Masjid Mukim Kg Alor Ganu

Masjid Mukim Kg Alor Ganu SELAMAT DATANG KE PAGE RASMI FB MASJID MUKIM KG. ALOR GANU DAERAH BACHOK.

Page ini bertujuan untuk menghebahkan info semasa/program/aktiviti berkaitan Masjid ini. Sumbangan/Infaq anda dialu-alukan
MASJID MUKIM ALOR GANU
A/C NO: 03111010184301/BANK ISLAM

Assalamualaikum... Pada 13 September 2024 Jumaat... Kami berselawat Kepada Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam di Masj...
13/09/2024

Assalamualaikum... Pada 13 September 2024 Jumaat... Kami berselawat Kepada Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam di Masjid Mukim Alor Ganu...

Assalamualaikum... Pada 12/7/2024 Sabtu... Dijemput semua hadir...
12/07/2024

Assalamualaikum... Pada 12/7/2024 Sabtu...
Dijemput semua hadir...

10 CARA KREATIF BERSEDEKAH🌷1 – Letak sabun basuh tanganAda kebanyakkan masjid yang kita pi, macam kekurangan sabun. Toil...
09/07/2024

10 CARA KREATIF BERSEDEKAH

🌷1 – Letak sabun basuh tangan

Ada kebanyakkan masjid yang kita pi, macam kekurangan sabun. Toilet p**a kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepastu letakkan di masjid yang berhampiran. Insyallah ramai yang dapat guna.

🌷2 – Selipar Untuk Masjid

Kebanyakkan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid.

🌷3 – Simpan Syiling

Kita kumpul duit syiling simpan dalam tabung. Tiap kali weekend kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekah.

🌷4 – Berikan Baki Bayaran

Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, Tapi kita bagi saja duit besar RM5, dan mintak pakcik makcik yang berniaga tu simpan saja baki bayaran. Buat lah sekali, lama lama akan jadi habit.

🌷5 – Kain Pelikat & Telekung

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan masjid. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama. Katakan kat masjid dekat rumah kita, dah ada banyak telekung tapi kotor. Kita boleh bawak balik basuh kat rumah atau hantar dobi.

🌷6 – Makanan Kucing

Walaupun kita tak bela kucing, kita boleh beli makanan kucing dalam small pack. Standby letak dalam kereta.

Bila kita turun ke RnR atau mana mana perhentian untuk makan, ternampak kucing terbiar di tepi jalan boleh bagi makan kucing. Berbuat baik lah pada kucing makhluk kesayangan Rasulullah.

🌷7 – Konsep sedekah carpool

Allah s.w.t kurniakan kita kenderaan agar kita boleh berikan manafaat kepada ramai orang. Kalau kita ada kawan atau jiran yang nak pergi ke destinasi yang sama dengan kita, tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep ‘carpool‘ pergi kerja juga salah satu konsep sedekah yang sangat bagus.

🌷8 – Kertas & Pen

Kat mana mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, biasanya mereka yang mendengar tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 lepastu diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manafaatnya sangat besar insha Allah

🌷9 – Al Fatihah

Sedekahkan Al-fatihah kepada suami, kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg masih hidup dan yang telah meninggal.Jangan lupa bacakan al-fatihah untuk diri kita sendiri juga. Dan doa kan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa.

Contoh, masa di airport kita ternampak ada suami isteri ni bertengkar berbalah. Kita terus submit doa semoga Allah lembutkan hati diorang dan datangkan kasih sayang supaya mereka dapat cari jalan untuk selesaikan.

🌷10 -Doakan perkara yang baik. 😊

Bersedekah yang paling baik ialah kita dapat berikan sesuatu yang orang perlukan.

Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.

09/07/2024

Doa Agar Diperbaiki Diri

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku semuanya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.”

Riwayat An-Nasaie (10405)

06/07/2024
06/07/2024

Jemputan ke :

Majlis Bacaan Doa Sempena Akhir Tahun 1445H & Awal Tahun 1446H serta Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1446H/2024M

Disempurnakan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V

•29 Zulhijjah 1445H (6 Julai 2024)
•Sabtu, 6:50 petang
•Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu

06/07/2024
06/07/2024
06/07/2024

KEUTUHAN PERSAUDARAAN

Perumpamaan golongan yang beriman pada sifat berkasih sayang, saling merahmati, dan saling membantu adalah seperti suatu badan. Apabila ada anggota badan yang sakit, ia menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat tidur dan juga menjadi demam.

Riwayat al-Bukhari (5665), Muslim (2586), al-Tirmizi
(1847), al-Nasaie (2525) dan Imam Ahmad (19188)

15/06/2024
15/06/2024

[JAWATAN KOSONG]

Jawatan yang ditawarkan : *Penyelia / Supervisor di Food Court Masjid Al Busyra Merbok*

Kelayakkan : ✅SPM dan keatas
✅ Minimum umur 25 tahun dan keatas

⭐Kelebihan : Masa kerja fleksible.

Skop pekerjaan :
- Memastikan peniaga foodcourt mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

- memantau kebersihan foodcourt.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : https://www.wasap.my/+601153624456 (Puan Ain)

https://www.wasap.my/+60107714456 (Pejabat)

Address

PT853 Kg Alor Ganu Jelawat
Bachok
16370

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mukim Kg Alor Ganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Mukim Kg Alor Ganu:

Share

Category