Gereja SDA Kokobuan, Kota Marudu

Gereja SDA Kokobuan, Kota Marudu Gereja Masehi Hari Ketujuh mengadakan perbaktian pada hari Sabtu yang juga disebut Hari Sabat. Malakin Luntas. Malakin Luntas selepas KKR tersebut.

Keajaiban berlaku bermula pada tahun 1998 apabila satu program KKR diadakan di perkarangan rumah En. Atas inisiatif beberapa pemimpin; mendiang Mikin Gulong, Elder Mosirih Sungkat, En. Malakin Luntas, Elder Amat Rindapon, perbaktian setiap sabat diteruskan di kediaman En. Usaha tanpa jemu daripada kalangan pemimpin diberkati sehingga sebuah bangunan gereja yang baru berjaya dibina di kawasan berhampiran. Perbaktian di bangunan gereja ini bermula pada tahun 1999. Pada awalnya, jumlah keanggotan adalah sekitar 30 orang. Angka tersebut bertambah dari tahun ke tahun. Kini, keanggotaan gereja SDA Kokobuan hampir mencecah 200 orang termasuk kanak-kanak. Dari tahun ke tahun, bangunan gereja ditambah baik sehinggalah kepada bangunan yang ada pada masa kini. Kepada sahabat-sahabat di luar sana kehadiran anda untuk berbakti bersama kami di gereja SDA Kokobuan amat dialu-alukan.

Kebaktian Penuh Berkat Bersama Hope Herald SingersGereja SDA Kokobuan menerima kunjungan istimewa daripada Gereja SDA Ke...
22/08/2026

Kebaktian Penuh Berkat Bersama Hope Herald Singers

Gereja SDA Kokobuan menerima kunjungan istimewa daripada Gereja SDA Keliangau, Manggatal, diketuai oleh Elder Riminda Sadah, bersama Elder Datuk Dr. Saima N. Sandah selaku conductor koir dan Elder Jasbon Saliun.

Kumpulan koir Hope Herald Singers turut mempersembahkan pujian, dengan khotbah disampaikan secara berselang-seli bersama lagu-lagu koir, menjadikan kebaktian semakin indah dan penuh berkat.

Turut hadir YB Datuk Dr. Maijol Mahap bersama Datin dalam kebaktian tersebut.

Terima kasih atas kunjungan dan pelayanan yang telah memberkati jemaat Gereja SDA Kokobuan.

Acara Perjamuan Suci Gereja SDA KokobuanTarikh: 15 Ogos 2026Gereja SDA Kokobuan mengadakan Acara Perjamuan Suci sebagai ...
18/08/2026

Acara Perjamuan Suci Gereja SDA Kokobuan

Tarikh: 15 Ogos 2026

Gereja SDA Kokobuan mengadakan Acara Perjamuan Suci sebagai satu kesempatan untuk menghayati kasih, pengorbanan dan teladan Yesus Kristus. Semoga acara ini menjadi berkat serta menguatkan iman dan kebersamaan seluruh warga gereja.

Kiranya Tuhan memberkati setiap hati yang mengambil bahagian dalam acara ini.

Terima Kasih atas Usaha Membantu Membaiki Dewan BeliaTerima kasih kepada Ketua Diakon, Encik Engkal, kerana telah menget...
18/08/2026

Terima Kasih atas Usaha Membantu Membaiki Dewan Belia

Terima kasih kepada Ketua Diakon, Encik Engkal, kerana telah mengetuai usaha pembaikan Dewan Belia Gereja SDA Kokobuan.

Terima kasih juga kepada semua yang telah terlibat dan meluangkan masa, tenaga serta usaha dalam menjayakan kerja-kerja pembaikan ini. Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan menjadi berkat serta memberi manfaat kepada warga gereja, khususnya golongan belia.

Selamat Hari Sabat.Puji Tuhan atas berkat-Nya. Gereja mengadakan Program Hari Sabat Kanak-kanak 2026, diikuti dengan pot...
25/07/2026

Selamat Hari Sabat.

Puji Tuhan atas berkat-Nya. Gereja mengadakan Program Hari Sabat Kanak-kanak 2026, diikuti dengan potbless bersama selepas kebaktian.

Terima kasih kepada semua yang telah melayani, mengambil bahagian, dan menyumbang dalam menjayakan program ini. Kiranya Tuhan terus memberkati setiap keluarga.

Lawatan SMAG Goshen ke Gereja SDA Kokobuan📖 18 Julai 2026 | Sabat yang DiberkatiPada Sabat ini, Gereja SDA Kokobuan tela...
25/07/2026

Lawatan SMAG Goshen ke Gereja SDA Kokobuan

📖 18 Julai 2026 | Sabat yang Diberkati

Pada Sabat ini, Gereja SDA Kokobuan telah menerima lawatan daripada rombongan SMAG Goshen.

Pengetua, En. Roimon, telah menyampaikan khotbah yang memberikan dorongan rohani kepada seluruh jemaat. Beliau juga berkongsi perkembangan terkini mengenai SMAG Goshen, termasuk pencapaian sekolah, kemajuan akademik, pembangunan pelajar, serta visi dan hala tuju sekolah pada masa hadapan.

