28/01/2026
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG MJPTHH KE-8
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan segala hormatnya, ahli kariah Masjid Jamek Permaisuri Tuanku Hajah Haminah adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Ke-8 MJPTTH seperti ketetapan berikut:
๐ Tarikh: 8 Februari 2026
โฐ Masa: 9.00 pagi
๐ Tempat: Dewan Solat
Masjid Jamek Permaisuri Tuanku Hajah Haminah,
Matang Jelutong, 34300 Bagan Serai, Perak
โจ Majlis ini akan dirasmikan oleh:
Encik Nazirul Jamaluddin
Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Perak
Mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan pengurusan dan kewangan masjid serta merangka perancangan aktiviti bagi tahun semasa. Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan diharapkan demi kelangsungan serta kemajuan masjid kita bersama.
Semoga kehadiran semua ahli kariah mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
๐ Jawatankuasa Pengurusan
Masjid Jamek Permaisuri Tuanku Hajah Haminah