Gereja SDA Masolog

Gereja SDA Masolog Gereja Seventh-day Adventist Masolog

KEBAKTIAN PENGHIBURAN MALAM KE-3 ๐Ÿ•Š๏ธKEBAKTIAN MALAM INI:๐Ÿ“… Tarikh: 1 Mac 2026 (Ahad)๐Ÿ•– Masa: 7:00 PM โ€“ 8:00 Malam๐Ÿ  Tempat: ...
01/03/2026

KEBAKTIAN PENGHIBURAN MALAM KE-3 ๐Ÿ•Š๏ธ

KEBAKTIAN MALAM INI:
๐Ÿ“… Tarikh: 1 Mac 2026 (Ahad)
๐Ÿ•– Masa: 7:00 PM โ€“ 8:00 Malam
๐Ÿ  Tempat: Rumah En. Sulaiman Sami, Kg. Talantang 2

PELAYANAN:
๐ŸŽค Pemimpin Pujian: Diakon Henry Ukun
๐Ÿ™ Doa: Elder Binson Bungas
๐Ÿ“– Renungan: Cikgu Majangan Jaralin

MAKLUMAN KEBAKTIAN SETERUSNYA (MALAM KE-4):
๐Ÿ“… Tarikh: 2 Mac 2026 (Isnin)
๐Ÿ•– Masa: 7:00 Malam
๐Ÿ  Tempat: Lokasi yang sama (Rumah En. Sulaiman Sami)

Mari kita terus bersatu dalam doa agar Tuhan memberikan kekuatan dan ketabahan yang luar biasa kepada keluarga mendiang dalam mengharungi waktu sukar ini.

"Sebab di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam Nama-Ku, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka." โ€” Matius 18:20.

BERITA DUKA & PENGHORMATAN TERAKHIR: MENDIANG DIAKON SDR. JONGGIN BIN MASIMPAN (85 TAHUN)๐Ÿ™"Aku telah mengakhiri pertandi...
01/03/2026

BERITA DUKA & PENGHORMATAN TERAKHIR: MENDIANG DIAKON SDR. JONGGIN BIN MASIMPAN (85 TAHUN)๐Ÿ™

"Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman." โ€” 2 Timotius 4:7

Gereja SDA Masolog merakamkan ucapan takziah atas pemergian Mendiang Sdr. Jonggin Bin Masimpan (85 tahun), mantan Diakon Gereja SDA Damai. Mendiang telah kembali ke pangkuan Tuhan pada 27 Februari 2026 di Hospital Kota Marudu akibat komplikasi tekanan darah tinggi akut.

Mendiang meninggalkan seorang isteri tercinta, 7 orang anak, 24 orang cucu, dan 22 orang cicit.

MAJLIS PENGHORMATAN TERAKHIR
Hari ini, 1 Mac 2026, Majlis Penghormatan Terakhir telah disempurnakan oleh pihak Gereja SDA Damai, sebelum jenazah dibawa ke tempat persemadian terakhir di Tapak Perkuburan Gereja SDA Damai, Kg. Damai.

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH ๐Ÿ™
Pihak keluarga mendiang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
* Ketua Kg. Talantang 2, Sdr. Elder Binson Bungas, atas bantuan dan kelancaran urusan penempatan jenazah di Kg. Talantang 2.
* Lembaga & Anggota Gereja SDA Masolog, Gereja SDA Damai serta anggora Gereja SDA di sekitarnya.
* Penduduk Kg. Talantang 2, Kg. Damai, dan Kg. Masolog yang hadir memberikan sokongan moral serta penghiburan sepanjang Malam Doa Penghiburan.
* Lembaga Gereja SDA Damai, atas kesudian menyempurnakan Majlis Penghormatan Terakhir buat mantan Diakon kita ini.
* Seluruh ahli keluarga jauh dan dekat, sahabat handai, serta semua pihak yang membantu dalam bentuk kewangan, aset, masa, dan tenaga.

