Masjid Tunku Ali Redhauddin

Masjid Tunku Ali Redhauddin Masjid Wadah Kesatuan Ummah

Burung merpati terbang ke taman,Hinggap sebentar di pohon sena,Guru dihormati sepanjang zaman,Mendidik insan penuh berma...
16/05/2026

Burung merpati terbang ke taman,
Hinggap sebentar di pohon sena,
Guru dihormati sepanjang zaman,
Mendidik insan penuh bermakna.

Selamat Hari Guru 2026.
Terima kasih buat seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu menabur ilmu, membentuk akhlak dan menerangi perjalanan anak bangsa dengan cahaya hikmah serta kesabaran.

Sesungguhnya, jasa seorang guru bukan sekadar terpahat di lembaran buku, tetapi kekal mekar dalam ingatan dan kehidupan setiap insan yang pernah disentuh ilmunya.

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

------------------------------------------------------------------
๐ŸŸข Ikuti media sosial Masjid Tunku Ali Redhauddin:

Facebook : https://www.facebook.com/mosojidtunkualiredhauddin

Tiktok : https://www.tiktok.com/




JERAYAWARA TAKLIMAT URUSAN HAJIJempol, 15 Mei - TH telah mengadakan Jerayawara Taklimat Urusan Haji di seluruh masjid da...
15/05/2026

JERAYAWARA TAKLIMAT URUSAN HAJI

Jempol, 15 Mei - TH telah mengadakan Jerayawara Taklimat Urusan Haji di seluruh masjid dalam Negeri Sembilan. Masjid Tunku Ali Redhauddin telah dipilih sebagai lokasi pada hari ini.

Taklimat kali ini disentuh berkenaan cara pendaftaran haji, promosi pembukaan akaun tabung haji, TH khairat, rayuan haji serta statistik jemaah haji tahun semasa.

Semoga taklimat ini memberikan manfaat dan didoakan semua menjadi duyufurrahman. Amin ya rabbal 'alamin.

------------------------------------------------------------------
๐ŸŸข Ikuti media sosial Masjid Tunku Ali Redhauddin:

Facebook : https://www.facebook.com/mosojidtunkualiredhauddin

Tiktok : https://www.tiktok.com/




Kasih ibu tiada tara,Kasih ibu tiada tanding,Kasih ibu sepanjang masa,Kasih ibu membawa ke syurga.Selamat Hari Ibu!Tulus...
10/05/2026

Kasih ibu tiada tara,
Kasih ibu tiada tanding,
Kasih ibu sepanjang masa,
Kasih ibu membawa ke syurga.

Selamat Hari Ibu!

Tulus ikhlas:
Pengerusi, Jawatankuasa & Pegawai
Masjid Tunku Ali Redhauddin

------------------------------------------------------------------
๐ŸŸข Ikuti media sosial Masjid Tunku Ali Redhauddin:

Facebook : https://www.facebook.com/mosojidtunkualiredhauddin

Tiktok : https://www.tiktok.com/




Semoga setiap titik lelah diganti dengan kejayaan gemilang, setiap penat dibalas dengan kebahagiaan berpanjangan, dan se...
01/05/2026

Semoga setiap titik lelah diganti dengan kejayaan gemilang, setiap penat dibalas dengan kebahagiaan berpanjangan, dan setiap usaha membuahkan hasil yang membanggakan. Teruskan melangkah dengan gagah, kerana dunia ini berdiri teguh atas dedikasi dan semangat kalian.

