04/06/2026
Syarat Haiwan Korban (Binatang Korban)
Antara syarat utama ibadah korban ialah haiwan yang dijadikan korban mestilah daripada jenis binatang ternakan (الأنعام / al-an‘am). Haiwan yang sah dijadikan korban ialah:
• Unta
• Lembu
• Kerbau
• Kambing
• Biri-biri
Para ulama bersepakat bahawa korban tidak sah dilakukan dengan haiwan selain daripada jenis al-an‘am seperti ayam, itik, rusa, kijang atau haiwan-haiwan lain.
📖 Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat berkaitan korban menyebut bahawa:
“Binatang yang sah dijadikan korban menurut ijmak umat Islam adalah daripada jenis pasangan yang lapan, iaitu biri-biri, kambing, unta dan lembu.”
(Tafsir al-Qurtubi, Jilid 15, hlm. 109)
Dan ada juga disebut :
“Dan tidak sah ibadah korban melainkan daripada unta, lembu dan kambing atau biri-biri.”
(Minhaj al-Talibin, hlm. 320)
JOM HADIR KULIAH FARDHU AIN
Qurban adalah Ibadah – Bukan Sekadar Sembelihan. ✨