Projek Usahawan Francais - CBP PLUS

Projek Usahawan Francais - CBP PLUS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Projek Usahawan Francais - CBP PLUS, Bandar Bahru.

01/02/2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ, غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

DOA HARI RABU

أَعُوذُ بِاللّٰـهِ مُنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، بِسْمِ اللّٰـهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيــنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى اَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالُمْرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيـن

Ya Allah Ya Qahhar.....kami memanjatkan rasa syukur kepadaMu kerana masih diberi nafas pada hari Rabu ini untuk meneruskan kehidupan seharian yang penuh dgn rahmatMu.

Ya Jabbar Ya Muntaqim....jika ada dikalangan kami yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah dia, permudahkanlah urusannya. Jika ada dikalangan kami yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepadanya. Jika ada dikalangan kami sedang berhajat akan sesuatu maka tunaikanlah hajatnya dan cukupkanlah keperluannya. Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan sakit, maka sembuhkanlah dia, Ya Allah, agar dapat ia lbh tekun beribadah kpdMu. Jika ada dikalangan kami yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka ampunilah dia n tukarkanlah ia menjadi anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Ya Allah Ya Rahman....cucurilah rahmatMu kepada kami semua dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjukMu agar segala gerak kerja kami hari ini terpimpin dan menjadi mudah saterusnya berakhir dengan kesudahan yg baik.

Ya Allah.......hilangkan keseronokkan kami kepada maksiat dan perbuatan mungkar dan jauhkanlah kami dari apa jua musibah. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah Ya Muqallibal Qulub.....janganlah dipesongkan hati kami setelah kami mendapat hidayahMu. Tetapkanlah hati kami dlm iman n sudahi hidup kami hanya dlm agama islam Ya Allah.

Ya Rabb Ya Ghaffur ampunkanlah dosa kami Ya Allah, dosa kedua ibubapa kami, anak2 n pasangan kami, saudara n kaum kerabat kami, guru2 b ustaz kami, sahabat2 kami n sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat.

ربناظلمناانفسناوان لم تغفرلناوترحمنالنكونن من الخسرين. ربنالاتزغقلوبنابعداذهديتناوهب لنامن لدنك رحمه انك انت الوهاب. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الٰأْخِرَةِ حسنة وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللّٰـهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ، وَالْحَمْدُ لِلّٰـهِ رَبِّ العلمين.

19/01/2017

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ُ
بسم الله الرحمن الرحيم
شكرا الحمد اللهّ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

DOA PAGI HARIAN
🔅🔅🔆🔅🔅

Disedekahkan Al Fatihah kpd ibu bapa, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah.

بسم الله الرحمن الرحيم

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah! Ampunilah segala dosa kesalahan kami dan kedua ibu bapa kami serta keluarga kami. Kasihanilah & sayangilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani & menyayangi kami sewaktu kecil lagi.
امين...

Ya Allah! Tetapkanlah hari ini sebagai hari pembuka pintu rezeki & keberkatan Mu dari seluruh penjuru langit & bumi bagi kami. Sesungguhnya kami memohon kepada Mu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya & petunjuknya. Dan kami memohon perlindungan Mu dari kejahatan yg ada didalamnya & kejahatan yg ada sesudahnya.
Bukakanlah pintu rezeki seluas-luasnya utk kami.
امين...

Ya Allah! Berikan kami kekuatan supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman tidak ada Nabi & Rasul ini, supaya dpt kami bersyukur & menunaikan amanah Islam ini.
امين...

Ya Allah! Perlihatkanlah yg benar itu benar supaya dapat kami mengikutinya dan perlihatkanlah yg salah itu salah supaya dpt kami menjauhinya.
امين...

Ya Allah! Bersihkanlah hati kami, pemikiran kami dan kehidupan kami daripada segala jenis syirik, kufur, nifak & sifat2 yg keji. Tumbuhkan dihati kami sifat2 yg terpuji.
امين...

Ya Allah! Jadikan hati kami ini hati yang menyukai apa yg disukai oleh Engkau dan membenci apa yg dibenci oleh Engkau.
امين...