Gereja SDA Masolog akan terus menyokong dan mendoakan agar Tuhan memberikan kekuatan serta ketabahan yang luar biasa kepada keluarga yang berduka. Semoga pengharapan akan kedatangan Tuhan yang kedua kali menjadi penghibur sejati buat kita semua.
"Sampai bertemu di pagi kebangkitan."

Kebaktian Penghiburan Dan Majlis Memperingati Kehidupan Mendiang Jikson Majudil.Kg. Masolog, 3 Ogos 2025 - Satu kebaktia...
03/08/2025

Kebaktian Penghiburan Dan Majlis Memperingati Kehidupan Mendiang Jikson Majudil.

Kg. Masolog, 3 Ogos 2025 - Satu kebaktian penghiburan telah diadakan di rumah kediaman En. Majudil Masimpan di Kg. Masolog, Kota Marudu. Acara ini bertujuan untuk memperingati kehidupan mendiang serta memberikan sokongan moral kepada keluarga yang ditinggalkan.

Kebaktian ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran Pastor A. Harnnie S. dan isteri dari Daerah Kota Belud sebagai tetamu jemputan. Pastor A. Harnnie juga turut sempat menyampaikan perkongsian Firman Tuhan untuk menguatkan hati keluarga dan hadirin.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Lembaga Gereja dan para anggota gereja yang bersama-sama memberi sokongan. Keluarga terdekat dan penduduk sekitar Kg. Masolog juga hadir memenuhi rumah. Kehadiran keluarga jauh dari Penampang dan Matunggong juga memberi sukacita kepada keluarga mendiang.

Dalam ucapan penghargaan, Ibu mendiang Jikson Majudil memohon agar semua pihak terus mendoakan kekuatan dan ketabahan untuk keluarganya. Mari kita terus mendoakan keluarga mendiang agar diberi kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

KOTA MARUDU โ€“ Hari ini, Khamis, 24 Julai 2025, Gereja SDA Masolog bersama keluarga besar telah sama-sama memberi penghor...
24/07/2025

KOTA MARUDU โ€“ Hari ini, Khamis, 24 Julai 2025, Gereja SDA Masolog bersama keluarga besar telah sama-sama memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Pn. Sitia Binti Dosuih@Sitiah Binti Douih, 68 tahun, di kediaman Pn. Suzzy Dolian dan Tanah Perkuburan SDA Masolog. Acara yang bermula pada jam 12.00 tengah hari disusuli dengan jamuan makan tengah hari.

Upacara Penghormatan Terakhir kemudiannya bermula pada jam 2.00 petang di rumah kediaman anak mendiang kerana Gereja Masih dalam naiktaraf. Upacara ini diketuai oleh Eld. Jamil Daud sebagai pemimpin acara, dengan Tony Francis memimpin pujian. Doa pembukaan disampaikan oleh Elder Binson Bungas, dan perkongsian Firman serta doa oleh Pr. Laidis Majingkal. Para hadirin turut disajikan dengan tayangan slaid dan bacaan riwayat terakhir mendiang oleh adek Max, mengimbas kembali kenangan manis bersama mendiang. Puji Tuhan Dan kami bersyukur kerana Upacara pengebumian telah selesai lebih kurang jam 3.30 petang dengan cuaca yang amat baik.

Keluarga En. Dolian Walford Masimpan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Gereja SDA Masolog, Pastor Laidis, serta semua anggota Gereja yang telah memberikan bantuan dan sokongan dalam Kebaktian Doa Penghiburan sempena penghormatan terakhir mendiang sehingga selesai pengebumian tadi.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua ahli keluarga jauh dan dekat, saudara-mara, penduduk Kampung Masolog, dan istimewa buat keluarga mendiang dari Inanam atas kehadiran dan sokongan yang diberikan.

Marilah kita terus berdoa agar keluarga En. Dolian sentiasa dikuatkan dalam Roh Kristus dalam menghadapi masa sukar ini.

