Melaka BEKAL SDN BHD

Melaka BEKAL SDN BHD MBSB telah diberi hak eksklusif melalui keputusan MMKN menguruskan permohonan permit kuari

PROGRAM IBADAH KORBAN MBSB 2026 ๐Ÿ„โœจAlhamdulillah, Program Ibadah Korban MBSB 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan sempu...
30/05/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN MBSB 2026 ๐Ÿ„โœจ

Alhamdulillah, Program Ibadah Korban MBSB 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna melibatkan 2 ekor lembu korban hasil sumbangan dan kerjasama warga MBSB.

Dalam program tersebut, Pengurus Besar MBSB, En. Shahfulrizal bin A. Bakar, telah menyempurnakan agihan daging korban kepada wakil-wakil kumpulan syarikat MCORP serta seluruh anggota MBSB sebagai tanda kesyukuran, kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta terus mengeratkan ukhuwah dan hubungan silaturahim antara warga MBSB dan kumpulan syarikat MCORP.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan diberikan ganjaran yang berlipat ganda.




Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H๐Ÿ•ŒDengan penuh rasa kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha k...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H๐Ÿ•Œ

Dengan penuh rasa kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga kerja dan rakan-rakan yang diraikan.

Aidiladha mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam melaksanakan perintah Allah SWT.๐ŸŒ™

Firman Allah SWT:
โ€œููŽุตูŽู„ู‘ู ู„ูุฑูŽุจู‘ููƒูŽ ูˆูŽุงู†ู’ุญูŽุฑู’โ€
โ€œMaka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.โ€
(Surah Al-Kauthar: 2)

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab kepada pengampunan dosa, keberkatan rezeki dan ketenangan hidup kita semua.โœจ

Di kesempatan ini juga, kami memohon maaf zahir dan batin.๐Ÿค




Mesyuarat Pengurusan Melaka Bekal Sdn. Bhd. Bil. 4/2026 telah berlangsung pada 25 Mei 2026 dan dipengerusikan oleh Pengu...
25/05/2026

Mesyuarat Pengurusan Melaka Bekal Sdn. Bhd. Bil. 4/2026 telah berlangsung pada 25 Mei 2026 dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar MBSB, Shahfulrizal bin A. Bakar di Bilik Mesyuarat MBSB.

Semoga segala perancangan, perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat terus memperkukuhkan prestasi serta memacu kecemerlangan MBSB pada masa akan datang.




๐ŸŒ™ Salam 1 Zulhijjah 1447H ๐ŸŒ™Semoga kedatangan bulan Zulhijjah ini membawa keberkatan, ketenangan dan membuka pintu rezeki...
17/05/2026

๐ŸŒ™ Salam 1 Zulhijjah 1447H ๐ŸŒ™

Semoga kedatangan bulan Zulhijjah ini membawa keberkatan, ketenangan dan membuka pintu rezeki buat kita semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

Marilah kita bersama-sama merebut ganjaran 10 hari terawal Zulhijjah dengan memperbanyakkan amal ibadah, zikir, doa, membaca al-Quran serta sunat berpuasa di bulan Zulhijjah, khususnya Puasa Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Puasa Arafah (9 Zulhijjah). ๐ŸŒ™

Semoga setiap amalan yang dilakukan diterima dan diberkati oleh Allah SWT. ๐Ÿค

โ€œYa Allah, jadikanlah bulan ini permulaan kepada segala kebaikan dan penamat kepada segala keburukan.โ€




๐Ÿ“š Selamat Menyambut Hari Guru โœจโ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€Melaka Bekal Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan...
16/05/2026

๐Ÿ“š Selamat Menyambut Hari Guru โœจ

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Melaka Bekal Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa demi masa depan negara. โค๏ธ

Semoga para guru terus diberi kekuatan, kesihatan dan inspirasi dalam mencurahkan ilmu buat generasi akan datang.




13/05/2026

Pada 12 Mei 2026, telah berlangsung sesi libat urus mengenai pemantauan isu-isu LKAN di Sistem AGโ€™s Dashboard bersama pi...
12/05/2026

Pada 12 Mei 2026, telah berlangsung sesi libat urus mengenai pemantauan isu-isu LKAN di Sistem AGโ€™s Dashboard bersama pihak BADSA, Jabatan Ketua Menteri Melaka di Bilik Mesyuarat MBSB.

Terima kasih kepada pihak BADSA atas kunjungan serta perkongsian pandangan dan cadangan penambahbaikan yang sangat bermanfaat dalam usaha memperkemaskan pemantauan isu-isu audit. Semoga segala penambahbaikan yang dicadangkan dapat membantu menyelesaikan isu berbangkit daripada status kuning kepada status hijau.

Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuhkan demi tadbir urus yang lebih cekap dan berintegriti.




๐Ÿ“ข PELUANG KERJAYA DI MBSB ๐Ÿ“ขKami sedang mencari calon yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai pasukan kami bagi ja...
07/05/2026

๐Ÿ“ข PELUANG KERJAYA DI MBSB ๐Ÿ“ข

Kami sedang mencari calon yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai pasukan kami bagi jawatan berikut:

๐Ÿ”น Pengurus โ€“ Bahagian Kewangan & Akaun
๐Ÿ”น Pencatat Pengeluaran Kuari โ€“ Bahagian Permit

๐Ÿ“ Lokasi: Melaka
๐Ÿ“… Tarikh tutup permohonan: 13 Mei 2026 (Rabu)

Berminat? Hantarkan resume anda sekarang ke:
๐Ÿ“ง [email protected]




13/01/2026

Hampir keseluruhan warga kerja Melaka Bekal Sdn Bhd (MBSB), hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan anakanda YAB Datuk Seri...
01/01/2026

Hampir keseluruhan warga kerja Melaka Bekal Sdn Bhd (MBSB), hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan anakanda YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi MBSB.

Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia, diberkati dan sentiasa berada di bawah kasih sayang Allah SWT. ๐Ÿค




Address

Aras 1, MITC Kompleks, Jalan Konvensyen
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

06-234 6633

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Melaka BEKAL SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Melaka BEKAL SDN BHD:

Share