Masjid Kampung Parit Haji Abdul Karim, Ayer Baloi, Pontian, Johor.

Masjid Kampung Parit Haji Abdul Karim, Ayer Baloi, Pontian, Johor. Masjid Kampung Parit Haji Abdul Karim terletak di Kampung Parit Haji Abdul Karim, Mukim Ayer Baloi.

Assalamualaikum wbt,Dukacita dimaklumkan bahawa seorang warga kariah masjid kita, Pn. Azihan binti Md Tahir telah kembal...
25/03/2026

Assalamualaikum wbt,

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang warga kariah masjid kita, Pn. Azihan binti Md Tahir telah kembali ke rahmatullah pada 25 Mac 2026.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Buat anak-anak dan seluruh ahli keluarga Allahyarhamah, kami warga pengurusan Masjid Kampung Parit Haji Abdul Karim serta seluruh warga kampung mengucapkan takziah atas kehilangan ini.

Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya.

Semoga segala kenangan bersama Allahyarhamah menjadi asbab kebaikan dan pahala yang berterusan buat beliau di sana.

Al-Fatihah.

21/03/2026

Sedutan khutbah Solat Sunat Aidil Fitri hari ini oleh Imam Muhammad Ammar Syahmi.

Warna warni lensa kamera Masjid Kampung Parit Haji Abdul Karim.Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & BatinDari seluru...
21/03/2026

Warna warni lensa kamera Masjid Kampung Parit Haji Abdul Karim.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Dari seluruh warga pengurusan masjid.

21/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Takbir Hari Kemenangan umat Islam.

Assalamualaikum, Kepada semua anak kariah. Solat Sunat Aidil Fitri 2026 /1447HAdalah dimaklumkan bahawa Solat Sunat Aidi...
19/03/2026

Assalamualaikum,
Kepada semua anak kariah.

Solat Sunat Aidil Fitri 2026 /1447H

Adalah dimaklumkan bahawa Solat Sunat Aidil Fitri akan dilaksanakan pada pukul 8.30 pagi. Namun, tuan - tuan di galakkan datang lebih awal untuk melancarkan perjalanan solat pada kali ini.

2. Sebagai makluman, hanya jemaah lelaki sahaja yang dibenarkan solat sunat berjemaah di masjid kerana masjid masih menghadapi kekangan ruang solat yang mencukupi.

3. Walau bagaimana pun, Surau Pt Hj Elias dan Surau Parit Baru juga akan melaksanakan solat Sunat Aidil Fitri di surau masing - masing.

4. Tentatif Solat Sunat Aidil Fitri.
Tarikh : 01 Syawal 1447H
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Masjid Kg Pt Hj Abd Karim.
Pegawai masjid terlibat
4.1. Khatib/Imam bertugas: Imam Muhammad Ammar Syahmi
4.2. Bilal bertugas: Bilal Zulalfin
4. 3. Noja bertugas : Noja Kadir
4.4 Takbir Raya :
Malam sebelum Hari Raya lepas solat Isya dan sebelum Solat Sunat Aidil Fitri-semua dijemput hadir.

5. Bagi mewakili seluruh AJK dan Pegawai Masjid saya mengucapkan terima kasih kepada anak - anak kariah yang hadir mengimarahkan masjid dan menyumbang infaq2 sepanjang bulan Ramadhan. kami juga memohon maaf salah silap, halalkan makan minum dan sebarang kurang adap tutur kata.

6. Sekian, terima kasih. Salam di akhir Ramadhan dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga dipermudahkan urusan.

b. p
Pengurusan Masjid Kg Pt Hj Abd Karim Ayer Baloi Pontian Johor.

Alhamdulilah syukur, Infaq Jumaat pada hari Jumaat lepas ( 13 Mac 2026)  diawalkan minggu lepas kerana Hari Raya dijangk...
16/03/2026

Alhamdulilah syukur, Infaq Jumaat pada hari Jumaat lepas ( 13 Mac 2026) diawalkan minggu lepas kerana Hari Raya dijangka pada hari Jumaat minggu ini.

Pada kali ini bagi menyesuaikan pada bulan Ramadhan pihak Pengurusan masjid menyediakan lauk bermasak untuk Juadah Berbuka Puasa. Tahniah dan terima kasih Biro HELWA kerana membantu menyediakan makanan tersebut.

Semoga infaq diberkati dan memberi manfaat.

Biro Penerbitan, Teknologi dan Promosi MKPHK.

Pelaksanaan kaunter zakat fitrah kariah Masjid Kg Pt Hj Abd Karim Ayer Baloi Pontian, Johor dibuka selepas solat Jumaat ...
13/03/2026

Pelaksanaan kaunter zakat fitrah kariah Masjid Kg Pt Hj Abd Karim Ayer Baloi Pontian, Johor dibuka selepas solat Jumaat untuk kemudahan anak anak kariah .