KOTA MARUDU, 23/07/2025 - Dengan hati yang penuh rasa dukacita, kami ingin menyampaikan perkembangan terkini mengenai pe...
23/07/2025

KOTA MARUDU, 23/07/2025 - Dengan hati yang penuh rasa dukacita, kami ingin menyampaikan perkembangan terkini mengenai pelayanan kebaktian Penghiburan buat keluarga mendiang Pn. Sitia Binti Dosuih@Sitiah Binti Douih, 68 tahun

Tadi malam, kami telah mengadakan Kebaktian Penghiburan Malam Ke-2 di kediaman anak mendiang, Pn. Suzzy Bt. Dolian. Acara ini dipimpin oleh Pn. Mily Japeth, dengan perkongsian Firman Tuhan oleh Elder Jamil Daut. Kami bersyukur atas kehadiran ramai ahli Lembaga Gereja SDA Masolog dan anggota gereja yang datang memberikan sokongan dan kekuatan kepada keluarga yang berduka.

Mendiang Pn. Sitia telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kota Marudu pada 21 Julai 2025, jam 11:53 malam, akibat "septic shock death" yang berpunca daripada pelbagai komplikasi kesihatan dalaman. Salah seorang anak mendiang berkata, "kami bersyukur, Pastor Reynolds, Pastor Daerah, sempat melayani urapan dan doa di hospital atas permintaan mendiang dan keluarga sebelum beliau pergi", katanya..

Puji Tuhan dan setinggi-tinggi terima kasih atas urapan Pastor, serta pelayanan doa dalam Kebaktian Penghiburan Malam Kedua ini daripada Lembaga Gereja SDA Masolog dan seluruh anggota gereja. Ucapan terima kasih juga tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan sokongan: keluarga terdekat, penduduk kampung, keluarga jauh dan dekat, serta istimewa buat keluarga mendiang dari sebelah Inanam yang sudi datang menghiburkan keluarga ini.

Semoga Tuhan memberkati setiap kebaikan yang telah dicurahkan dan memberikan ketabahan kepada keluarga yang kehilangan.

JUMAAT | 30 MEI 2025KEBAKTIAN PENGHIBURAN & PEMBUKAAN SABATRumah Keluarga Majudil MasimpanPada malam ini, satu kebaktian...
30/05/2025

JUMAAT | 30 MEI 2025
KEBAKTIAN PENGHIBURAN & PEMBUKAAN SABAT
Rumah Keluarga Majudil Masimpan

Pada malam ini, satu kebaktian penghiburan telah diadakan di rumah keluarga Majudil Masimpan bersempena dengan peringatan 40 hari pemergian mendiang saudara Jikson Majudil, yang telah ditidurkan Tuhan. Acara ini turut disusuli dengan kebaktian pembukaan Sabat.

Pastor Raynolds telah menyampaikan Firman Tuhan dengan penuh pengharapan, mengingatkan kami bahawa:

โ€œAllah itu menyertai kita, Allah itu Penyedia, Allah itu Berjanji โ€“ dan sekarang ini yang penting ialah iman kita ke arah itu.โ€

Keluarga tuan rumah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran saudara-mara dari jauh dan dekat, para Elder, Lembaga Gereja, serta anggota jemaat yang bersama-sama dalam pelayanan penghiburan ini. Kehadiran anda semua amat mengubat hati yang sedang berduka.

Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada Pastor Raynolds dan isteri atas pelayanan kasih yang diberikan kepada keluarga ini.

Selamat menyambut Hari Sabat. Tuhan memberkati kita semua. ๐Ÿ™










๐ŸŽ‰ Selamat Hari Sabat โ€“ 8 Mei 2024 ๐ŸŽ‰"Ingatlah hari Sabat untuk menguduskannya..." (Keluaran 20:8)Gereja SDA Masolog mengu...
24/05/2025

๐ŸŽ‰ Selamat Hari Sabat โ€“ 8 Mei 2024 ๐ŸŽ‰
"Ingatlah hari Sabat untuk menguduskannya..." (Keluaran 20:8)

Gereja SDA Masolog mengucapkan Selamat Hari Sabat kepada seluruh umat seiman di mana sahaja anda berada! Semoga hari perhentian ini menjadi sumber kedamaian, pemulihan rohani, dan penguatan iman kita bersama Tuhan Pencipta.