Selamat Hari Pekerja!
"Pekerja Kesuma Bangsa"

------------------------------------------------------------------
๐ŸŸข Ikuti media sosial Masjid Tunku Ali Redhauddin:

Facebook : https://www.facebook.com/mosojidtunkualiredhauddin

Tiktok : https://www.tiktok.com/




Liqaโ€™ Mahabbah: Menaut Hati, Menjulang Syiar, Memaknai Peranan Masjid di JempolJempol, 29 April โ€“ Dalam hamparan suasana...
29/04/2026

Liqaโ€™ Mahabbah: Menaut Hati, Menjulang Syiar, Memaknai Peranan Masjid di Jempol

Jempol, 29 April โ€“ Dalam hamparan suasana yang dipenuhi limpahan kasih dan rahmat Ilahi, program Liqaโ€™ Mahabbah Masjid-Masjid Daerah Jempol telah dianjurkan oleh JHEAINS dengan kerjasama Masjid Tunku Ali Redhauddin. Program ini berlangsung dengan penuh gemilang, menghimpunkan saf kepimpinan masjid dalam satu pertemuan yang sarat makna dan nilai.

Liqaโ€™ ini bukan sekadar pertemuan fizikal, tetapi menjadi medan penyatuan jiwa, menaut hati-hati yang terpanggil untuk memakmurkan rumah Allah, sekali gus mengangkat martabat masjid sebagai mercu tanda penyatuan ummah dan pusat denyut nadi kehidupan masyarakat.

Dengan pengisian yang menyentuh dimensi rohani dan intelektual, para peserta disajikan dengan tazkirah yang meresap ke dalam jiwa, di samping sesi percambahan fikrah dan pertukaran pandangan yang membuka ufuk baharu dalam memperkasa pengurusan serta peranan masjid dalam arus zaman yang kian mencabar.

Sesungguhnya, Liqaโ€™ Mahabbah ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan jaringan ukhwah yang lebih utuh, menyemarakkan iltizam bersama dalam menjadikan masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi sebagai obor yang menyuluh jalan perpaduan, kesejahteraan dan kebangkitan ummah di Daerah Jempol.

------------------------------------------------------------------
๐ŸŸข Ikuti media sosial Masjid Tunku Ali Redhauddin:

Facebook : https://www.facebook.com/mosojidtunkualiredhauddin

Tiktok : https://www.tiktok.com/




๐—›๐—จ๐—ž๐—จ๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ค๐—”๐——๐—”' ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ช๐—”๐—ŸSumber: Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembila...
30/03/2026

๐—›๐—จ๐—ž๐—จ๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ค๐—”๐——๐—”' ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ

Sumber: Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

๐—›๐—จ๐—ž๐—จ๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ค๐—”๐——๐—”' ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ

1. Apakah fadhilat puasa enam hari bulan Syawal?

Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุชู’ุจูŽุนูู‡ู ุณูุชู‘ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุดูŽูˆู‘ูŽุงู„ ูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุตููŠูŽุงู…ู ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑ

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun [1]."

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadhan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam p**a menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya [2] :

ุตููŠูŽุงู…ู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุจูุนูŽุดุฑุฉ ุฃูŽุดู’ู‡ูุฑุŒ ุตููŠูŽุงู…ู ุณูุชู‘ูŽุฉ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู… ุจูุดูŽู‡ู’ุฑูŽูŠู’ู†ุŒ ููŽุฐูŽู„ููƒูŽ ุตููŠูŽุงู… ุณูŽู†ูŽุฉ

"Berpuasa sebulan Ramadan (disamakan) dengan berpuasa sepuluh bulan, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan berpuasa dua bulan, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun berpuasa [3]."

Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan: "Membaca Surah al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW,

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุชู’ุจูŽุนูู‡ู ุณูุชู‘ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุดูŽูˆู‘ูŽุงู„ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ู…ูู†ู’ ุฐูู†ููˆุจูู‡ู ูƒูŽูŠูŽูˆู’ู… ูˆูู„ูุฏูŽุชู’ู‡ู ุฃูู…ู‘ูู‡ู

Yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, keluar (dihapus) dosanya seolah-olah dia baru dilahirkan oleh ibunya [4].

