Surau al-Hidayah PLPP Bangi

Surau al-Hidayah PLPP Bangi Surau Al Hidayah PLPP Bangi / Pusat Islam OKU. Menjalankan pelbagai aktiviti dan latihan keagamaan b

31/08/2023

Peluang kerja di PLPP Bangi bagi yang berminat.

OKU BERHIJRAHGambar sepanjang Program Maal Hijrah✨🕌
21/07/2022

OKU BERHIJRAH
Gambar sepanjang Program Maal Hijrah✨🕌

Salam Ma'al Hijrah semua! 🌙Bersempena dengan sambutan tahun baharu Hijrah 1444H tidak lama lagi, Surau Al-Hidayah PLPP B...
21/07/2022

Salam Ma'al Hijrah semua! 🌙

Bersempena dengan sambutan tahun baharu Hijrah 1444H tidak lama lagi, Surau Al-Hidayah PLPP Bangi menjemput semua untuk menghadiri Ceramah Khas yang akan diadakan bagi mengingati peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ini.

Ceramah bertajuk: "OKU Berhijrah" bakal disampaikan oleh 👳🏼‍♀️ YBhg. Ust. Mohamad Faizal Che Yusof, Pegawai Hal Ehwal OKU di Pejabat Timb. Menteri KPWKM.

Jom hadir esok, Khamis, 21 Julai 2022, Selepas Solat Maghrib, di Surau Al-Hidayah PLPP Bangi. 🕌

06/07/2022

PROGRAM BICARA AIDILADHA TAHUN 2022

Satu Program Bual Bicara Sempena Kehadiran Aidiladha Tahun 2022 Akan Diadakan Seperti Ketetapan Yang Berikut:

Tarikh : 6 Julai 2022 (Rabu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Surau Al-Hidayah, PLPP Bangi
Anjuran : Surau Al-Hidayah, PLPP Bangi

Membawa Tajuk “Harus Bijak Memilih: Kiri atau Kanan” Yang Mengupas Isu Pengorbanan Dalam Kehidupan, Membuat Keputusan Yang Terbaik Antara Yang Terbaik Demi Mencapai Cita-Cita Mahupun Impian. Tetamu Jemputan Program Ini Ialah YBrs Dr. Elmi bin Baharuddin, Pensyarah Kanan, Berkhidmat Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Penganjur Menjemput Saudara dan Saudari Untuk Bersama-Sama Hadir Ke Majlis Ilmu Ini dan Semoga Mendapat Rahmat Serta Diberkati Oleh Allah S.W.T.

“Jangan pernah merobohkan pagar tanpa mengetahui mengapa didirikan. Jangan pernah mengabaikan tuntunan kebaikan tanpa mengetahui keburukan yang kemudian anda dapat”.- BUYA HAMKA

Al - Fatihah....
05/07/2022

Al - Fatihah....

Seluruh Warga PLPP Bangi Merakamkan Ucapan Salam Takziah Atas Pemergian Allahyarham Mohammad Aliff Aiman Ke Rahmatullah.

Mendoakan Semoga Allahyarham Di Tempatkan Di Kalangan Orang-Orang Beriman dan Moga Rohnya Dicucuri Rahmat.

Al- Fatihah.

Salam Takziah Daripada,

Persatuan ALUMNI PLPP Bangi
Pengarah dan Warga Kerja PLPP Bangi

20/05/2022
19/05/2022

PROGRAM BICARA AIDILFITRI: KEMERIAHAN DALAM KEKURANGAN
19 MEI 2022 | SURAU AL-HIDAYAH, PLPP BANGI

Program Anjuran Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perpaduan dan Keusahawan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Berkolaboratif Bersama Surau Al-Hidayah PLPP Bangi Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022.

Membawa Tajuk "Kemeriahan Dalam Kekurangan" Yang Memberi Kefahaman dan Mesej Mengenai Konsep Mensyukuri Nikmat Allah SWT.

Semoga Program Ini Dirahmati Oleh Allah SWT dan Mendapat Manfaat Kepada Sekalian Insan. Insya Allah.

13/05/2022

PROGRAM DERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI@PLPP BANGI
"1 ANUGERAH KEHIDUPAN"

14 Jun Setiap Tahun, Seluruh Dunia Menyambut Hari Penderma Darah Sedunia. Justeru Itu, PLPP Bangi Menyahut Seruan Ini Dengan Menganjurkan Program Derma Darah Bersama Komuniti@PLPP Bangi Berkolaboratif Bersama Pusat Darah Negara (PDN) Seperti Ketetapan Berikut:

24 MEI 2022 (SELASA) | DEWAN PERDANA, PLPP BANGI

Ayuh Kita Menyokong Usaha Murni Seumpama Ini. Aktiviti Derma Darah Ini Memberi Kebaikan Kepada Kesihatan Dan Membawa Keberkatan Kepada Hidup Penderma. Konsep Inilah Yang Cuba PLPP Bangi Semaikan Dalam Kalangan Komuniti.

"1 ANUGERAH KEHIDUPAN"

NOTIS MAKLUMAN BERKENAAN SOLAT RAYA AIDILFITRI 1443H DI SURAU AL-HIDAYAH PLPP BANGI
01/05/2022

NOTIS MAKLUMAN BERKENAAN SOLAT RAYA AIDILFITRI 1443H DI SURAU AL-HIDAYAH PLPP BANGI

Address

Jalan Sg Merab
Bangi
47000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau al-Hidayah PLPP Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share