Masjid Jami’il Huda Ampang

Masjid Jami’il Huda Ampang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Jami’il Huda Ampang, Religious organisation, Jalan Pinang, Kampung Melayu Ampang, Ampang.

🌙 JEMPUTAN KE PROGRAM MADANI KITA 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat serta seluruh ahli k...
27/07/2026

🌙 JEMPUTAN KE PROGRAM MADANI KITA 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin dan muslimat serta seluruh ahli kariah dijemput hadir memeriahkan Program Madani Kita yang akan berlangsung pada:

🗓️ Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
🕓 Masa: 4.00 pagi – 9.15 malam
📍 Tempat: Masjid Jami’il Huda Ampang (MJHA)

✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
• Qiamullail
• Kuliah Subuh Khas
• Larian Madani
• Racing Simulator
• Pertandingan Karom
• Quiz & Cabutan Bertuah

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid, mengeratkan ukhuwah serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk seisi keluarga.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi Admin:
017-7717 642

“Masjid Milik Bersama, Mari Kita Makmurkannya.”

Jom hadir beramai-ramai dan meriahkan Program Madani Kita!

20/06/2026

Alhamdulillah, program Haji Cilik yang dianjurkan oleh pihak TABIKA KEMAS dan disempurnakan oleh Tuan Fahrulrazi Zailan, Pengerusi JKP Zon 7, telah berjalan dengan lancar dan penuh jayanya.

Pihak Masjid Jami’il Huda Ampang amat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama daripada mana-mana pihak luar pada masa akan datang dalam usaha mengimarahkan rumah Allah ini. Kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih MJHA sebagai lokasi pelaksanaan program yang begitu bermakna ini.

Semoga usaha murni seperti ini dapat mendekatkan lagi masyarakat, khususnya generasi muda, dengan institusi masjid serta menyemarakkan budaya mengimarahkan masjid dalam kalangan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

📅 20 Jun 2026 (Sabtu)




29/05/2026

Alhamdulillah, selesai program korban Masjid Jami’il Huda Ampang. Sebanyak 23 ekor lembu. 1 diberi percuma oleh pihak pembekal dan 22 ekor lagi disembelih di Masjid pada hari Raya. Terima kasih tidak terhingga kepada semua Ahli kariah yg terlibat dan tidak terlibat secara langsung. Semoga Allah terima amalan korban kita pada tahun ini. Jumpa lagi korban tahun hadapan 😊🫶.
27 Mei 2026 (Rabu)

26/05/2026

Selesai Program Bidadari Bumi bertasbih bersama Ustazah Huda Edayu Hamdah. Moga Muslimat memanfaatkan ilmu yg diperoleh. Moga Allah didik hati kita untuk menjadi Wanita hebat dan Sabar😊🫶.

26/05/2026

Takut dengan haiwan ternakkan korban sekarang ni😅. Jom sama sama bantu pihak Masjid untuk tumbangkan haiwan pada
Tarikh : 27 Mei 2026
Hari : Rabu
Waktu : 9.00 Pagi

Makan tengahari ada Sup dan Kari Daging 😋.
Jom kita memeriahkan suasana !!!

12/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak YDH OBD Hulu Langat, PTA Daerah Hulu Langat, YB Kamri, YB Rodziah, Ketua kampung Encik Daing Muhamad Najib,Tuan Fahrulrazi Ahli Majlis JKP Zon 7, para Nazir masjid, pegawai-pegawai polis serta semua tetamu yang hadir memeriahkan Jamuan Majlis Hari Raya Masjid Jami’il Huda, Ampang.

Sesungguhnya kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan lagi suasana Aidilfitri di kalangan masyarakat. Semoga segala jasa dan keprihatinan yang dicurahkan diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Terima kasih sekali lagi daripada pihak pengurusan Masjid Jami’il Huda. Semoga kita semua terus diberi kesempatan untuk bertemu dan bersama dalam majlis-majlis kebaikan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Sabtu
11.4.2026

09/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan segala hormatnya, pihak Masjid Jami’il Huda, Kg. Melayu Ampang menjemput seluruh kariah dan masyarakat setempat ke:

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

🗓 Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu) / 24 Syawal 1447H
🕖 Masa: Start makan pada pukul 9 selepas solat Isyak
👕 Tema: Baju Raya

Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan khas : *YDH Dato' Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat*
*Dato' Haji Rosli bin Othman*
*Orang Besar Daerah Hulu Langat*

Semoga kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Minal Aidin Wal Faizin

Address

Jalan Pinang, Kampung Melayu Ampang
Ampang
68000

Telephone

+60177717642

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jami’il Huda Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jami’il Huda Ampang:

Shortcuts

Share