Pada kebaktian kedua, kami diberkati dengan perkongsian Firman Tuhan oleh En. Kenny Norosan (Ketua Jabatan Belia) yang menyampaikan mesej bertema:

"Jeritan di Kayu Salib yang Mengubah Sejarah" Berlandaskan ayat: Lukas 23:34 & Lukas 23:46.
"Ya Bapa, ampunilah mereka..." โ€“ Melambangkan kasih tanpa syarat Yesus, yang mengubah makna pengampunan sejati.
"Ya Bapa, ke dalam tangan-Mu Kuserahkan nyawa-Ku." โ€“ Penyerahan total sebagai teladan kepercayaan dalam ujian hidup.

Salib Kristus bukan hanya lambang penderitaan, tetapi lambang transformasiโ€”dari kegelapan kepada terang, dari keputusasaan kepada pengharapan!

โ€œSebab pemberitaan tentang salib adalah kekuatan Allah bagi kita yang diselamatkan.โ€ (1 Korintus 1:18)

Berita Tambahan:
Puji Tuhan! Proses pengubahsuaian Gereja SDA Masolog sedang berjalan lancar. Walaupun memerlukan sedikit tambahan dana, kami percaya bahawa Tuhan akan menggerakkan hati umat-Nya untuk bersama-sama menyokong pembangunan Rumah Tuhan ini.

Terima kasih atas doa dan sokongan anda semua. Semoga kita semua diberkati dalam iman dan kasih Kristus.

MALAM AKHIR KEBAKTIAN PENGHIBURAN KELUARGA MAJUDIL MASIMPANโค๏ธ26 April 2025; 7.00 Malam.Pada malam kebaktian penghiburan ...
26/04/2025

MALAM AKHIR KEBAKTIAN PENGHIBURAN KELUARGA MAJUDIL MASIMPANโค๏ธ
26 April 2025; 7.00 Malam.

Pada malam kebaktian penghiburan keluarga Majudil Masimpan, kebaktian akhir telah dipimpin oleh Pastor Junus. Seluruh warga Kristus sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Jikson Majudil, yang telah ditidurkan Tuhan pada 20 April 2025 sekitar jam 11.00 pagi di rumah ibubapa beliau di Kampung Masolog.

Menurut Tony, ahli keluarga mendiang, kemungkinan besar punca pemergian adalah disebabkan kegagalan fungsi hati yang telah dialami oleh mendiang sejak lebih 12 tahun lalu.

Puji Tuhan, mendiang telah 'diurap' pada tahun lalu 2024, dan sejak tahun 2018, beliau telah bertobat dan menyerahkan hidup sepenuhnya kepada Tuhan Yesus Kristus, Juruselamat kita.

Pihak Gereja SDA Masolog mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Gereja, semua anggota gereja, serta keluarga jauh dan dekat yang telah bersama-sama hadir memberikan sokongan dan penghiburan kepada keluarga Majudil Masimpan sepanjang malam sejak 20 Apr 2025๐Ÿ™

Tuhan memberkati kita semua.
Amin.

Kota Marudu, 29 Disember 2024Hari ini, keluarga besar Gereja SDA Masolog melakar satu lagi memori indah dengan sambutan ...
30/12/2024

Kota Marudu, 29 Disember 2024

Hari ini, keluarga besar Gereja SDA Masolog melakar satu lagi memori indah dengan sambutan Hari Keluarga Gereja 2024 yang penuh dengan keceriaan dan kasih. Bermula sejak awal pagi, suasana di sekitar gereja dipenuhi gelak tawa dan sorakan dari pelbagai acara sukaneka dan permainan untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga dewasa.

Antara acara yang mendapat sambutan hangat ialah bowling kelapa tua, lompat karung, permainan teka warna dan tiup belon berkump**an, yang bukan sahaja mencuit hati tetapi juga mengeratkan hubungan di kalangan ahli keluarga gereja. Aktiviti-aktiviti ini diiringi dengan hidangan barbeku dan masakan istimewa hasil air tangan Pelayanan Wanita Gereja SDA Masolog, yang sentiasa memberikan sokongan luar biasa.

