Surau Dewan Anuwar Mahmud FST

Surau Dewan Anuwar Mahmud FST Surau Dewan Anuwar Mahmud FST UKM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan,Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains & Tekno...
14/07/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains & Teknologi akan mengadakan MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT seperti butiran berikut:-

Tarikh : 18 Julai 2025 (Jumaat)
Masa : 8:30 pagi - 9.00 Pagi
Tempat : Surau Dewan Anuwar Mahmud, FST

Dengan ini, kami amatlah berbesar hati mengalu-alukan pihak YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan untuk menyertai program bermanfaat ini.

Semua dijemput hadir



Jemput Follow Facebook Surau Dewan Anuwar Mahmud FST
https://www.facebook.com/share/18R7nF8orc/

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan,Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains & Tekno...
19/05/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains & Teknologi akan mengadakan TAZKIRAH PAGI @ Surau DAM yang akan diadakan seperti butiran berikut: -

Tarikh : 23 MEI 2025 (Jumaat)
Masa : 8:30 pagi - 9.00 Pagi
*Tempat :Surau Dewan Anuwar Mahmud, FST
Penceramah: Prof. Dr. Mohd Talib bin Latif
Tajuk : Islam dan Penjagaan Alam Sekitar

Dengan ini, kami amatlah berbesar hati mengalu-alukan pihak YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan untuk menyertai program bermanfaat ini.

Semua dijemput hadir



Jemput Follow Facebook Surau Dewan Anuwar Mahmud FST

Ahamdulillah selesai sudah program edaran bubur lambuk kepada warga FST. Sebanyak 200 pax bubur lambuk berjaya diedarkan...
21/03/2025

Ahamdulillah selesai sudah program edaran bubur lambuk kepada warga FST. Sebanyak 200 pax bubur lambuk berjaya diedarkan hasil sumbangan para dermawan

Terima kasih tak terhingga kepada para penyumbang dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga warga FST terus menyokong dan turut serta dalam program kami yang akan datang.

Salam Ramadan kareem dan semoga kita sama-sama dipertemukan dengan lailatulqadar insyaAllah

Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official)

20/03/2025
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan,Sukacita dimaklumkan bahawa JK Kerohanian FST ber...
18/03/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa JK Kerohanian FST bersama Surau DAM akan mengadakan Edaran Bubur Lambuk kepada warga Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official) sempena bulan Ramadan yang akan diadakan seperti butiran berikut: -

Tarikh :21 Mac 2025 (Jumaat)
Masa :4 Petang
tempat : PERSADA, FST

Surau DAM juga mengalu-alukan sumbangan para dermawan untuk sama-sama menjayakan agihan ini. Infaq boleh disalurkan dengan mengimbas Kod QR yang disediakan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi PIC program (En Asyraf - 0139581788)

Dengan ini, kami amatlah berbesar hati mengalu-alukan pihak YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan untuk menyertai program bermanfaat ini.

Sekian, terima kasih



Jemput Follow Facebook Surau Dewan Anuwar Mahmud FST

Alhamdulillah. Tabung sumbangan untuk Surau Dewan Anuwar Mahmud FST telah dilancarkan oleh YBhg Datuk Dr. Zulkifli Moham...
12/03/2025

Alhamdulillah. Tabung sumbangan untuk Surau Dewan Anuwar Mahmud FST telah dilancarkan oleh YBhg Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada 11 March 2025.

Kepada penyumbang yang budiman, boleh Scan QR Code yang diberikan.

07/03/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersahur Membezakan Puasa Muslim

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Daripada Amru Ibnu Al-Ash RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim No: 1836) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam sama juga dengan ibadat puasa yang telah pun diwajibkan kepada ahli kitab (yahudi dan nasrani). Tetapi terdapat beberapa perbezaan di antaranya ialah :

a. Umat Islam diwajibkan berpuasa setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan.
b. Disunatkan bagi orang Islam yang hendak berpuasa makan sahur sebelum masuk waktu subuh.

2. Ibadat puasa Muslim perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu dengan bersahur.

3. Sahur adalah makan atau minum yang dilakukan sebelum fajar (subuh) bagi mereka yang berpuasa walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma kerana ia memberikan keberkatan dan kekuatan sepanjang hari puasa.

4. Umat Islam yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah di akhirat dan beroleh berbagai-bagai pertolongan di dunia lagi.

5. Antara fadhilat atau kelebihan bersahur bagi yang berpuasa:

a. Memberi tenaga sepanjang hari berpuasa
b. Mendapat keberkatan dan kelebihan
c. Membezakan puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab.

6. Dalam berpuasa, kita diajar untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek, termasuk dalam amalan sahur. Dengan menjaga amalan ini, kita bukan hanya mengikuti petunjuk Rasulullah, tetapi juga meraih pahala yang besar dari Allah.

06hb Ramadan 1446H
07hb Mac 2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/PuanKULIAH DHUHA RAMADANDengan hormatnya perkara di at...
06/03/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan

KULIAH DHUHA RAMADAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Makmal dan Instrumentasi (SMI) dan Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KESKA) FST akan menganjurkan program Kuliah Dhuha
bersempena dengan bulan Ramadhan 1446H yang akan diadakan seperti butiran berikut: -

Tarikh: 11 Mac 2025 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi

Tempat: DKB 1,Bangunan Kedekanan,FST

Dengan ini, Pihak jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan pihak YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan untuk hadir ke program ini.

