Khidmat Malaysia Kulim Bandar Baharu CEMAD

Khidmat Malaysia Kulim Bandar Baharu CEMAD KHIDMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH

18/9/2024 | KULIM*KHIDMAT MALAYSIA KBB GERAKKAN OPERASI CUCI SMATD*Pada 17/9/2024 yang lalu Kulim telah dilanda Banjir b...
19/09/2024

18/9/2024 | KULIM

*KHIDMAT MALAYSIA KBB GERAKKAN OPERASI CUCI SMATD*

Pada 17/9/2024 yang lalu Kulim telah dilanda Banjir besar. Banyak kawasan-kawasan komuniti terjejas akibat banjir tersebut. Sebagai anisiatif membantu, harini 18/9/2024, KHIDMAT MALAYSIA KULIM BANDAR BAHARU (KM KBB) telah menggerakkan satu operasi bagi mencuci Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Diniah (SMATD) Kulim.

Operasi ini disertai oleh Ahli Pas Cawangan-cawangan berhampiran, Ahli KM KBB, Anggota Jabatan Amal KBB, Ahli ARC KBB dan Turut serta Lajnah @ Biro Kebajikan Masjid Jamiul Makmur, Kulim dengan pelbagai peralatan yang dibawa sendiri oleh semua entiti terlibat.

Kekuatan didalam operasi ini seramai 50 orang. Operasi yang bermula jam 9.00malam berakhir 2.30pagi berjaya mencuci 3 blok bangunan sekolah yang telah dimasuki air banjir.

Pengerusi KM KBB Tajuddin bin Ismail merakamkan ucapan Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan peralatan yang dipinjamkan. Semoga kita semua beroleh balasan yang setimpal di atas kebaikan yang kita laksanakan. Aminn...

AMAL BANTU BANJIRP023 RANTAU PANJANG29-31/12/2022Syukur alhamdulilah,Anggota Jabatan Amal Kulim Bandar Baharu  Amal Kuli...
31/12/2022

AMAL BANTU BANJIR
P023 RANTAU PANJANG
29-31/12/2022

Syukur alhamdulilah,
Anggota Jabatan Amal Kulim Bandar Baharu Amal Kulim Bandar Baharu , Khidmat Malaysia Kulim Bandar Baharu CEMAD , AJK PAS Kulim Bandar Baharu dan juga YDP PAS Kulim Bandar Baharu turun membantu.

Sedikit sumbangan dapat diserahkan kepada YB Siti Zailah Mohd Yusoff untuk mangsa-mangsa banjir di P.023 RANTAU PANJANG.
Hasil dari kutipan yang diwar-warkan di parlimen P018 KULIM BANDAR BAHRU.

Seramai 10 angota yang terlibat dalam operasi kali ini.
Walaupun bermacam-macam dugaan melanda angota tetap teguh untuk menyelesaikan operasi kali ini...




15/10/2022
CEMAD KBB di OppCuciBaling. Tugasan Tinjau dan Cuci dr JAM KBB pd 5 Jul 2022.  -KBB
07/07/2022

CEMAD KBB di OppCuciBaling. Tugasan Tinjau dan Cuci dr JAM KBB pd 5 Jul 2022.

-KBB

05/03/2022

*ASSALAMMUALAIKUM*

3/3/2022 | SERDANG BANDAR BAHARU

*PAS KULIM BANDAR BAHARU MELANCARKAN JENTERA OPERASI PASCA BANJIR KE KELANTAN*

SERDANG -
Coretan ini khas buat Ahli dan Penyokong PAS Kulim Bandar Baharu (PAS KBB) yang dikasihi sekalian.

Umum telah mengetahui bahawa Negeri Kelantan dan Negeri Terangganu telah diuji dengan Ujian Banjir yang besar. Banyak kemusnahan dan kerosakkan yang di alami. Kotoran dan lumpur pasca banjir memenuhi bangunan serta kediaman.

Atas rasa tanggungjawab insani, PAS telah menggerakkan jentera²nya melalui KHIDMAT MALAYSIA & JABATAN AMAL MALAYSIA dengan arahan yang bermula dari Peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan hingga Cawangan.

Sehubungan dengan itu, PAS KBB melalui Khidmat Malaysia Kulim Bandar Baharu (CEMAD PAS KBB) dan Jabatan Amal Kulim Bandar Baharu (JAMKBB) telah melancarkan jentera bagi menggerakkan Operasi Pasca Banjir ke sana yang disempurnakan secara ringkas oleh Dr Amer Sopian selaku Yang Dipertua PAS KBB.

Bagi menjayakan operasi tersebut dengan ini dilancarkan sumbangan Jihad samada dalam bentuk tenaga, jentera, aset mencuci ataupun dana.

Sumbangan tersebut bolehlah disalurkan dengan cara menghubungi Syed Adnan 0194814386 (BENDAHARI CEMAD PAS KBB)

Semoga segala bentuk sumbangan dari kalian dapat melancarkan Operasi yang dilaksanakan seterusnya menjadi saham kita bersama sebagai bekalan menuju negeri abadi nanti. Amin...

04/03/2022

Kenangan OpBanjirHuluLangat

3 MAC 2022Penyerahan  sticker magnet Amal dan Khidmat Malaysia Kulim Bandar Baharu
03/03/2022

3 MAC 2022
Penyerahan sticker magnet Amal dan Khidmat Malaysia Kulim Bandar Baharu

Address

Serdang
Bandar Baharu
09800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khidmat Malaysia Kulim Bandar Baharu CEMAD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share