INTERAKTIF DAKWAH MINDA

Call Directions Contact the place of worship

INTERAKTIF DAKWAH MINDA Selamat Datang ke Laman Page Rasmi INTERAKTIF DAKWAH MINDA. Salam perkenalan mesra.Semoga page kami ini mampu memberi manfaat kepada ummat islam.

INTERAKTIF DAKWAH MINDA ditubuhkan pada 29 Ogos 2013. Interaktif Dakwah Minda atau singkatannya IDM merupakan sebuah syarikat konsultan anak muda yang menyediakan pelbagai program motivasi dan bimbingan agama. Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah Program Kenali Diri, Program Bestari Solat dan Program Islam Itu Indah. Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian 013 269 8880.

Menerusi Pengarah Urusan IDM, En. Faidhi Azis, IDM telah menerima jemputan ceramah dalam Program Talkshow anjuran Parlim...
18/12/2016

Menerusi Pengarah Urusan IDM, En. Faidhi Azis, IDM telah menerima jemputan ceramah dalam Program Talkshow anjuran Parlimen Kangar. Program telah berlangsung pada 18 Disember 2016 bertempat di Kampung Jarak, Bintong Kangar Perlis. Turut mengiringi Pengarah Urusan ialah Timbalan Pengarah Urusan IDM, Puan Nur Shariha. Terima kasih buat pihak penganjur atas jemputan tersebut. Tahniah juga buat semua para hadirin yang hadir. Semoga kita bertemu di lain program.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih buat pihak Pertubuhan Kebajikan Al Ansor Perlis diatas jemputan buat Pengarah U...
17/12/2016

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih buat pihak Pertubuhan Kebajikan Al Ansor Perlis diatas jemputan buat Pengarah Urusan IDM, En. Faidhi Azis mengisi slot ceramah mingguan di Dewan Pertubuhan Kebajikan Al Ansor Perlis bertempat di Padang Behor, Kangar Perlis. Majlis berlangsung kira-kira tepat jam 9.30 pagi. Turut hadir mengiringi Pengarah Urusan ialah Timbalan Pengarah Urusan, Puan Nur Shariha dan Ketua Fasilitator IDM, Cik Noorwahida Ropli. Terima kasih buat semua yang hadir dan mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran pahala yang setimpal.

Pada tanggal 14 Disember 2016, Interaktif Dakwah Minda menerusi Pengarah Urusan IDM, En. Faidhi Azis telah menyampaikan ...
14/12/2016

Pada tanggal 14 Disember 2016, Interaktif Dakwah Minda menerusi Pengarah Urusan IDM, En. Faidhi Azis telah menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul anjuran Kolej Komuniti Arau Perlis bertempat di Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambun Tulang Arau, Perlis. Majlis bermula sekitar jam 8.30 pagi. Pengarah Urusan IDM, En. Faidhi Azis telah menyampaikan ceramahnya yang bertajuk 'Indahnya Akhlak Nabi'. Turut hadir mengiringi Pengarah Urusan ialah Cik Noorwahida Ropli, Ketua Fasilitator Rasmi IDM. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat pihak penganjur, Kolej Komuniti Arau Perlis diatas kesudian menjemput IDM mengisi slot Maulidur Rasul 1438 hijrah. Tahniah juga buat semua para pelajar Kolej Komuniti Arau yang hadir. All the best (y)

07/12/2016
SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN YANG KIAN TIBA, INTERAKTIF DAKWAH MINDA INGIN MENAWARKAN JUALAN BUKU MEGA 2016 DENGAN TAWARAN ...
15/11/2016

SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN YANG KIAN TIBA, INTERAKTIF DAKWAH MINDA INGIN MENAWARKAN JUALAN BUKU MEGA 2016 DENGAN TAWARAN SATU BUKU HANYA RM 10. PELBAGAI TAJUK YANG MENARIK DENGAN HARGA YANG TERENDAH.

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI CIK NOORWAHIDA ROPLI, PENGURUS JUALAN BUKU MEGA DI TALIAN 017 528 7431. REBUTLAH PELUANG INI MEMBELI DENGAN HARGA MAMPU MILIK. SEMARAKKAN BUDAYA MEMBACA JAMBATAN PEROLEH ILMU.

