddiq menjadi lebih istimewa dengan kehadiran YB Ustaz Shafie Ngah yang sudi menunaikan solat tarawih bersama jemaah. Kehadiran beliau amat dihargai, dan selepas solat, kami berkesempatan untuk menjamu selera bersama dalam suasana penuh kemesraan.

Dalam kesempatan itu, kami turut menyampaikan tiga perkara penting untuk perhatian dan tindakan YB:
1. Isu longkang yang semak dan dipenuhi semak-samun di sekitar Puncak Bangi
• Masalah ini timbul akibat pertelingkahan tanggungjawab antara pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Kami berharap agar satu penyelesaian tuntas dapat dicapai demi kesejahteraan penduduk.
2. Pemotongan pokok besar di sepanjang jalan masuk ke Bangi Golf
• Pokok-pokok besar di kawasan tersebut tidak terurus, dan rantingnya sering menjadi tempat monyet bergayut. Selain itu, daun-daun yang gugur menyebabkan kekotoran, dan yang lebih membimbangkan, risiko pokok tumbang seperti kejadian baru-baru ini. Kami memohon agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
3. Permohonan pertukaran status tanah daripada pajakan kepada pegangan bebas (freehold)
• Isu ini telah lama dibangkitkan oleh penduduk, dan kami berharap YB dapat membantu mempercepatkan proses bagi memastikan hak dan kepentingan pemilik tanah terjamin.

Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YB Ustaz Shafie Ngah dan mendoakan semoga beliau sentiasa diberikan kekuatan serta keberkatan dalam menjalankan amanah. Semoga segala permasalahan yang dikemukakan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Sambut Ramadhan
27/02/2025

Sambut Ramadhan

Majlis *Aqiqah* dan Doa Selamat untuk cucu Hj Awalluddin dan Hjh Soleha  *Noah Rizqi Bin Mohd Afif Farhim*.  Semoga menj...
06/10/2024

Majlis *Aqiqah* dan Doa Selamat untuk cucu Hj Awalluddin dan Hjh Soleha *Noah Rizqi Bin Mohd Afif Farhim*. Semoga menjadi anak yang soleh

4/4/2024: Majlis Khatam Al-Quran Surau As-Siddiq kali ke 7 2024
04/04/2024

4/4/2024: Majlis Khatam Al-Quran Surau As-Siddiq kali ke 7 2024

30/03/2024
29/03/2024

Tazkirah malam ke 20 ramadhan oleh adik Mohd Dainis Zalizan

BSN tetap di hati
29/03/2024

BSN tetap di hati

Majlis Tazkirah dan Iftar Ramadhan sempena Nuzul Quran
28/03/2024

Majlis Tazkirah dan Iftar Ramadhan sempena Nuzul Quran

27/03/2024

17 ramadhan Bersama Dr Aznan 27/3/24

26/03/2024

Tazkirah malam ke 15 ramadhan

22/03/2024
Jangan terlalu berkira
22/03/2024

Jangan terlalu berkira

Apakah Melayu sudah bankrup?

Perbualan penjual kueh dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga sajaaa..

"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.

"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.

"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.

"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.

"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.

"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.

"5 suku," jawab Nora.

"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."

Nora diam sahaja.

"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"

"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"

Makcik itu merenung muka Nora.

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik s**a meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."

Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"

"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" tanya makcik itu tiba-tiba.

"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.

"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.

"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.

"Kenapa p**a makcik?" tanya Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

KESIMPULAN DARI PERBUALAN ATAS

# kalau rasa 50sen tu mahal jangan beli
# kek secrect resepi murah je boleh beli
# jangan bantu orang susah
# bantu orang senang
# harga berpatutan dah jangan pertikai
# tolong hargai susah payah orang yg buat
# cuba buat sendiri agak2 dpt ke seketul 20sen
# agak2 faham ke
# beli kt pasaraya tak minta kurang pun.
# saja cari pasal
# dah murah nak murah lagi
# please la fikir dan nilaikan
# pergi la cari yg paling murah kalau dpt.
# jual harga standard pun minta kurang melampau2
C/P

Address

Surau As Siddiq, Pusat Islam Puncak Bangi , Jalan 6/5 Off Persiaran Pusat Bandar 1 Seksyen 6
Bangi
43650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puncak Bangi Islamic Centre - PBIC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Puncak Bangi Islamic Centre - PBIC:

Share