21/06/2026
Sumbangan Dakwah Bil Hal Siri 1 2026 Masjid Nurus Salam
Tarikh : 21 Jun 2026 Ahad
Tempat: Masjid Nurus Salam ,kg Behor Mentalon
Alhamdulillah, seramai 60 orang telah menerima Sumbangan Dakwah Bil Hal Siri 1 Tahun 2026 yang telah diusahakan oleh En. Mohd Radzi bin Hamid, Amil Kariah Behor Mentalon. Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban para penerima. Insya-Allah, seramai 60 orang lagi akan menerima sumbangan yang sama pada bulan Ogos nanti. Semoga segala usaha dan sumbangan ini mendapat keberkatan serta ganjaran daripada Allah SWT.