Kolej Islam As-Sofa

Kolej Islam As-Sofa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kolej Islam As-Sofa, D-1-03, Jalan 16A, Desa Permai, Taman Dato Ahmad Razali, Ampang.
(430)

Kolej Islam As-Sofa merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bagi menawarkan program-program pengajian di peringkat sijil dan diploma serta diiktiraf MQA Kolej Islam As-Sofa yang didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 adalah merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan p

rogram-program pengajian di peringkat diploma dan ijazah, dengan berteraskan kepada manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yang murni dan benar.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππƒπ”πƒπ”πŠπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ π’π„π’πˆ 𝐈𝐈𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ”Dengan penuh doa dan harapan, kami mengucapkan selamat me...
03/06/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππƒπ”πƒπ”πŠπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ π’π„π’πˆ 𝐈𝐈𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ”

Dengan penuh doa dan harapan, kami mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester Sesi III 2025/2026 kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Kolej Islam As Sofa.

Semoga setiap usaha yang telah dicurahkan sepanjang semester ini dipermudahkan dan membuahkan hasil yang terbaik. Hadapilah peperiksaan dengan tenang, yakin dan penuh tawakal kepada Allah SWT.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa


π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡Aidiladha bukan sekadar hari perayaan, tetapi merupakan momentum penting untuk merenung kembali nil...
27/05/2026

π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

Aidiladha bukan sekadar hari perayaan, tetapi merupakan momentum penting untuk merenung kembali nilai keikhlasan, ketaatan dan erti sebenar pengorbanan.

β€ŽΩ„ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘ΩŠΩ’ΩƒΩŽ Ω±Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ω„ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘ΩŠΩ’ΩƒΩŽ
β€ŽΩ„ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘ΩŠΩ’ΩƒΩŽ Ω„ΩŽΨ§ Ψ΄ΩŽΨ±ΩΩŠΩƒΩŽ Ω„ΩŽΩƒΩŽ Ω„ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘ΩŠΩ’ΩƒΩŽ
β€ŽΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘ Ω±Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―ΩŽ ΩˆΩŽΩ±Ω„Ω†ΩΩ‘ΨΉΩ’Ω…ΩŽΨ©ΩŽ Ω„ΩŽΩƒΩŽ ΩˆΩŽΩ±Ω„Ω’Ω…ΩΩ„Ω’ΩƒΩŽ Ω„ΩŽΨ§ Ψ΄ΩŽΨ±ΩΩŠΩƒΩŽ Ω„ΩŽΩƒΩŽ

β€œDaku datang memenuhi panggilanmu, ya Allah! Tiada sekutu bagi-Mu. Segala puji, nikmat, dan kekuasaan adalah milik-Mu.”

Salam Aidiladha daripada seluruh warga Kolej Islam As Sofa. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Semoga Aidiladha kali ini menjadi medan penyatuanΒ  jiwa, memperkukuh kasih sayang dan menyemarakkan semangat memberi untuk manfaat bersama. Semoga setiap ibadah dan pengorbanan yang dilakukan turut diterima oleh Allah SWT.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa


26/05/2026

π“π€πŠππˆπ‘ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

اللّهُ Ψ£ΩƒΨ¨Ψ±ΨŒ اللّهُ Ψ£ΩƒΨ¨Ψ±ΨŒ اللّهُ Ψ£ΩƒΨ¨Ψ±
Ω„Ψ§ Ψ₯Ω„ΩŽΩ‡ΩŽ Ψ§Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‘Ω‡ΨŒ اللّهُ Ψ£ΩƒΨ¨Ψ±
اللّهُ Ψ£ΩƒΨ¨Ψ± ΩˆΩ„ΩΩ„Ω‘Ω‡ Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―ΩŽ

Tujuan melaungkan takbir adalah semata-mata untuk mengagungkan Allah SWT pada hari-hari yangΒ  digalakkan oleh syarak untuk merayakannya.

Inilah bukti syiar dan simbol agama yang hendaklah kita bersungguh-sungguh meraikannya di samping sebagai tanda komitmen dan kepatuhan terhadap Allah yang maha Esa.