Gereja mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Hendrus Anding, Ahli Dewan Undangan Negeri N.7 Tandek, bersama Tuan Jesson Majemal, Tuan Pillexson James, dan semua ahli jemaat yang berbesar hati memberikan sumbangan ikhlas demi memastikan kejayaan sambutan ini.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur, Pelayanan Wanita, Belia, dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya, majlis ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menguatkan semangat kekeluargaan Kristus dalam kalangan anggota.

Semoga kita semua terus diberkati kesihatan, kasih sayang, dan perlindungan Tuhan dalam melangkah ke tahun 2025 yang bakal tiba. Sampai jumpa lagi di Hari Keluarga 2025!

Tuhan memberkati kita semua.

Majlis Penghargaan Pastor A. Harnnie Serverinus & Isteri di Gereja SDA MasologKota Marudu, 28 Disember 2024 โ€“ Gereja SDA...
29/12/2024

Majlis Penghargaan Pastor A. Harnnie Serverinus & Isteri di Gereja SDA Masolog

Kota Marudu, 28 Disember 2024 โ€“ Gereja SDA Masolog telah menganjurkan Majlis Penghargaan istimewa untuk Pastor A. Harnnie Serverinus @ Bobby dan isterinya, sebagai tanda penghormatan atas dedikasi dan komitmen mereka dalam memimpin serta melayani gereja-gereja di Daerah Gana Masolog.

Acara bermula jam 2.45 petang dengan pertemuan mesra bersama Majlis Pelayanan Daerah Gana Masolog. Elder Roger Ukun turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan program penting 2025, termasuk Doa 10 Hari dan siri Kebaktian Kerohanian yang diharapkan dapat memperkasa iman jemaat.

Dalam perkongsian yang penuh inspirasi, Pastor A. Harnnie mengenang pengalaman manis sepanjang pelayanannya, memuji kemurahan hati jemaat yang tidak pernah gagal memenuhi keperluan pelayanan. Beliau juga berkongsi kejayaan dalam kaunseling perkahwinan, dengan kebanyakan kes mendapat penyelesaian yang baik.

Sebagai cadangan untuk masa hadapan, Pastor mencadangkan agar status Gereja SDA dinaiktaraf daripada "Cabang" kepada "Company" bagi memperkukuhkan pelayanan. Beliau juga memohon doa daripada jemaat untuk kesihatan dan kekuatan dalam meneruskan pengajian peringkat Master.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Koir Gereja SDA Masolog, di mana jemputan telah dibuka kepada anggota gereja sekitar untuk menyertai kump**an ini. "Koir Gereja SDA Masolog semakin bertambah baik dibawah pimpinan Elder Roger" ujar Pastor.

Dalam ucapan penutup yang penuh emosi, Pastor dan isterinya mengucapkan terima kasih kepada semua jemaat atas kasih dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang pelayanan mereka. Mereka turut memohon maaf atas segala kekurangan dan mendoakan agar pekerjaan Tuhan di Daerah Gana Masolog terus berkembang, membawa ramai jiwa kepada Kristus.

Acara diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama Pastor dan isteri, disusuli dengan pemberian hadiah istimewa daripada gereja-gereja dan anggota secara persendirian. Selesai acara, kami bersama-sama menikmati juadah potluck penuh berkat yang disediakan oleh jemaat yang murah hati.

Sabat 13 Kuartel Akhir 2024: Berkat dan Penghormatan di Gereja SDA MasologKota Marudu, 28 Disember 2024Sabat terakhir ta...
28/12/2024

Sabat 13 Kuartel Akhir 2024: Berkat dan Penghormatan di Gereja SDA Masolog

Kota Marudu, 28 Disember 2024
Sabat terakhir tahun 2024 berlangsung dengan penuh rasa syukur dan puji-pujian pada Tuhan, di Gereja SDA Masolog. Elder Roger Ukun, Ketua Gereja, memimpin acara ini dengan beberapa pengumuman penting, termasuk perubahan pelayanan Mimbar bagi tahun 2025.