Ya Razaq! Ya Razaq!
Ya Allah! Rahmatilah kami, luaskanlah rezeki kami sekeluarga, permudahkan dan lancarkanlah semua urusan kami. Dan sihatkanlah tubuh badan kami agar dapat menjalankan tugas harian kami dgn baik.
امين...

Ya Allah! Jika rezeki kami berada di atas langit maka turunkanlah ia, jika berada d dlm laut maka keluarkanlah ia, jika jauh maka dekatkanlah ia, jika sukar maka mudahkanlah ia, jika haram maka sucikanlah, jika sedikit maka banyakkanlah ia dan limpahkanlah kpd kmi rezeki sepertimana rezeki yg telah engkau limpahkan kpd hamba2 mu yg soleh dgn kemuliaan, kemurahan & rahmat mu wahai Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.
امين...

Ya Allah! Bukakanlah utk kmi pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasihsayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu, pintu2 keampunan & pintu2 syurga.
امين...

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ ا�

16/01/2017

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Jangan Jadi Sombong
Kenapa kita jadi sombong, sebab kita ingat kita lebih baik dari orang lain. kita tak nak dengar pendapat orang lain, kita perlekehkan pencapaian orang lain, kita lebih pandai dan dah ada ijazah atau master atau PhD dari orang lain.
Mungkin kita dapat sokongan ramai sebab kita ada kuasa, kita sombong bila ramai pengikut kita dan dengar apa yang kita cakap, kita mungkin sombong kita diberi kelebihan berjaya dalam bisnes yang sedang kita buat.
Bila kita sombong
Kita banyak salahkan orang lain dari melihat diri kita sendiri. kita templak pendapat orang lain walaupun ada baiknya usaha dari orang lain. Kita mula malukan orang lain dengan pengaruh yang kita ada. Kita mula viralkan cerita orang lain bertujuan kononnya mengambil aktibar dari perbuatan mereka sedangkan kita tak tahu benarkah tidak cerita tersebut.
Bila kita sombong kita susahkan usaha orang lain untuk mendapat lebih baik. Bila kita sombong , kita ingat usaha kita yang lama-lama itulah yang terbaik dan orang lain perlu susah macam kita lalui.
Kita jangan sombong .
Sombong tak baik, nanti kita dilupakan Allah dengan kasihnya.
SubahanAllah
Alhamdulilah
Allahuakbar

13/01/2017

*ASSALAMU'ALAIKUM*

Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah dan Rahmat yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

Marfhumnya;

“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.”
~(HR Muslim )

*kepada kaum ADAM usahakanlah utk mendatangi SOLAT JUMAAT..ketahuilah bahawa para malaikat menunggu di pintu2 Masjid utk mencatit nama2 orang yg mendatanginya..

*kepada kaum HAWA tidak ada tuntutan utk kalian mendatangi berjemaah di masjid..memadai hanya solat dirumah sahaja kalian tetap mendapat pahala berjemaah..

*selamat menjalani yaumul bidh
Taqabalallahu mina wa minkum..
~ISTIQOMAH ZIKIR PAGI/JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

09/01/2017

ASSALAMUALIKUM DAN SALAM TAHUN BARU..

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Yang Dicintai Allah

أَبَا عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ يَقُولُ حَدَّثَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَشَارَ إِلَى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي

Abu Amru Asy Syaibani berkata, "Pemilik rumah ini menceritakan kepada kami -seraya menunjuk rumah Abdullah - ia berkata, "Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW, "Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?" Baginda menjawab: "Solat pada waktunya." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa kagi?" Baginda menjawab: "Kemudian berbakti kepada kedua orang tua."'Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa lagi?" Baginda menjawab: "Jihad fi sabilillah." Abdullah berkata, "Baginda sampaikan semua itu, sekiranya aku minta tambah, niscaya baginda akan menambahkannya untukku." (HR Bukhari No: 496) Status: Sahih

Pengajaran:

1. Pelbagai amal solleh dituntut untuk kita lakukan. Ada amal yang utama untuk dilakukan, ada amal yang paling dicintai Allah bergantung kepada keadaan, masa dan tempat.