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa dan para belia untuk terus menyokong pendidikan yang berteraskan nilai-nilai Kristian. Terima kasih kepada rombongan SMAG Goshen atas lawatan dan pelayanan yang sangat bermakna. Kiranya Tuhan terus memberkati setiap usaha dalam mendidik generasi masa depan.

"Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun ia tidak akan menyimpang dari jalan itu." – Amsal 22:6

Perkumpulan Pertengahan Minggu & Sambutan Hari Lahir Gabby (Ghazali)Pada Rabu, 8 Julai 2026, anggota Gereja SDA Kokobuan...
09/07/2026

Perkumpulan Pertengahan Minggu & Sambutan Hari Lahir Gabby (Ghazali)

Pada Rabu, 8 Julai 2026, anggota Gereja SDA Kokobuan telah mengadakan Perkumpulan Pertengahan Minggu yang disusuli dengan sambutan ulang tahun kelahiran Gabby (Ghazali) yang ke-8 di Mee Sup Tokou.

Selamat ulang tahun kelahiran, Gabby! Semoga Tuhan terus memberkati dengan kesihatan, sukacita dan hikmat dalam setiap langkah kehidupan.

Terima kasih kepada Encik Lawrence & keluarga atas jemputan dan layanan yang diberikan. Semoga Tuhan terus memberkati keluarga dan perniagaan.

"TUHAN memberkati engkau dan melindungi engkau." — Bilangan 6:24

Seminar Pendidikan Teologi PenatalayananPuji Tuhan! para anggota Gereja SDA Kokobuan telah menghadiri Seminar Pendidikan...
04/07/2026

Seminar Pendidikan Teologi Penatalayanan

Puji Tuhan! para anggota Gereja SDA Kokobuan telah menghadiri Seminar Pendidikan Teologi Penatalayanan yang diadakan di Gereja SDA Goshen, Kota Marudu.

Seminar ini berlangsung pada 3–4 Julai 2026 dan terbuka kepada semua yang ingin memperdalam pemahaman tentang penatalayanan menurut firman Tuhan.

Kiranya melalui seminar ini, setiap peserta terus diperlengkapi untuk menjadi penatalayan yang setia, bertanggungjawab, dan memuliakan Tuhan dalam setiap aspek kehidupan.

Setiap keluarga anggota Gereja SDA Kokobuan telah dijadualkan secara bergilir untuk bergotong-royong membersihkan kawasa...
03/07/2026

Setiap keluarga anggota Gereja SDA Kokobuan telah dijadualkan secara bergilir untuk bergotong-royong membersihkan kawasan gereja bersama para diakon dan diakonis. Pelayanan ini mencerminkan semangat kerjasama, kasih dan tanggungjawab dalam memelihara rumah Tuhan.

"Segala sesuatu yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia." — Kolose 3:23

Terima kasih atas pelayanan dan kesetiaan semua. Tuhan memberkati.

Terima kasih kepada Jabatan Pelayanan Wanita atas penganjuran majlis makan malam bertemakan "Malam Mekar Kasih Wanita". ...
27/06/2026

Terima kasih kepada Jabatan Pelayanan Wanita atas penganjuran majlis makan malam bertemakan "Malam Mekar Kasih Wanita". Kehadiran Pastor bersama isteri telah menambahkan lagi kemeriahan dan makna program ini. Semoga kasih, persaudaraan dan semangat pelayanan yang dipupuk melalui program ini terus mekar dalam setiap hati. Tuhan memberkati.



Selamat menyambut Sabat Ke-13 kepada semua.Pada Sabat ini, kami bersyukur kerana telah diberkati melalui penyampaian Fir...
27/06/2026

Selamat menyambut Sabat Ke-13 kepada semua.

Pada Sabat ini, kami bersyukur kerana telah diberkati melalui penyampaian Firman Tuhan oleh Pastor Arexsan. Kiranya Tuhan terus memberkati pelayanan beliau.

Dalam kebaktian yang sama, turut diadakan penyampaian token penghargaan kepada para bapa dan ibu sempena sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu sebagai tanda kasih dan penghargaan atas pengorbanan mereka. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama semua ibu bapa yang hadir.

Selain itu, Jabatan Kanak-Kanak turut menjayakan Program Sabat Ke-13 dengan mempersembahkan sebuah lakonan yang diilhamkan daripada kisah mukjizat Yesus memberi makan 5,000 orang dengan lima roti dan dua ekor ikan, seperti yang dicatatkan dalam Alkitab. Persembahan ini membawa mesej tentang kasih, iman dan kuasa Tuhan dalam memenuhi keperluan umat-Nya.

Segala puji dan syukur hanya bagi Tuhan atas Sabat yang penuh berkat dan sukacita ini. Semoga setiap program yang dijalankan terus menguatkan iman dan mempereratkan kasih persaudaraan dalam kalangan jemaat.

Address

Kampung Kokobuan
Bandau Kota Marudu
89100

Opening Hours

Wednesday 19:00 - 20:00
Friday 19:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 12:30

Telephone

+601110955797

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gereja SDA Kokobuan, Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share