Selepas Kebaktian Sekolah Sabat pada jam 10.30 pagi, senarai akhir Lembaga Gereja 2025 telah diumumkan. Kanak-kanak turut diraikan melalui acara khas yang diadakan selepas kebaktian.

Penghormatan kepada Pastor Daerah
Sabat ini istimewa kerana khotbah akhir tahun disampaikan oleh Pastor A. Harrnie Serverinus @ Bobby, atas permintaan gereja. Khotbah ini juga menandakan penghormatan kepada Pastor Daerah kami sebelum beliau berpindah ke Daerah Bangkahak, Kota Belud.

Sesi kesaksian disampaikan oleh Ketua Diakon, Elder Japeth Pangaju, bertajuk "Yesuslah Segala-Nya!". Paparan LCD memaparkan aktiviti Koir Gereja SDA Masolog sepanjang tahun 2024, yang menginspirasi seluruh jemaat.

Selepas paparan, Koir Gereja melayani dua lagu pujian, mencerminkan keberkatan dan pertumbuhan mereka di bawah kepimpinan Elder Roger.

Pastor A. Harrnie menyampaikan khotbah bertajuk "Pentingnya Iman" (Ibrani 11:1), yang menguatkan iman jemaat sebagai persiapan memasuki tahun baru. Di akhir khotbah, Pastor menyampaikan nasihat dan dorongan kepada seluruh jemaat serta ucapan terima kasih kepada Gereja SDA Masolog atas kerjasama yang erat sepanjang masa pelayanannya.

Sebagai penghormatan, hadiah istimewa daripada seluruh anggota gereja disampaikan kepada Pastor dan isteri. Acara diakhiri dengan sesi bergambar bersama, disertai doa untuk keberkatan pelayanan Pastor di tempat yang baharu. Ujar Pastor, "Berbahagi secara sukarela, adalah keunikan bagi anggota Gereja SDA Masolog".

Mari teruskan doa dan dukungan kepada pelayanan Gereja SDA Masolog di tahun 2025 dan mendoakan Pastor A. Harnnie Serverinus dan isteri terus diberikan Roh Pelayanan yang menyala tidak kira di mana saja mereka berada.

Selepas kebaktian, kami amat diberkati dengan kemurahan tangan yang menyediakan potluck dan berkongsi berkat ini bersama Pastor Daerah dan isteri serta tetamu khas kami dari jauh. Pada jam 2.45 petang p**a, semua Lembaga Gereja daripada Gereja-gereja Daerah Gana Masolog akan berkumpul untuk Majlis Istimewa bersama Pastor dan isteri sekali lagi.

๐Ÿฉท Shalom, salam damai sejahtera di dalam kasih Yesus Kristus!Mari persiapkan hati dan jiwa kita untuk bersama-sama dalam...
15/10/2024

๐Ÿฉท Shalom, salam damai sejahtera di dalam kasih Yesus Kristus!

Mari persiapkan hati dan jiwa kita untuk bersama-sama dalam Kump**an Umum Satelit Daerah Masolog di Gereja SDA Masolog, yang akan diadakan pada 20-26 Oktober 2024, setiap malam dari jam 7.00pm hingga 9.00pm. Program menarik seperti APTA (Aktiviti Pemuridan Terdidik Alkitab), Kelas Alkitab, dan sesi untuk Calon Baptisan akan dijalankan sepanjang acara ini.

Jemputlah rakan-rakan, jiran tetangga, serta ahli keluarga anda untuk turut hadir dalam pertemuan penuh berkat ini. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ™

Terima kasih atas perhatian anda, Tuhan memberkati kita semua. ๐Ÿ™

Mesej daripada,

Pr. A. Harnnie Severinus,
Daerah Kependetaan Masolog.
Disampaikan pada 3.55pm,
15 Oktober 2024.

**anUmumSDA



**anUmum




Address

Jalan Talantang
Bandau Kota Marudu
89107

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gereja SDA Masolog posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Gereja SDA Masolog:

Shortcuts

Share