2. Tiga amal yang paling dicintai Allah:

a. Solat pada waktunya – berusaha melaksanakan kewajipan ibadat kita dengan solat di awal waktu

b. Berbakti kepada ibu bapa – berusaha melakukan kebaikan, berbakti kepada kedua ibu bapa dan mengembirakannya – sama ada semasa dia hidup mahupun selepas mati.

c. Berjihad dijalan Allah – berkorban harta, diri, keselesaan untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar

Berusahalah melakukan amal yang dicintai Allah.


07/12/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Tips bertahan dalam business..

🌸 Jangan pandang rendah perniagaan kawan2 lain..
🌸 Jangan perlekehkan perniagaan kawan2 lain
🌸 Jangan perlekeh usaha kawan2 lain
🌸 Jangan cemuh testimoni2 perniagaan lain
🌸 Jangan cemuh produk kawan2 lain
🌸 Jangan sakit hati dengan kejayaan kawan2 lain
🌸 Jangan berasa diri yang terbaik dan terhebat (paling bahaya)
🌸 Jangan bermusuh dengan kawan2 lain..

Paling penting..fokuskan diri, perniagaan dan kehidupan kita tanpa rasa negatif pada orang lain...tukar aura negatif dalam diri dengan istighfar sebaik terasa yang bukan2 dalam fikiran kita.
Rezeki tidak pernah salah alamat..Allah pemberi rezeki dan yang menentukan rezeki kita..takut dengan Allah dari takut dengan persaingan

20/11/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Menjemput rezeki
==============
Saya diajar arwah ayah saya untuk tidak mencari rezaki tetapi diajar beliau untuk menjemput rezaki. abah pesankan ada 7 pintu rezaki dan 7 syarat menjemput rezaki yang akan saya kongsikan.
Rezaki kita di dunia ini memang sudah di tulis, mati kita , rezaki kita , hidup kita sudah di suratkan bila dan dimana bukan hanya kebetulan jalan ceritanya. sebelum kita lebih jauh untuk belajar tentang razaki, sebenarnya kita perlu faham yang rezaki terbahagi tiga.
Rezeki terbahagi kepada tiga
1. Rezaki yang dijamin
Tiada suatu pun di dunia ini yang hidup tinpa rezeki. Sejak kita di perut ibu lagi kita sudah punya razaki. kita membasar setiap hari di perut ibu kita dengan pastinya.
Semuanya mahluk mempunyai rezeki masing-masing yang telah dijanjikan. bukan kita sahaja yang mendapat rezaki yang dijanjikan ini, semuanya dapat termasuk gajah , semut, pokok, kucing, semuanya mempunyai rezeki masing-masing. Semuanya cukup bila waktunya.
2. Rezeki yang digantungkan
"Allah tidak merubah satu kaum, selagi kaum merubahnya sendiri nasibnya". Kita perlu bergerak untuk mendaputkan rezekinya. kita perlu bekerja dan berbisnes kerana mendapatkan rezaki.
Kerja adalah ibadah, bisnes adalah ibadah. itu sebabnya kita perlu bangkit dan bangun membesarkan rezeki.
betapa ramai orang yang mencari rezaki tetapi tidak tenang, kehidupan ini adalah mencari ketenangan. belajarlah mencari ketenangan. nikmat yang paling besar adalah ketenangan.
jika kita faham tentang ini , dada kita lapang dan kita tidak gusar dengan masa depan rezaki yang kita akan dapat. kita perlu yakin ianya pasti ada. jika kita punya sedikit kesukaran sekarang dalam mencari rezaki, kita perlu faham ini semua adalah nikmatnya untuk kita belajar sesuatu.
3. Rezeki yang dijanjikan
" Barangsiapa yang bersyukur , Allah akan menambah nikmatNya keatas mu." jika kita bersyukur pasti akan ditambahkan rezeki kita.
Gunakan rezeki untuk Allah, bersyukurlah. janganlah pernah takut rezeki yang belum ada tetapi takutlah dengan tidak mensyukuri rezeki. mengapa kita gusar dengan rezaki orang lain, rezaki kita pasti ada dan yakin.
kita sebagai seorang yang diberi akal dan fikiran teruskan hidup beribadat kerana Allah.
rezeki yang ada kita laburkan dengan bersedekah, janji Allah tidak akan miskin sesuatu kaum itu dengan hanya kerana dia bersedekah. semakin banyak kita bersedekah semakin banyaklah Allah tambahkan rezaki kita.

