Nurul Syariah yg bererti cahaya syariah nama bagi majlis ta'lim yg dibuka secara rasmi pada 12 Rabi'ul Awwal 1437 bersamaan 24 Disember 2015 bertempat di No 23A, Lorong 2, Kg Desa Pahlawan, Ampang. Majlis pembukaan Nurul Syariah telah disempurnakan oleh Guru Mulia Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid dan adik beliau Habib Mustafa Bin Abu Bakar Al Hamid di rumah Ustaz Syed Solahuddin Jamalullail. N
urul Syariah ialah nama yg telah diberikan kepada Majlis Ta'lim ini oleh Guru Mulia Habib Umar Ben Hafidz حفظه الله pada hari Jumaat 25 Sya'ban 1436 bersamaan 12 Jun 2015 di rumah Habib Ali Masyhur , M***i Tarim juga abang kepada Guru Mulia Habib Umar. Pada 2 Jamadil Akhir 1437 bersamaan 11 Mac 2016 hari Jumaat di Masjid Bukhari bersempena ziarah dan dakwah Guru Mulia Habib Umar ke Malaysia , maka plak Majlis Ta'lim Nurul Syariah telah ditandatangani oleh Guru Mulia Habib Umar sebagai tanda restu. Majlis ta'lim ini memulakan pengajian setiap hari Isnin atau lebih dikenali dengan Jalsah Isnin sebagaimana tertib Guru Mulia Habib Umar di Darul Mustafa Tarem Yaman. Sebagai permulaan dan menerima nasihat Guru Mulia Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid maka dua kitab telah dipilih untuk dimuzakarahkan iaitu Khuluquna dan Hadis Pilihan yang kedua²nya adalah karangan dan susunan Guru Mulia Habib Umar حفظه الله. Selain Jalsah Isnin , MTNS juga turut menyediakan pengajian kitab turath iaitu pengajian kitab jawi @ kitab pondok di bawah bimbingan beberapa orang asatizah lepasan Madrasah Diniyyah Bakriyah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Ianya kerana menuruti nasihat dan wasiat drpd Guru Mulia Hj Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan Pok Su Hamid Gunung رحمه الله وأرضاه, Bachok, Kelantan. Yang keduanya ialah bertujuan memelihara khazanah ilmu yg diwarisi turun temurun daripada ulama silam di alam Nusantara Tanah Melayu.Pengajian ini diadakan tiga kali seminggu bermula malam Rabu sehingga malam Jumaat. Seterusnya bagi
menyemarakkan lagi rasa cinta dan mahabbah kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم maka diadakan maulid bulanan Majlis Ta'lim Nurul Syariah setiap hari Ahad minggu pertama di bawah bimbingan Guru Mulia Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid. Kini Majlis Ta'lim Nurul Syariah telah berhijrah ke Bukit Katil Ayer Keroh Melaka & in syaa Allah masih meneruskan pengajian secara online di page Majlis Ta'lim ini pada setiap petang Isnin ( Rauhah Isnin ) & petang Khamis ( Rauhah Khamis ).Doakan mudah²an perjalanan dakwah MTNS dipermudahkan Allah berkah sir serta doa Guru Mulia Habib Umar & semua guru² serta para masyaikh yang membimbing. Mudah²an Majlis Ta'lim Nurul Syariah ini dapat berperanan dan berfungsi dengan sebaik²nya dengan izin dariNYA jua bagi membimbing ummah di atas jalan syariah yang sebenar sebagaimana yang telah diwariskan oleh Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.