2. Seseorang mukmin yang mengqadaโ€™kan puasa fardu dalam bulan Syawal untuk tujuan dapat fadhilat puasa enam hari dalam bulan Syawal, bagaimana pandangan Islam tentang perkara ini?
Bagi sesiapa yang mengqadaโ€™kan puasa fardu dalam bulan Syawal akan mendapat pahala puasa enam hari dalam bulan Syawal sekalipun dengan niat qadaโ€™ sahaja. Sekiranya dia berniat dan berpuasa qadaโ€™ berasingan dengan puasa enam hari bulan Syawal maka itu adalah Afdhal.

Hal ini ditasybihkan dengan pendapat tentang solat sunat Tahiyyat al-Masjid. Seseorang itu memperolehinya sama ada dengan solat fardhu atau solat sunat yang lain sekalipun tidak berniat solat Tahiyyat al-Masjid Tahiyyat al-Masjid [5].

3. Seseorang muslim yang sedang berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal pada waktu yang sama dia meraikan Aidil Fitri (ziarah atas undangan atau menyambut tetamu) dalam keadaan dirinya berpuasa, bagaimana penyelesaian yang Islam anjurkan untuk dua keadaan ini?

Sebagai maklumat awal:
Haram berpuasa pada awal Syawal. Sehubungan dengan itu, kebanyakan orang mengambil peluang pada hari tersebut untuk memenuhi undangan dan berziarah.

Puasa sunat enam hari bulan Syawal boleh dilakukan secara berturut-turut atau berasingan dalam bulan Syawal. Ia merupakan puasa sunat dan bukannya wajib.

Bagi seorang isteri perlu mendapatkan keizinan daripada suaminya.
Sekiranya dia didatangi tetamu hendaklah dia meraikan tetamunya. Sunat dia berbuka puasa sunat tersebut. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah,

ู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูุคู’ู…ูู†ู ุจูุงู„ู„ู‡ ูˆูŽุงู„ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุขุฎูุฑู ููŽู„ู’ูŠููƒู’ุฑูู…ู’ ุถูŽูŠู’ููŽู‡ู

Yang bermaksud, Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Qiamat maka muliakanlah tetamunya [6].

Ini kerana tetamu yang datang membawa rezeki kepada tuan rumah. Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW,

ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณ ู„ุงูŽ ุชูŽูƒู’ุฑูŽู‡ููˆู’ุง ุงู„ุถู‘ูŽูŠู’ู ููŽู€ุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุฅูุฐูŽุง ู†ูŽุฒูŽู„ูŽ ู†ูŽุฒูŽู„ูŽ ุจูุฑูุฒู’ู‚ูู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุญูŽู„ูŽ ุฑูŽุญูŽู„ูŽ ุจูุฐูู†ููˆู’ุจู ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู…ูŽู†ู’ู€ุฒูู„ู

Yang bermaksud, Wahai manusia! Janganlah kamu membenci kehadiran tetamu. Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar (p**ang) membawa dosa ahli rumah tersebut keluar [7].

[1] Riwayat Muslim
[2] Al-Nafahat al-Nuraniyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qomariyah, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad, Matbaโ€™ah Nadhr, 2001, bab al-Ayyam al-Sittah min Syauwal, hlmn 215
[3] Diriwayat oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, Ibn Hibban dalam Sahihnya dan al-Munziri dalam Targhib wa al-Tarhib
[4] Riwayat al-Tabrani
[5] Ahsanul Kalam fi Fatawa wal Ahkam, โ€˜Atiah Saqar, Darul Ghad al-Arabi, Jld 3, hlmn 86.
[6] Riwayat Imam Ahmad.
[7] Bustan al-Waizin wa Riyadh al-Samiโ€™in, Imam Abi al-Farj Abdul Rahman bin Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Ali bin al-Jauzi al-Qarasyi al-Tamimi al-Bakri al-Hanbali, Dar al-Kutub al-Arabi, 2001, hlmn 91

Oleh: Ustaz Syaiful Nizam Bin Md Jan
Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan
--------------------------
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://muftins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabmuftins


