Masjid Daerah Barat Daya Pulau Pinang Official

Masjid Daerah Barat Daya Pulau Pinang Official Masjid Daerah Barat Daya Official merupakan medium utama penyampaian info dan maklumat berkaitan aktiviti dan program anjuran MDBD.

Sila follow, like dan share bagi mendapatkan pelbagai info berkaitan masjid

Khutbah Jumaat pada hari ini akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Lokman Hakem
26/06/2026

Khutbah Jumaat pada hari ini akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Lokman Hakem

Sebuah lagi mercu tanda Masjid Daerah Barat Daya siap dibina. Pihak pentadbiran masjid mengucapkan jutaan terima kasih k...
25/06/2026

Sebuah lagi mercu tanda Masjid Daerah Barat Daya siap dibina.

Pihak pentadbiran masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Madani melalui ICU Jabatan Perdana Menteri Pulau Pinang atas usaha mewujudkan mercu tanda nama masjid ini.

Pentadbiran ini berharap agar kita dapat menjaga bersama aset ini demi keindahan kariah kita.

Semoga kita direzekikan untuk menuruti jejak langkah Baginda Rasulullah ﷺ dalam menghidupkan sunnahnya dalam Bulan Muhar...
24/06/2026

Semoga kita direzekikan untuk menuruti jejak langkah Baginda Rasulullah ﷺ dalam menghidupkan sunnahnya dalam Bulan Muharam ini.

Berikut adalah jadual bertugas Pengerusi Kariah, Dr Nik Azlan bin Nik Man, Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya berada...
24/06/2026

Berikut adalah jadual bertugas Pengerusi Kariah, Dr Nik Azlan bin Nik Man, Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya berada di Masjid Daerah Barat Daya.

Sekiranya mana-mana ahli kariah ingin berurusan untuk mendapatkan tandatangan dan sebagainya, boleh hadir ke Pejabat Pentadbiran Masjid Daerah Barat Daya pada ketetapan berikut:

Selamat Hari Bapa buat seluruh insan bergelar ayah yang telah mengorbankan masa, tenaga, perasaan dan seluruh kudrat dem...
21/06/2026

Selamat Hari Bapa buat seluruh insan bergelar ayah yang telah mengorbankan masa, tenaga, perasaan dan seluruh kudrat demi membesarkan amanah yang dikurniakan Allah SWT. Di sebalik ketegasan seorang ayah, tersimpan kasih sayang yang tidak selalu terungkap dengan kata-kata. Di sebalik keletihan yang dipendam, ada doa-doa yang tidak pernah putus untuk kesejahteraan anak-anak dan keluarga.

Semoga setiap pengorbanan, setiap titisan peluh, setiap nasihat yang mendidik serta setiap langkah yang membawa keluarga menuju ketaatan kepada Allah menjadi amal soleh yang berterusan dan dikurniakan ganjaran yang terbaik di sisi-Nya. Barakallahu fikum kepada seluruh ayah yang menjadi pelindung, pembimbing dan qudwah buat generasi pewaris ummah.

SAMPAI BILA MASYARAKAT MUSLIM KITA AKAN BERUBAH? Kedua-dua gambar ini diambil di tandas awam Masjid Daerah Barat Daya pa...
20/06/2026

SAMPAI BILA MASYARAKAT MUSLIM KITA AKAN BERUBAH?

Kedua-dua gambar ini diambil di tandas awam Masjid Daerah Barat Daya pagi tadi. Pihak pentadbiran telah sedaya upaya untuk memastikan tandas awam dapat digunakan dengan bersih dan selesa, namun kami dapati ada segelintir pengunjung yang hadir sangat tidak bertanggungjawab menggunakan tandas awam ini.

Mereka menggunakan tandas awam dengan selesa tetapi meninggalkan tandas awam dalam keadaan menjijikkan sehingga memberi kesan kepada jemaah lain.