Anak - anak kariah yang belum berbuat deminkian boleh terus ke rumah En Majid Saein Amil yang diberi tanggungjawab oleh MAINJ.

Namun begitu, anak kariah masih boleh berbuat deminkian selepas solat-solat waktu di masjid jika kaunter dibuka.

Semoga zakat menjadi amalan yang beri kebaikan dan diberkati Allah SWT jua.

Biro Penerbitan, Teknologi dan Promosi MKPHK.

Alhamdulilah syukur, selepas solat Jumaat pihak pengurusan  masjid telah menyampaikan sumbangan tunai Aidil Fitri kepada...
13/03/2026

Alhamdulilah syukur, selepas solat Jumaat pihak pengurusan masjid telah menyampaikan sumbangan tunai Aidil Fitri kepada 10 orang anak yatim Kariah Masjid Kg Pt Hj Abd Karim.

Selain itu, setiap keluarga anak yatim itu juga menerima sumbangan berupa barangan makanan daripada individu bagi persiapan menyambut Aidil Fitri. Sumbangan disampaikan oleh Pemangku Pengerusi Masjid.

Semoga sumbangan kariah dari tabung masjid akan diberkati dan dirahmati. In Syaa Allah.

Biro Penerbitan, Teknologi dan Promosi MKPHK.

Program Infaq Jumaat Iniasitif Kerajaan Negeri Johor dengan Kerjasama DUN Pulai Sebatang diteruskan pada hari ini.Infaq ...
06/03/2026

Program Infaq Jumaat Iniasitif Kerajaan Negeri Johor dengan Kerjasama DUN Pulai Sebatang diteruskan pada hari ini.

Infaq pada kali ini berupa bubur lambuk yang dimasak dan disediakan serta dikelola oleh Biro berkaitan bagi meraikan lagi bulan Ramadhan.

Agihan dilaksanakan selepas solat Asar sehingga selesai.

Assalamualaikum, Kepada semua anak - anak kariah, Muslimin dan Muslimat. Tentatif Program Nuzul Al Quran dan Semarak Sub...
06/03/2026

Assalamualaikum,
Kepada semua anak - anak kariah, Muslimin dan Muslimat.

Tentatif Program Nuzul Al Quran dan Semarak Subuh (PSS)

Tarikh : 08 Mac 2026 ( Ahad) - Nuzul Al Quran.
Masa : 4.00 pagi - Subuh
Tempat : Masjid Kg Pt Hj Abd Karim.
Pengisian:
1. Qiamulaill
2. Tazkirah
3. Sahur
4. Solat Sunat Subuh berjemaah.

Jemput semua mengimarahkan masjid.

Alhamdulillah selesai majlis berbuka puasa dan perlaksanaan solat gerhana bulan pada malam ini.Antara intipati khutbah s...
03/03/2026

Alhamdulillah selesai majlis berbuka puasa dan perlaksanaan solat gerhana bulan pada malam ini.

Antara intipati khutbah solat gerhana tadi, kejadian gerhana bulan ini tak lain menunjukkan kekuasaan allah yang menjadikan fenomena sedemikian.

Kejadian siang dan malam silih berganti, terbit matahari pada siang dan bulan pada malam hari, dengan detik waktu yang sentiasa mengikut aturan yang ditetapkan oleh allah..

Sesungguhnya kebesaran Allah adalah untuk di insafi dan sentiasa melakukan amal soleh demi keredaan Allah SWT.

Terima kasih pada semua kariah yang hadir.

Moga rahmat Allah untuk kita semua.. Aamiin.

Pihak Pengurusan Masjid Kampung Parit Haji Abdul Karim, Ayer Baloi, Pontian akan mengadakan:SOLAT SUNAT GERHANA BULANπŸ—“ T...
03/03/2026

Pihak Pengurusan Masjid Kampung Parit Haji Abdul Karim, Ayer Baloi, Pontian akan mengadakan:

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

πŸ—“ Tarikh: 03 Mac 2026 (Selasa)
πŸ“ Tempat: Masjid Kampung Parit Haji Abdul Karim, Ayer Baloi, Pontian.
πŸ•° Masa: Selepas Solat Maghrib

πŸ—’ Aturcara Program
7.22 malam – Azan Maghrib
(Berbuka puasa disediakan)
7.40 malam – Solat Fardu Maghrib
7.50 malam – Solat Sunat Gerhana Bulan & Khutbah
8.30 malam – Solat Fardu Isyak
9.00 malam – Solat Sunat Tarawih

Tuan/Puan serta seluruh kariah dijemput hadir bersama-sama mengimarahkan masjid.

Semoga kehadiran kita diberkati dan menjadi asbab rahmat Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Pengurusan Masjid
Kg Parit Haji Abdul Karim
Ayer Baloi, Pontian.

Address

Kampung Parit Haji Abdul Karim
Ayer Baloi
82100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kampung Parit Haji Abdul Karim, Ayer Baloi, Pontian, Johor. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share