Takbir raya bersama Naib Ketua Pegawai Eksekutif Sofa Education Group merangkap Eksekutif Kolej Islam As Sofa, Dr Haji Mohd Sufi bin Ibrahim al Hafiz, YDP Yayasan Sofa, Ustaz Muhammad Arif Irmon, barisan kepimpinan Sofa Education Group, ketua-ketua agensi dan sebahagian pelajar.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 π’π„πŠπˆπ“π€π‘ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ†πŠπ‡π€π“π€πŒπ€π π’πˆπ‰πˆπ‹ π“π€π‹π€πππˆ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” (𝐒𝐓𝐀𝐐 πŸπŸŽπŸπŸ”)Ampang, 22 Mei 2026 β€” Majlis Pengkhataman Sijil...
26/05/2026

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 π’π„πŠπˆπ“π€π‘ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ†πŠπ‡π€π“π€πŒπ€π π’πˆπ‰πˆπ‹ π“π€π‹π€πππˆ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” (𝐒𝐓𝐀𝐐 πŸπŸŽπŸπŸ”)

Ampang, 22 Mei 2026 β€” Majlis Pengkhataman Sijil Talaqqi Al-Quran 2026 (STAQ2026) telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana yang harmoni.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk para pensyarah jemputan serta para pelajar STAQ 2026 sebelum diteruskan dengan bacaan doa dan alunan ayat suci al-Quran.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penganugerahan serta anugerah kecemerlangan kepada para pelajar STAQ sebagai penghargaan atas usaha dan komitmen mereka sepanjang pengajian.

Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh Ustaz Dr. Haji Mohd Sufi bin Ibrahim al-Hafiz yang memberikan nasihat serta motivasi kepada para hadirin mengenai kepentingan menuntut ilmu al-Quran secara talaqqi bersama guru.

Sebagai penutup, majlis diteruskan dengan pembacaan maulid oleh salah seorang pelajar STAQ, diikuti sesi bergambar dan jamuan makan sebelum bersurai.

Semoga program ini menjadi asbab keberkatan serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan berguru dan beradab dalam menuntut ilmu al-Quran.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:
https://linktr.ee/sofacollege


πŠπ„π‹π„ππˆπ‡π€π πŒπ„ππ†π‡πˆπƒπ”ππŠπ€π πŒπ€π‹π€πŒ-πŒπ€π‹π€πŒ πŒπ”π‹πˆπ€Ada malam tertentu yang dipilih Allah dengan kemuliaan yang besar. Antaranya ial...
25/05/2026

πŠπ„π‹π„ππˆπ‡π€π πŒπ„ππ†π‡πˆπƒπ”ππŠπ€π πŒπ€π‹π€πŒ-πŒπ€π‹π€πŒ πŒπ”π‹πˆπ€

Ada malam tertentu yang dipilih Allah dengan kemuliaan yang besar. Antaranya ialah malam Tarwiyah, malam Arafah dan malam Aidiladha. Rasulullah ο·Ί menyebut bahawa sesiapa yang menghidupkan lima malam yang mulia ini dengan ibadah dan mengingati Allah, maka baginya ganjaran syurga.

Malam-malam ini bukan sekadar malam biasa. Ia adalah ruang untuk seorang hamba kembali mendekat kepada Allah melalui solat, doa, istighfar, zikir dan munajat. Ketika ramai manusia sibuk dengan urusan dunia, orang yang menghidupkan malamnya bersama Allah sedang mengumpul rahmat dan keampunan yang besar di sisi-Nya.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:
https://linktr.ee/sofacollege


πŸ“š πŠπ€π„πƒπ€π‡ ππ„πŒππ„π‹π€π‰π€π‘π€π πƒπˆ πŠπŽπ‹π„π‰ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐀𝐒-π’πŽπ…π€Di Kolej Islam As-Sofa (KIS), kaedah pembelajaran kami dibahagikan kepada du...
22/05/2026

πŸ“š πŠπ€π„πƒπ€π‡ ππ„πŒππ„π‹π€π‰π€π‘π€π πƒπˆ πŠπŽπ‹π„π‰ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐀𝐒-π’πŽπ…π€

Di Kolej Islam As-Sofa (KIS), kaedah pembelajaran kami dibahagikan kepada dua pendekatan utama:

πŸ”Ή Pengajian Moden / Kontemporari
Menggunakan silibus terkini yang tersusun dan sistematik, sesuai dengan keperluan semasa serta kehendak industri pendidikan hari ini.

πŸ”Ή Pengajian Turath / Tradisi
Meneruskan kesinambungan ilmu ulama silam melalui pengajian kitab-kitab turath bersama para asatizah berpengalaman dan mursyid.

🌟 Gabungan dua pendekatan ini menjadikan pelajar KIS bukan sahaja celik ilmu semasa, bahkan teguh dalam asas agama dan warisan keilmuan Islam.

πŸ“Œ KEMASUKAN JUN 2026 TELAH DIBUKA!