Tanda keimanan seseorang muslim adalah pada tahap kebersihannya. Pihak pentadbiran merayu agar gunakanlah tandas ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan keimanan. Bagaimana kita ingin menggunakan tandas dengan selesa, begitu juga orang lain.

Ingat! Perbuatan tidak bertanggungjawab ini adalah suatu dosa!

MESYUARAT PENGURUSAN JHEAIPP BIL. 4 TAHUN 2026 DIADAKAN DI MASJID DAERAH BARAT DAYA; PENTADBIRAN ANGGAP IA SEBUAH PENGHA...
19/06/2026

MESYUARAT PENGURUSAN JHEAIPP BIL. 4 TAHUN 2026 DIADAKAN DI MASJID DAERAH BARAT DAYA; PENTADBIRAN ANGGAP IA SEBUAH PENGHARGAAN BERMAKNA

Balik Pulau, 18 Jun 2026 – Masjid Daerah Barat Daya telah diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Bilangan 4 Tahun 2026 yang berlangsung pada Khamis, 18 Jun 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Masjid Daerah Barat Daya bermula jam 9.30 pagi.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Marzuki bin Hassan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Turut hadir ialah semua Ketua Penolong Pengarah JHEAIPP, Pegawai Tadbir Agama bagi seluruh daerah di negeri Pulau Pinang, Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, Imam-Imam Utama Masjid Daerah seluruh negeri Pulau Pinang serta Imam Kanan Masjid Bandaraya Umar al-Khattab, Bayan Baru termasuk Imam Utama Masjid Pelancongan, Masjid Terapung Tanjung Bungah.

Kebiasaannya, Mesyuarat Pengurusan JHEAIPP diadakan di Ibu Pejabat JHEAIPP di George Town. Namun, pemilihan Masjid Daerah Barat Daya sebagai lokasi mesyuarat pada kali ini dilihat sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap peranan institusi tersebut dalam menyokong pelaksanaan agenda pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di negeri ini.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan berakhir sekitar jam 12.45 tengah hari selepas pelbagai perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan semasa dibincangkan demi memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang.

Khutbah Jumaat pada hari ini akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Aznan Ahmad.
19/06/2026

Khutbah Jumaat pada hari ini akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Aznan Ahmad.

MESYUARAT AGUNG KOPERASI MASJID DAERAH BARAT DAYA BERHAD (KOMIDA) KALI KE-2 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYABalik Pulau, 17 Ju...
18/06/2026

MESYUARAT AGUNG KOPERASI MASJID DAERAH BARAT DAYA BERHAD (KOMIDA) KALI KE-2 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Balik Pulau, 17 Jun 2026 – Koperasi Masjid Daerah Barat Daya Berhad (KOMIDA) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-2 pada hari Rabu, 17 Jun 2026, bertempat di Dewan al-Bukhari, Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, bermula pada jam 9.30 pagi.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh lebih 50 orang anggota koperasi yang menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kelangsungan serta perkembangan koperasi terus diperkasakan.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah pelantikan semula Ahli Lembaga Koperasi (ALK) bagi sesi baharu serta beberapa usul baharu yang dikemukakan untuk pertimbangan dan tindakan pihak koperasi pada masa hadapan.

Sepanjang berlangsungnya mesyuarat, semua agenda dapat dilaksanakan dengan teratur dalam suasana harmoni dan penuh semangat kerjasama. Perbincangan yang dijalankan turut mencerminkan kesungguhan anggota dalam memperkukuh peranan KOMIDA sebagai sebuah institusi ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada ahli serta masyarakat setempat.

Mesyuarat Agung Kali Ke-2 KOMIDA berakhir dengan jayanya dan diharapkan segala keputusan yang dicapai akan menjadi pemangkin kepada kemajuan koperasi pada masa akan datang.

Address

Balik Pulau
11000

Telephone

+6048693528

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Daerah Barat Daya Pulau Pinang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Daerah Barat Daya Pulau Pinang Official:

Shortcuts

Share

Category