10/09/2016

PERUTUSAN KHAS SEMPENA ULANGTAHUN INTERAKTIF DAKWAH MINDA YANG KE 4

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera
Salam mesra IDM
Salam sehati sejiwa

Alhamdulillah pertamanya marilah kita sama-sama memanjatkan rasa tingginya kesyukuran diatas limpah rahmat serta kasih sayang dari Nya, IDM atau nama penuhnya Interaktif Dakwah Minda telah menjejak usia 4 tahun. Biarpun berusia 4 tahun, saya amat terharu melihat sokongan padu dan dorongan dari rakan-rakan sekalian bagi melihat IDM terus melangkah lebih jauh. Saya amat percaya, tanpa sokongan dan dorongan dari rakan sekalian , IDM tidak dapat pergi lebih jauh.

Menjejak usia 4 tahun , pelbagai kisah s**a dan duka dicoretkan, pelbagai kenangan telah dinukilkan. Pengalaman IDM berdiri sebagai sebuah syarikat konsultan motivasi anak muda ini telah mendewasakan saya serta rakan krew yang lain dalam usaha mencipta mutu program yang lebih berkualiti. Meskipun IDM bukanlah satu nama yang terkenal, namun usaha saya bersama krew yang lain tetap akan berterusan melahirkan generasi islam yang cemerlang.

4 tahun sudah IDM berdiri sebagai konsultan motivasi, hampir 20 program motivasi yang telah berjaya kita jalankan. Namun, dari satu sudut yang lain, bukan bilangan yang menjadi sasaran kami tetapi mutu kualiti program yang sentiasa kami titikberatkan. Selain pelbagai program yang telah banyak kita jalankan, kita juga telah berjaya menjalinkan hubungan rasmi dengan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Pertubuhan Kebajikan anak Yatim Perlis dan Persatuan Pelajar Islam Perlis. Saya berharap dengan jalinan kerjasama yang ada ini dapat membimbing kami melangkah lebih jauh.

Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh warga krew IDM ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang telah memberikan sokongan padu kepada kami sama ada secara langsung mahupun tidak langsung . Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih buat semua yang telah membantu IDM sama ada secara langsung mahupun tidak. Allah jualah sebaik-baik tempat pembalasan.

Akhir sekali, terima kasih sekali lagi buat semua yang menyokong dan mendorong kami untuk terus melangkah. Jutaan terima kasih tak saya lupakan buat insan-insan yang pernah hadir dalam diari kehidupan IDM. Teruskanlah menyokong IDM dan kami doakan agar segala kerja amal yang telah dilakukan ini mendapat redha dari Nya.

Sekian terima kasih

"Seiring Sehaluan Tetap Bersama"

Yang benar
MUHAMMAD FAIDHI BIN AZIS
Pengarah Urusan
Interaktif Dakwah Minda

Tahniah kepada 3 pemenang Peraduan Selfie Bersama Jalur Gemilang Sempena Ulangtahun IDM yang ke 4. Buat mereka yang tida...
10/09/2016

Tahniah kepada 3 pemenang Peraduan Selfie Bersama Jalur Gemilang Sempena Ulangtahun IDM yang ke 4. Buat mereka yang tidak bernasib baik, jangan risau hadiah istimewa turut menanti anda.

Berikut 3 pemenang utama :

1) Muhammad Shahalril Aimin Bin Halim, Tambun Tulang Arau Perlis

2) Nur Syazwani Najiha Binti Sukri , Yan Kedah Darul Aman.

3) Mohammad Aminuddin Bin Roslin, Felda Chuping , Perlis.

Tahniah buat semua !!!


Sempena Uang Tahun IDM yang ke 4, Unit Media IDM mempersembahkan video Kem Smart Solat 2015 peringkat negeri Perlis deng...
09/09/2016

Sempena Uang Tahun IDM yang ke 4, Unit Media IDM mempersembahkan video Kem Smart Solat 2015 peringkat negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis .

Selamat Menonton :)

TEMU BUAL EKSKLUSIF BERSAMA PENGARAH URUSAN INTERAKTIF DAKWAH MINDA SEMPENA ULANGTAHUN IDM YANG KE 4Wartawan : Assalamua...
09/09/2016

TEMU BUAL EKSKLUSIF BERSAMA PENGARAH URUSAN INTERAKTIF DAKWAH MINDA SEMPENA ULANGTAHUN IDM YANG KE 4

Wartawan : Assalamualaikum tuan.

Faidhi Aziz : Waalaikumusalam wbt

Wartawan : Pertama sekali tahniah atas kelahiran anak sulung tuan pada 27 Ogos baru-baru ini. Kami ingin menemuramah tuan sempena 4 tahun tuan kendalikan IDM.