--------------------------

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & BatinSemoga Syawal ini diraikan dengan penuh kegembiraan serta dapat mengeratk...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Semoga Syawal ini diraikan dengan penuh kegembiraan serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Tulus ikhlas daripada:
Pengerusi, Jawatankuasa & Pegawai
Masjid Tunku Ali Redhauddin

------------------------------------------------------------------
๐ŸŸข Ikuti media sosial Masjid Tunku Ali Redhauddin:

Facebook : https://www.facebook.com/mosojidtunkualiredhauddin

Tiktok : https://www.tiktok.com/




20/03/2026

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Ikhlas Daripada:
Pengerusi, Jawatankuasa & Pegawai Masjid

------------------------------------------------------------------
๐ŸŸข Ikuti media sosial Masjid Tunku Ali Redhauddin:

Facebook : https://www.facebook.com/mosojidtunkualiredhauddin

Tiktok : https://www.tiktok.com/




Masjid Wadah Kesatuan UmmahJempol, 18 Mac - Aktiviti tambahan malam 29 Ramadan 1447, bakar lemang bersama ahli kariah MT...
18/03/2026

Masjid Wadah Kesatuan Ummah

Jempol, 18 Mac - Aktiviti tambahan malam 29 Ramadan 1447, bakar lemang bersama ahli kariah MTAR sebelum p**ang ke kampung halaman masing-masing.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga ukhwah berpanjangan serta diberkati dan dirahmati Allah SWT.

------------------------------------------------------------------
๐ŸŸข Ikuti media sosial Masjid Tunku Ali Redhauddin:

Facebook : https://www.facebook.com/mosojidtunkualiredhauddin

Tiktok : https://www.tiktok.com/




Pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447 akan dilaksanakan pada:๐Ÿ—“๏ธ19 Mac 2026 (Khamis)๐Ÿ•—8.00 malam-----...
18/03/2026

Pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447 akan dilaksanakan pada:

๐Ÿ—“๏ธ19 Mac 2026 (Khamis)
๐Ÿ•—8.00 malam

------------------------------------------------------------------
๐ŸŸข Ikuti media sosial Masjid Tunku Ali Redhauddin:

Facebook : https://www.facebook.com/mosojidtunkualiredhauddin

Tiktok : https://www.tiktok.com/




Pengisytiharan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M akan diumumkan pada:

๐Ÿ—“ 19 Mac 2026 (Khamis)
๐Ÿ•— 8:00 malam

Penentuan dibuat berdasarkan cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara

Sama-sama kita nantikan pengumuman ini dengan hati yang penuh syukurโ€ฆ

Semoga Ramadan kita diterima dan Syawal disambut dengan penuh keberkatan.



16/03/2026

Raya Jumaat atau Sabtu?

Sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat pada 19 Mac 2026 nanti. Apa pun, Ramadan masih belum berakhir, ayuh bersama kita rebut peluang yang ada di akhir Ramadan ini dengan meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah SWT serta bersama-sama mencari lailatul qadar.

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ุดูŽุฏู‘ูŽ ู…ูุฆู’ุฒูŽุฑูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽุญู’ูŠูŽุง ู„ูŽูŠู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽูŠู’ู‚ูŽุธูŽ ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽู‡ู
Mafhumnya :โ€ Nabi ๏ทบ apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).โ€
Hadith Riwayat al-Bukhari (No. 2024)

Antara amalan yang boleh kita gandakan iaitu :

1. Banyakkan membaca al-Quran
2. Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa
3. Beriโ€™tikaf di Masjid
4. Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam
5. Banyakkan bersedekah

Lebihkan malam hari kita dengan beribadah kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita beroleh ganjaran yang menanti daripada Allah SWT di akhirat kelak.

------------------------------------------------------------------
๐ŸŸข Ikuti media sosial Masjid Tunku Ali Redhauddin:

Facebook : https://www.facebook.com/mosojidtunkualiredhauddin

Tiktok : https://www.tiktok.com/




Address

Masjid Tunku Ali Redhauddin
Bahau
72100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Tunku Ali Redhauddin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category