Sekian Terima kasih

06/03/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Memasuki Syurga Menerusi Pintu Ibadat

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai hamba Allah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barangsiapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barangsiapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barangsiapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barangsiapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu bertanya: "Ya Rasulullah, Demi bapa dan ibuku, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka". (HR Bukhari No: 1764). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ramadan bulan infak. Orang yang menginfak sepasang daripada hartanya di jalan Allah (banyak atau berterusan), dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga. Ibnu Hajar menyatakan, orang yang menginfaq dua barang dari harta apapun yang berasal dari jenis yang sama, akan dipanggil masuk syurga dari pintu infaq. .

2. Amalan fardu seperti solat, jihad, puasa, zakat dan haji yang dilakukan semasa di dunia, akan menyediakan daripada ibadat tersebut, antara pintu-pintu ke syurga.

3. Mereka yang ahli solat, ahli jihad, juga ahli sedekah, akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, pintu jihad dan pintu sedekah untuk masuk ke syurga.

4. Ahli puasa akan dipanggil dari pintu syurga yang bernama ar-Rayyan

5. Hadis ini mengajarkan kita untuk tidak hanya fokus pada satu jenis ibadah. Sebaliknya, kita harus berusaha menjadi orang yang mampu melaksanakan berbagai jenis ibadah, sehingga kita berpeluang untuk dipanggil dari banyak pintu syurga.

Berusahalah menyempurnakan pelbagai ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH dan PUASA. Semoga ia menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita di akhirat nanti.

05hb Ramadan 1446H
06hb Mac 2025

04/03/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Daripada Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari Kiamat tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melewati pintu itu kecuali orang-orang yang berpuasa. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, maka orang yang berpuasa berdiri menghadap. Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut". (HR Bukhari No: 1896) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar dan kedudukannya di sisi Allah SWT sangat mulia di mana Allah SWT menyediakan pintu khas memasuki syurga yang dinamakan Ar-Rayyan kepada orang yang berpuasa. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke dalam syurga melaluinya dan tiada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.

2. Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim menyebut: Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa dan kemuliaan orang yang berpuasa.

3. Pintu tersebut dinamakan “Ar-Rayyan” yang berasal dari kalimah “Array” dari segi bahasa membawa maksud titisan air hujan yang pertama. Kiasan kepada orang yang berpuasa apabila memasukinya akan hilanglah segala kehausannya selama-lamanya sebagaimana apabila kita sesat di padang pasir yang panas dalam keadaan kehausan dan apabila disebutkan air maka akan terasa kehausan itu semakin berkurangan walaupun sebenarnya kita belum meminumnya lagi. Bayangkanlah apabila kita dapat menikmati air tersebut tatkala kehausan. Betapakah nikmatnya tidak dapat diperkatakan.

4. Al-Rayyan membawa maksud: Orang yang tidak merasa dahaga. Ia kalimah atau sifat yang sangat sesuai kepada orang yang berpuasa.

5. Berkata Mulla al-Qari: “Maksud al-Rayyan itu sama ada dirinya sendiri tidak merasa dahaga kerana terdapat banyaknya sungai-sungai yang mengalir dan buah-buahan yang berada di sampingnya atau kerana yang sampai kepadanya (memasukinya) akan hilang rasa dahaga pada hari kiamat.”

6. Syurga itu indah dan terlalu mahal harganya. Sudah pasti untuk memasukinya memerlukan rahmat Allah SWT yang Maha Luas. Di bulan Ramadhan ini, rahmat Allah SWT mencurah-curah untuk hamba-Nya yang berpuasa dan sudah disediakan kepada orang yang berpuasa satu pintu untuk memasukinya. Orang yang berpuasa Ramadan, pada hari kiamat akan memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan (pintu yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa).

Ayuh kita laksanakan ibadah puasa dengah sungguh-sungguh, semoga kita menjadi salah seorang yang akan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan.

04hb Ramadan 1446H
05hb Mac 2025

03/03/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menghidupkan Malam Ramadan Menjadi Penghapus Dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mendirikan Ramadhan – di malam hari (menghidupkan Ramadan dengan puasa disiang hari, solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari No: 36) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan Ramadan dengan puasa disiang hari, dimalam hari solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.

2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

3. Semoga ibadat puasa di siang hari, qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu

4. Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ ..... فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ...

Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.' (HR Tirmizi No: 734) Status: Hasan Sahih

Ayuh, pastikan kita menghidupkan malam Ramadan dengan dapat bersama solat tarawikh di masjid atau surau bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam.

03hb Ramadan 1446H
04hb Mac 2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan,Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains & Tekno...
20/02/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains & Teknologi akan mengadakan MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT sempena menyambut bulan Ramadan yang akan diadakan seperti butiran berikut: -

Tarikh : 21 Feb 2025 (Jumaat)
Masa : 8:30 pagi - 9.00 Pagi
Tempat : Surau Dewan Anuwar Mahmud, FST

Dengan ini, kami amatlah berbesar hati mengalu-alukan pihak YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan untuk menyertai program bermanfaat ini.

Semua dijemput hadir

Address

Surau DAM FST UKM
Bangi
43600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Dewan Anuwar Mahmud FST posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share