09/11/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

CUBA CHECK, BERAPA CIRI-CIRI YANG ANDA MILIKI DARI 15 CIRI-CIRI UTAMA ORANG BERJAYA (BILLIONAIRE) DALAM DUNIA INI :

1. Bagi anda, risiko adalah sesuatu yang harus diambil, bukan untuk dihindari

2. Dalam diri anda ada kedegilan yang sangat besar. Meskipun gagal berkali-kali, anda tetap akan berusaha untuk bangkit

3. Biarpun orang sekeliling selalu memperlekehkan anda, anda tetap percaya pada diri sendiri

4. Anda berupaya beradaptasi dengan perubahan pasaran ekonomi yang sering berubah-ubah

5. Rasa ingin tahu anda terhadap sesuatu itu sangat luar biasa

6. Bila anda dihadapkan dengan satu sistem yang tidak sesuai dan tidak mampu berjalan dengan baik, anda selalu gatal untuk berusaha membetulkannya walaupun tidak diminta

7. Bila anda sudah tersangat selesa dengan apa yang dimiliki sekarang, anda akan berusaha mencari cabaran baru

8. Anda sangat berminat dan sangat menikmati dengan proses membangunkan bisnes yang bermula dari '0'

9. Persaingan menjadikan anda lebih berjuang dan berusaha untuk membuktikan kemampuan yang dimiliki

10. Anda selalu punya idea-idea unik yang sukar dijangkakan

11. Bagi anda, setiap keputusan yang dibuat mesti ada penjelasan rasionalnya

12. Gagal itu pasti namun anda selalu menemukan jalan untuk bangkit semula. Anda adalah 'self motivated'

13. Anda selalu berfikir di luar kotak. Anda mampu berfikir diluar kebiasaan pemikiran orang ramai

14. Pada anda, tidak manfaatkan peluang keemasan yang ada adalah satu kesalahan besar

15. Telinga dan hati anda sentiasa lapang untuk menerima kritikan atau idea-idea baru..

Adakah anda miliki sebahagian dari keperibadian seorang usahawan berjaya seperti di atas? Jika ada, anda sebenarnya punyai peluang yang besar untuk bergelar USAHAWAN BERJAYA..

02/11/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Usahawan..

1. Kuat

2. Degil

3. Sentiasa belajar

4. Cepat belajar

5. Sentiasa yakin dan percaya bahawa dia akan berjaya

6. Selalu menangis sendirian di belakang tabir tapi ianya tak lama. Lepas menangis, genggam erat tangan, kacip gigi dan jalan terus..

7. Rebah?? Dia bangkit, bersandar di dinding. Pejam mata. Kumpul semangat. Genggam erat tangan, kacip gigi dan jalan terus.. terusan berulang sehingga dia berjaya..
Kalau anda nak tahu,
Itulah USAHAWAN!

Adakah anda begitu? :-)

31/10/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan!!!

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

*Ya Allah, Ya Tuhan kami kami bermohon ke hadrat-Mu*...

*1. Ampunilah*
●Dosa2 kami,
●Dosa kedua2 ibu bapa kami ,
●Dosa isteri isteri,
●Suami dan anak anak kami,
●Dosa adik beradik dan saudara mara kami,
●Dosa sahabat sahabat kami serta berkatilah kehidupan kami..

*Ya Allah...*
*2. Kami mohon* kepadaMu kemaafan dan AAFIYAH kesejahteraan selamanya dunia dan akhirat.

*Ya Allah...*
*3. Berilah* kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami
ILMU... IMAN DAN AMAL...

