Masjid Jamek Pekan Bahau

Masjid Jamek Pekan Bahau Laman Rasmi Facebook MASJID JAMEK BAHAU

JOM SERTAI PROGRAM PEMBELIAN & PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI!Bersama-sama kita hidupkan budaya infak, sambil mengurangkan...
08/06/2026

JOM SERTAI PROGRAM PEMBELIAN & PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI!

Bersama-sama kita hidupkan budaya infak, sambil mengurangkan pembaziran.

📍 Masjid Jamek Pekan Bahau
📅 13/06/2026 Hingga 15/06/2026
⏰ 10 pagi – 6 petang

💥 Kami membeli pakaian terpakai anda serendah RM0.10 /kg atau anda boleh saja terus infak kepada pihak Masjid Jamek Bahau.
Setiap helai membawa nilai baik untuk alam sekitar, baik untuk ummah.

🌟 Apa yang boleh dihantar?
✅ Baju (kurung, T-shirt, dll)
✅ Seluar (jeans, slack, dll)
✅Toto, cadar, langsir, karpet
✅ Handbag, bag & kasut

🛑*Asalkan masih boleh dipakai semula dan jangan lupa isi dalam plastik, kotak tidak digalakkan.*🛑

🤝 Jom sama-sama menyumbang, mengurangkan sisa tekstil dan memberi nafas baru kepada pakaian anda dan jangan lupa untuk kongsi mesej ini kepada rakan rakan anda!

📞 Hubungi: 013-2367020 (Admin AMU)

IBADAH KORBAN 1447H / 2026MBahau, 27 Mei 2026 – Pentadbiran Masjid Jamek Bahau telah berjaya melaksanakan program Ibadah...
07/06/2026

IBADAH KORBAN 1447H / 2026M

Bahau, 27 Mei 2026 – Pentadbiran Masjid Jamek Bahau telah berjaya melaksanakan program Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha dengan penuh semangat kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan ahli kariah.

Sebanyak 6 ekor lembu dan 4 ekor kambing telah dikorbankan pada tahun ini melibatkan para peserta korban serta sukarelawan masjid. Program bermula seawal pagi selepas Solat Sunat Aidiladha dan berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak.

Selain melaksanakan tuntutan ibadah, program korban ini turut mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat serta memupuk semangat gotong-royong dan bantu-membantu. Daging korban telah diagihkan kepada peserta korban, golongan yang memerlukan serta ahli kariah setempat.

Pihak pentadbiran masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta korban, petugas, sukarelawan serta para penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan program pada tahun ini.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Salam Aidilfitri dari kami..
21/03/2026

Salam Aidilfitri dari kami..

JEMPUTAN KE  MAJLIS BERBUKA PUASA  MASJID JAMEK BAHAUDengan penuh hormatnya, pihak Masjid Jamek Bahau menjemput seluruh ...
13/03/2026

JEMPUTAN KE
MAJLIS BERBUKA PUASA
MASJID JAMEK BAHAU

Dengan penuh hormatnya, pihak Masjid Jamek Bahau menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Masjid Jamek Bahau seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14hb Mac 2026 (Sabtu)
Masa: 6.00 Petang
Tempat: Dewan Masjid Jamek Bahau

ATURCARA MAJLIS

6.00 petang – Ketibaan Tetamu
6.20 petang – Ucapan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa Pembuka
6.30 petang – Ucapan Pengerusi
6.40 petang – Penyampaian Sumbangan
7.24 malam – Berbuka Puasa & Solat Maghrib

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menyerikan dan memeriahkan lagi majlis ini.

10/03/2026
🌺Program Bengkel Surah Lazim Ohsem (SuLoH)🌺🌺Anjuran Pusat Pengajian Al-Saqof bekerjasama dengan Masjid Jamek Pekan Bahau...
07/03/2026

🌺Program Bengkel Surah Lazim Ohsem (SuLoH)🌺

🌺Anjuran Pusat Pengajian Al-Saqof bekerjasama dengan Masjid Jamek Pekan Bahau🌺

📮Hari : sabtu
⏰Masa : 9.30pagi-11.30pagi
⏰Tarikh: 28/2/2026
📮Tempat: Masjid Jamek Pekan Bahau.

