Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang Balik Pulau

Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang Balik Pulau "๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘จ๐‘บ๐‘ฑ๐‘ฐ๐‘ซ ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ณ"

Klik link ini untuk bersama menjayakan segala impian, visi dan misi Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang Balik Pulau !

22 Ogos 2026 | Selasa Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Majlis Selawat Perdana โ€œSungai Pinang Berselawatโ€ bers...
25/08/2026

22 Ogos 2026 | Selasa

Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Majlis Selawat Perdana โ€œSungai Pinang Berselawatโ€ bersama Qatrul Huda yang telah berlangsung di Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang, Balik Pulau.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya, majlis yang diadakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H ini dapat berlangsung dengan penuh meriah, lancar dan dalam suasana yang cukup indah.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua anak kariah, para jemaah, ahli keluarga serta seluruh masyarakat yang hadir meluangkan masa untuk bersama-sama mengimarahkan masjid dan menyemarakkan majlis dengan bacaan selawat, zikir dan puji-pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kehadiran serta sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna buat pihak masjid. Semoga perhimpunan kita pada malam ini menjadi tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan menjadi asbab turunnya rahmat serta keberkatan Allah SWT kepada seluruh warga kariah Sungai Pinang.

Turut diadakan jamuan kenduri untuk para jemaah dan anak-anak kariah selepas selesai Solat Isyak. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penyediaan dan pengurusan jamuan serta kepada para penyumbang yang telah berkongsi rezeki untuk menjayakan jamuan pada malam ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada kumpulan Qatrul Huda atas persembahan selawat yang begitu indah dan menghidupkan suasana majlis.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Kariah, para pegawai masjid, sukarelawan serta semua pihak yang bertungkus-lumus dari awal persiapan sehingga majlis selesai.

Semoga usaha kecil kita dalam menghidupkan syiar selawat dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Marilah kita terus memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan menjadikan Baginda sebagai contoh terbaik dalam kehidupan kita.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

25/08/2026

Live Selawat Perdana MKHSP

BUBUR ASYURA UNTUK JEMAAHAlhamdulillah, Biro Wanita Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang telah bergotong-royong memasak bub...
25/08/2026

BUBUR ASYURA UNTUK JEMAAH

Alhamdulillah, Biro Wanita Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang telah bergotong-royong memasak bubur Asyura untuk diagihkan kepada para jemaah pada malam ini sempena Majlis Selawat Perdana, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kariah Sungai Pinang.

Terima kasih kepada semua ahli Biro Wanita yang telah meluangkan masa, tenaga dan memberikan komitmen dalam menyediakan bubur Asyura ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi amal soleh serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Jom hadir beramai-ramai ke Majlis Selawat Perdana malam ini. Semoga majlis dipenuhi keberkatan dan menjadi tanda kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program harini diteruskan dengan Majlis Selawat Perdana Sungai Pinang Berselawat.
25/08/2026

Program harini diteruskan dengan Majlis Selawat Perdana Sungai Pinang Berselawat.

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTINGAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana Sempena Maulidur Rasul b...
24/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTING

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana Sempena Maulidur Rasul bersama Ustaz Jafri Abu Bakar yang dijadualkan terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, program esok tetap akan berjalan seperti yang dirancang. Kuliah Perdana akan digantikan dengan Majlis Selawat Perdana โ€œSungai Pinang Berselawatโ€.

Semoga majlis ini terus mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala urusan.

Mohon maaf atas segala kesulitan dan harap maklum. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H Daripada seluruh Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Kamil Hassan Sungai Pinan...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H

Daripada seluruh Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang Balik Pulau, kami mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah perjuangan Baginda serta menjadikan akhlak dan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan menjadi asbab mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.โ€
(Surah al-Ahzab: 21)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Ikhlas daripada,
Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang Balik Pulau

ูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, pihak Pengurusan Masjid Ka...
22/08/2026

ูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, pihak Pengurusan Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh anak kariah serta para penginfak atas keikhlasan dan sokongan yang diberikan.