Faidhi Azis : Alhamdulillah terima kasih. Ya silakan. Saya sedia berkongsi.

Wartawan : IDM telah menjangkau usia 4 tahun dan tuan masih bersama IDM. Apa yang menjadi kekuatan untuk tuan dalam mengharungi cabaran menguruskan IDM ?

Faidhi Azis : Ya sebagaimana yang kita lihat, IDM mengalami banyak proses kematangan dan benda ini tidak akan dapat sekiranya kita mengalah. Sebab itu, kekuatan sebenarnya adalah keazaman kita kejituan dan kesungguhan kita sehingga kita tidak hiraukan cercaan maki hamun orang dan sebagainya. Isteri serta keluarga saya turut menjadi kekuatan diri saya selain sokongan dari kenalan. Semua ini saya percaya tiada kekuatan yang lebih utuh untuk mengendalikan sebuah syarikat melainkan datangnya dari Allah.

Wartawan : Tuan telah banyak mengalami cabaran khususnya dalam hendak membentuk organisasi IDM. Ada orang yang hanya sekadar menumpang populariti dan sebagainya. Bagaimana tuan berhadapan dengan perkara ini ?

Faidhi Azis : Inilah salah satu cabaran besar bagi saya untuk membentuk organisasi yang tetap. Saya sedar saya telah terlalu banyak memberi kepercayaan kepada orang hingga kepercayaan tersebut tidak bermakna buat mereka yang ses**a hati masuk keluar IDM. Namun saya redha dan saya hadapinya dengan penuh kesabaran dan kadang kala airmata jua yang menjadi peneman kepada perjuangan syarikat ini. Sebab itu, selepas ini saya memerlukan banyak ruang masa untuk saya buat keputusan untuk memastikan IDM terus berjalan dengan lancar .

Wartawan : Untuk rekod tahun ini, IDM berjaya menampilkan artis selebriti dalam program IDM yang lepas dan ini menjadi bukti bahawa IDM boleh bergerak lebih jauh lagi . Apa pandangan tuan?

Faidhi Azis : Ya ia satu pencapaian yang terbaik setakat ini. Semua ini sudah tentu tidak akan berjalan sekiranya tanpa bantuan krew IDM yang terlibat. Selain itu, IDM juga berjaya menjalinkan kerjasama bersama Persatuan Pelajar Islam Perlis (PerPip) dan ini satu lagi hubungan rasmi IDM bersama pihak luar. Saya akan terus komited untuk bersama IDM bagi melahirkan program yang berkualiti.

Wartawan : Di luar sana sudah tentu ramai lagi yang mahu mengenali IDM dan ada lagi yang tidak tahu apakah itu IDM. Apa kata-kata tuan untuk orang di luar sana dan harapan tuan untuk IDM.

Faidhi Azis : Untuk yang diluar sana, saya nak ambil kesempatan disini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong dan mendokong IDM untuk bergerak melangkah kearah yang lebih baik. Saya juga amat mengalu alukan sebarang komentar, cadangan atau pandangan yang membina untuk kebaikan kita bersama. Bagi yang belum kenal apakah itu IDM, kami hanyalah syarikat motivasi anak muda yang ingin berkongsi rasa untuk melahirkan generasi umat islam yang hebat. Teruskan mengenali kami dan moga Allah merahmati segala usaha baik kita ini. Harapan saya, moga anda semua terus menyokong IDM dan dengan berbekalkan sokongan yang ada ini kami akan terus kuat bergerak maju.

Alhamdulillah, mewakili Pengarah Urusan IDM, Puan Nur Shariha Binti Halim merangkap Timbalan Pengarah Urusan IDM hari in...
25/08/2016

Alhamdulillah, mewakili Pengarah Urusan IDM, Puan Nur Shariha Binti Halim merangkap Timbalan Pengarah Urusan IDM hari ini telah berjaya memperbaharui Akaun Pendaftaran Syarikat di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bertempat di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia pagi ini. IDM telah berusia 4 tahun. Terima kasih buat semua yang terus menerus menyokong dan mendorong kami, secara langsung mahupun tidak langsung. Kami amat hargai sokongan dan dorongan dari anda semua.


Address

Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

013 269 8880

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INTERAKTIF DAKWAH MINDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to INTERAKTIF DAKWAH MINDA:

Shortcuts

Share