📒Program ini adalah bengkel utk membaiki bacaan surah2 lazim, agar dapat memperbaiki bacaan dan mengamalkan bacaan yg sebenar

🌺🌺Kepada jemaah yang berminat, sedang belajar mengaji dan hendak mengenal pasti bacaan yang betul digalakkan hadir.🌷
Kita rasa bacaan dah betul sebab dah hafal ayat-ayat lazim ini.
🌺🌺Peserta akan dibimbing tentang makhraj dan sifat huruf🌺🌺

🌺Program Bengkel Surah Lazim Ohsem (SuLoH)🌺🌺Anjuran Pusat Pengajian Al-Saqof bekerjasama dengan Masjid Jamek Pekan Bahau...
28/01/2026

🌺Program Bengkel Surah Lazim Ohsem (SuLoH)🌺

🌺Anjuran Pusat Pengajian Al-Saqof bekerjasama dengan Masjid Jamek Pekan Bahau🌺

📮Hari : sabtu
⏰Masa : 9.30pagi-11.30pagi
⏰Tarikh: 28/2/2026
📮Tempat: Masjid Jamek Pekan Bahau
Target peserta : 40 org dewasa & ke atas

📒Program ini adalah bengkel utk membaiki bacaan surah2 lazim, agar dapat memperbaiki bacaan dan mengamalkan bacaan yg sebenar. 📒

🥇Lain2:
1. Bengkel PERCUMA
2. Ada Jualan Buku Modul(RM40)

🌺🌺Kepada jemaah yang berminat, sedang belajar mengaji dan hendak mengenal pasti bacaan yang betul digalakkan hadir.🌷
Kita rasa bacaan dah betul sebab dah hafal ayat-ayat lazim ini.
🌺🌺Peserta akan dibimbing tentang makhraj dan sifat huruf🌺🌺
Di jemput hadir

JEMPUTAN PROGRAM CERAMAH“BICARA KOMUNITI RENTAN”Assalamualaikum w.b.t.Dengan segala hormatnya, pihak penganjur ingin mem...
24/01/2026

JEMPUTAN PROGRAM CERAMAH
“BICARA KOMUNITI RENTAN”

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan segala hormatnya, pihak penganjur ingin memaklumkan serta menjemput tuan/puan ke Program Ceramah “Bicara Komuniti Rentan” yang akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 30 Januari 2026 (Jumaat)
🕔 Masa: 7.40 malam (selepas solat Maghrib)
📍 Tempat: Masjid Jamek Pekan Bahau
🎤 Penceramah Jemputan:
• En. Rosli Mohd Ali
• En. Aminrul Ashraff
• En. Mohd Salim Arumaddad

Sehubungan itu, kehadiran tuan/puan amatlah dihargai bagi memeriahkan majlis serta menambah keberkatan dan manfaat kepada para jemaah.

Sekian, terima kasih.

Mesyuarat AJK dan  pegawai agama masjid dan pemandu van masjid Jamek..Tarikh..22 January (Khamis)2026Tempat .bilik mesyu...
22/01/2026

Mesyuarat AJK dan pegawai agama masjid dan pemandu van masjid Jamek..

Tarikh..22 January (Khamis)2026
Tempat .bilik mesyuarat..
Masa..lepas Isyak.,.
Kehadiran..wajib

Agenda..
Ucapan pengerusi
-pembetangan kewangan terkini 2025
-Cadangan lantikan S/u baru
-pembinaan dan naik taraf masjid Jamek..
-program 6 bulan pertama..
-Rotong royong perdana..
-Program ramadan..
-perkara berbangkit

Address

57 , Jalan Tasik Bahau 1/3
Bahau
72100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Pekan Bahau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category