๐Ÿ“Š LAPORAN INFAK JUMAAT
๐Ÿ“… 21 Ogos 2026 (Jumaat)

๐Ÿคฒ Infak Online โ€“ Kegunaan Kenduri Maulidur Rasul: RM1,478.45
๐Ÿคฒ Infak Tunai: RM925.00

๐Ÿ’š JUMLAH KESELURUHAN: RM2,403.45

Sebanyak RM92.50 (10% kutipan tunai) telah diserahkan kepada Tabung Jumaat MAINPP.

Jumlah bersih daripada kutipan tunai: RM832.50

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

โ€œSedekah tidak akan mengurangkan hartaโ€ฆโ€
(Riwayat Muslim, 2588)

Semoga setiap ringgit yang diinfakkan diterima Allah SWT sebagai amal jariah, diberkati rezeki para penyumbang dan menjadi bekalan yang bermanfaat di dunia serta akhirat.

๐Ÿคฒ Jazakumullahu Khairan Kathiran kepada semua penginfak yang terus bersama-sama menyokong dan mengimarahkan rumah Allah.

๐Ÿ•Œ MASJID MENYATUKAN UMAT




SUBUH SERAMAI JUMAAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H Alhamdulillah, seluruh anak kariah dijemput hadir memeriahkan...
22/08/2026

SUBUH SERAMAI JUMAAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H

Alhamdulillah, seluruh anak kariah dijemput hadir memeriahkan Program Subuh Seramai Jumaat sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H.

๐Ÿ“… Tarikh: 25 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang, Balik Pulau

Pihak masjid menyasarkan kehadiran seramai 500 orang jemaah. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah Allah serta memperingati dan menghayati kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. โค๏ธ

๐Ÿฝ๏ธ Sarapan pagi disediakan untuk semua jemaah.

Ayuh, kita hadir beramai-ramai bersama keluarga dan anak-anak kariah. Semoga kehadiran kita menjadi asbab bertambahnya ukhuwah, keberkatan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Jom hadir! Jom imarahkan Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang! ๐Ÿคฒ

22 Ogos 2026 | Sabtu Alhamdulillah, tabung pembelian tanah Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang telah ditempatkan di pintu ...
22/08/2026

22 Ogos 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, tabung pembelian tanah Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang telah ditempatkan di pintu masuk Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang sempena berlangsungnya Sukan Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang pada hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi Kariah, Encik Ramlee Jaafar, Tuan Imam, Ustaz Carlos Ariffin, Siak, Tuan Hashim serta AJK Muslimat, Puan Ermy, yang telah bersama-sama meluangkan masa pada pagi ini untuk menempatkan tabung tersebut.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab dipermudahkan urusan pengumpulan dana pembelian tanah masjid dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Jom bersama-sama menyumbang dan menyokong usaha pembelian tanah Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang.

๐ŸŒ™ KULIAH MAGHRIB PERDANA SEMPENA MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™TAJUK: BUKTI CINTA KEPADA RASULULLAH ๏ทบ๐ŸŽ™๏ธ Penceramah:Ustaz Jafri Abu B...
21/08/2026

๐ŸŒ™ KULIAH MAGHRIB PERDANA SEMPENA MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™

TAJUK: BUKTI CINTA KEPADA RASULULLAH ๏ทบ

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah:
Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

๐Ÿ“… Tarikh: 25 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: Selepas Solat Maghrib
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Kamil Hassan, Sungai Pinang, Balik Pulau

Marilah kita bersama-sama menghadiri majlis ilmu yang penuh keberkatan ini, sebagai tanda kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

โœจ Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan menghayati bukti sebenar cinta kepada Rasulullah ๏ทบ.

Ayuh hadir beramai-ramai! ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸŒน

Address

Balik Pulau
11010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kamil Hassan Sungai Pinang Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share