πŸ“² DAFTAR SEKARANG!
Imbas kod QR atau hubungi kami di 011-3566 8051 untuk maklumat lanjut.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa


π‚π€π‡π€π˜π€ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π“π„ππ€ππ†π€π 𝐏𝐀𝐃𝐀 π‡π€π‘πˆ π‰π”πŒπ€π€π“Hari Jumaat ialah hari yang Allah limpahkan padanya keberkatan dan rahmat buat uma...
22/05/2026

π‚π€π‡π€π˜π€ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π“π„ππ€ππ†π€π 𝐏𝐀𝐃𝐀 π‡π€π‘πˆ π‰π”πŒπ€π€π“

Hari Jumaat ialah hari yang Allah limpahkan padanya keberkatan dan rahmat buat umat Islam. Pada hari ini, seorang Muslim digalakkan memperbanyakkan doa, selawat, bacaan al-Quran dan bersegera menuju masjid bagi menghidupkan hati dengan mengingati Allah.

Dalam kesibukan urusan dunia, Jumaat hadir sebagai ruang untuk memperbaharui iman, menenangkan jiwa dan mendekatkan diri kepada-Nya. Semoga setiap amal yang dilakukan pada hari yang mulia ini menjadi sebab turunnya keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:
https://linktr.ee/sofacollege


π˜π”π‘π€π ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŒπ”π‘π€π‡β“Kolej Islam As Sofa menawarkan kaedah pembayaran yang mudah serta sesuai untuk semua lapisan pelaj...
21/05/2026

π˜π”π‘π€π ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŒπ”π‘π€π‡β“

Kolej Islam As Sofa menawarkan kaedah pembayaran yang mudah serta sesuai untuk semua lapisan pelajar.
πŸ“Œ Pilihan pembayaran yang ditawarkan:
πŸ’³ Bayaran ansuran – Mengikut bulan atau semester
πŸ“š Pinjaman PTPTN – Pihak kolej akan bantu dalam proses permohonan
πŸ’° Kos pengajian rendah – Serendah RM625 sebulan
🀝 Tajaan Yayasan Sofa – Bantuan untuk yang berkelayakan

πŸ—“οΈ Pengambilan JUN 2026 telah dibuka!

πŸ“₯ Daftar hari ini!
Imbas QR kod atau hubungi πŸ“ž 011-3566 8051 untuk maklumat lanjut

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa


πŸŽ™οΈ ππŽπƒπ‚π€π’π“ π’π€ππ“π€πˆ: πŠπ€π–π€π, π‚πˆπ‘π‚π‹π„ 𝐃𝐀𝐍 πˆππ…π‹π”π„ππ‚π„Luangkan masa bersama kami dalam sesi santai penuh ilmu dan pengisian jiwa...
21/05/2026

πŸŽ™οΈ ππŽπƒπ‚π€π’π“ π’π€ππ“π€πˆ: πŠπ€π–π€π, π‚πˆπ‘π‚π‹π„ 𝐃𝐀𝐍 πˆππ…π‹π”π„ππ‚π„

Luangkan masa bersama kami dalam sesi santai penuh ilmu dan pengisian jiwa bersama Iman Mirza & Muhammad Daud, pelajar Kolej Islam As Sofa. 🀍

πŸ“… Jumaat, 22 Mei 2026
πŸ• 2.30 – 3.30 Petang
πŸ“ LIVE di TikTok

Perkongsian santai mengenai pengaruh circle dan persahabatan dalam membentuk pemikiran, akhlak serta cara kita menjalani kehidupan seharian. Adakah circle yang baik mampu membawa kita lebih dekat kepada kebaikan, atau sebaliknya?

✨ Temani hari anda dengan ilmu & ketenangan jiwa.

𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π™π”π‹π‡πˆπ‰π‰π€π™ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π”π‚πˆ πƒπ€π‹π€πŒ πˆπ’π‹π€πŒAmbillah kesempatan ketika berada di salah satu bulan haram yang mulia ini ...
21/05/2026

𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π™π”π‹π‡πˆπ‰π‰π€π™ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π”π‚πˆ πƒπ€π‹π€πŒ πˆπ’π‹π€πŒ

Ambillah kesempatan ketika berada di salah satu bulan haram yang mulia ini untuk melakukan pelbagai amal soleh.

Antara amal soleh yang boleh dilakukan adalah perbanyakkan zikir, membaca al-Quran, bersedekah, berdoa dan memohon keampunan serta menghidupkan malam hari dengan ibadatqiamullail. Semoga kita memperoleh redha Illahi.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:
https://linktr.ee/kolejislamassofa


Address

D-1-03, Jalan 16A, Desa Permai, Taman Dato Ahmad Razali
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60 3-4266 4408

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Islam As-Sofa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Kolej Islam As-Sofa:

Share