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

*4. Kami memohon* kepada-Mu ya Allah, berilah kami :
●Iman yang sempurna ,
●llmu yang memberi manfaat,
●Rezeki yang halal,
●Anak yang soleh,
●Rumahtangga yang bahagia,
●Usia yang berkat,
●Doa yang mustajab,
●Hajat yang tertunai,
●Kesihatan yang berterusan,
●Hutang yang terbayar,
●Keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

24/10/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

Membayar yuran KEBODOHAN dalam bisnes..
Saya juga seperti anda satu masa dulu. Saya ingat bila bisnes ni boleh senang dan banyak duit. Saya bayangkan orang bisnes ni banyak duit dan berkereta besar. Saya tak ada guru dan saya main belasah je jalankan bisnes yang saya tak tahu.
Saya orang yang berani.
Bila nak mula berniaga jangan takut. Kita kena mulakan. Jika ada takut , anda tidak kemana - mana. Selepas itu, anda jangan jadi seorang yang tamak. Jika tamak, hilanglah semua.
Ilmu adalah datang dari pengalaman. Pengalaman dstang dari apa yang anda baca, datang dari apa yang anda lalui sebelumnya. Pengalaman itu mungkin dari pengalaman anda atau orang lain.
Terbakar DUIT.
Saya pernah jadi CEO kepada sebuah syarikat korporat. Saya bawa banyak keuntungan berjuta. Saya pernah buka syarikat yang bermodal kecil menjadikan syarikat itu untung besar.
Dalam masa yang sama, saya pernah rugi, terduduk. Saya rugi berjuta. Walaupun sebaikmana pun niat kita tak tentu sama dengan teori bisnes dalam buku. Saya bangkit semula, saya kutip satu persatu dan cantumkan semula kacanya.
Bila anda gagal.
Semuanya salah. Orang kita memang akan cari salah dan nampak salah. Lebih ramai yang akan ketawakan anda jika anda gagal sedangkan anda telah mencuba. Lebih ramai orang yang sebenarnya orang yang tidak pernah mencuba...tetapi mereka lebih dipandang mulia.
KEBAIKAN VS KEUNTUNGAN
Teorinya anda nak buat bisnes sebab nak bantu ramai orang. Saya pun begitu. Orang pun ramai yang bantu saya. Tetapi tak semua orang yang faham.
Anda ambil pekerja, teorinya mereka akan bekerja dengan anda sepenuh hati untuk majukan syarikat. Tetapi akhirnya jika pengurusan tak betul semuanya kesalahan akan pulang pada anda.
Belajar dari kegagalan.
Betapa pahitnya gagal. Tetapi itu pengajaran yang paling bermakna. Berani bangkit semula dan terjs berlari kehadapan sana.
Anda semua boleh. Teruskan usaha dan fokus dengan apa yang anda inginkan.
Akhirnya KEJAYAAN MILIK KITA.
Game ini ditangan anda. Anda yang mencaturkan bagaimana mahu bermain. Jangan buat kesalahan lama. Jangan di ingat kegagalan dulu.
Hingga kini.
Saya bangunkan dimpian group dengan beberapa industri dibawahnya. Dimpian terus berkembang berdepan dengan cabaran dan halangan bisnes.
MATLAMAT BESAR.
Anda mesti ingat . Kejayaan anda sekarang bukan untuk kita. Legesi yang kita bina untuk orang lain anak dan cucu kita. Jika kita tak.mulakan siapa lagi yang akan mulakanya.
Kini dimpian group terus mendepani masalah. Kini terus bangkit semula.

Legesi ini bukan untuk siapa.

Aku hanya mahu menulis sejarah...

19/10/2016

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan !!!

PENYAKIT HATI
=============
Bila seseorang itu post kejayaan dia (bukan menunjuk harta), dan kita (dalam sedar tak sedar) sangat sakit hati melihatnya, maka itu kemungkinan besar salah satu tanda kita sudah ada PENYAKIT HATI.. :-)
Orang yang ada penyakit hati ni akan susah nak berjaya sebab dia akan jadi terlalu sibuk dan rimas. Bukan sibuk dan rimas untuk mengkayakan diri, tapi sibuk dan rimas serta habis masa untuk mendengki.. Orang dah ke bulan, kita baru sampai ke tingkat lapan.. hehehe..

Address

Bandar Bahru
34950

Telephone

0124919369

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Usahawan Francais - CBP PLUS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share