Surau Ikhwan Muslimin, Jalan Pandan Indah 3/3, Ampang, Selangor

Surau Ikhwan Muslimin, Jalan Pandan Indah 3/3, Ampang, Selangor Surau Ikhwan Muslimin ditubuhkan pada tahun 1997, waktu itu hanya sebuah pondok yang boleh memuatkan tak sampai swpuluh orang.

Salam. Mlm ini selepas solat maghrib kita akan adakan bacaan tahlil utk Allahyarham Mohd bin Abdul Rahman Dari Blok AL y...
27/05/2025

Salam. Mlm ini selepas solat maghrib kita akan adakan bacaan tahlil utk Allahyarham Mohd bin Abdul Rahman Dari Blok AL yg telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi di hospital ampang. Harap semua dpt hadir. Insyaallah

12/08/2022
Kemalangan berlaku di Aydin Turki.Beliau dapat keluar tanpa mengalami kecederaan.Sewaktu peronda polis tiba beliau terus...
07/05/2021

Kemalangan berlaku di Aydin Turki.

Beliau dapat keluar tanpa mengalami kecederaan.

Sewaktu peronda polis tiba beliau terus bergegas mengambil sejadah dan menunaikan solat syukur.

Ingatan buat saya, keluarga, dan semua sahabat FB.

Sesungguhnya segala ujian Allah itu buat menguji kesabaran dan keimanan. Hanya Allah jualah tempat untuk kita berlindung.

Kecoh satu negara dek kerana teaser Jejak Rasul 2021 yang alan disiarkan petang ini jam 6.30 sehingga Ahad nanti.Tiada s...
07/05/2021

Kecoh satu negara dek kerana teaser Jejak Rasul 2021 yang alan disiarkan petang ini jam 6.30 sehingga Ahad nanti.

Tiada salahnya kenyataan Fedtri Yahya berkaitan A Famosa yang didirikan di atas runtuhan Masjid Agung Kesultanan Melaka. Malahan bukan sahaja masjid, batu-batu nisan sekitarnya juga diambil untuk membangunkan A Famosa.

A Famosa sebenarnya adalah kubu yang dibangunkan atau mungkin dibaikpulih Portugis merangkumi keseluruhan Bukit Melaka (Bukit St Paul) sedangkan minda kebanyakan kita membayangkan tinggalan yang ada sekarang menghadap ke Dataran Pahlawan Mall. Itu sebenarnya adalah Bastion Santiago, merupakan pintu masuk ke A Famosa dari arah selatan.

Jadi kenyataan Kota A Famosa dibangunkan menggunakan sisa-sisa Masjid Agung dan Istana Melaka yang dihancurkan memang benar, selain dari batu-batu nisan yang ada.

Ramai juga yang bertanya lokasi Masjid Agung Kesultanan Melaka yang sebenarnya. Sebenarnya memang tidak dapat dipastikan lokasi sebenarnya. Pengkaji banyak berpandukan dari catatan2 dari sumber Portugis sedanfkan dari sumber tempatan tidak ditemukan catatan jelas. Ini disebabkan semua bukti2 kegenilangan Melaka kemungkinannya dihapus dan dimusnahkan. Sejarah ditulis oleh mereka yang menang.

Namun anda saksikan Jejak Rasul TV3 petang ini jam 6.30 petang, mungkin ada polemik yang menggemparkan kelak...

‎إنا لله وإنا إليه راجعون Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Abang Meor (kanan baju warna krim) diatas pemergian...
04/05/2021

‎إنا لله وإنا إليه راجعون

Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Abang Meor (kanan baju warna krim) diatas pemergian Abang Meor di Hospital Ampang.

Arwah Abang Meor adalah ahli Jemaah Surau saya dan meninggal kerana sakit cancer stage 4 dan selalu berulang-alik le Hospital Ampang.

Abang Meor akan dikebumikan di Kampungnya di Ipoh. Bekas Anggota Polis banyak juga nasihat beliau dan kata2 dalam lembutnya menasihati dan memberikan.

Kematian yang dicemburui di dalam bulan Ramadhan yang diberkati. Besar juga jasa Abang Meor dalam mengimarahkan Surau dihujung dunia ini.

Selamat Jalan kedunia Abadi. Kami bakal menyusulmu tak lama lagi.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Arwah Abang Meor dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.🤲

Al Fatihah (Dibaca)

Imam Makkah memberi nasihat yg sungguh praktikal:Beliau mengatakan, utk 10 hari terakhir Ramadhan:1. Sedekah RM1 setiap ...
01/05/2021

Imam Makkah memberi nasihat yg sungguh praktikal:

Beliau mengatakan, utk 10 hari terakhir Ramadhan:

1. Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pd malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 thn.

2. Solat 2 rakaat setiap mlm, jika ia jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.

3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap mlm, jika jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 thn.

Beliau berkata lagi, sebarkan maklumat ini supaya nanti kita akan dpt hasil yg lumayan dlm akaun kita.

In Shaa Allah.

Masih belum terlambat untuk kita untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. JOM MULAKAN SEKARANG !

Sempena Malam Nuzul Quran kami bertarawikh & moreh bersama YB Ir Izham Hashim, ADUN Pandan Indah, merangkap Exco Pertani...
01/05/2021

Sempena Malam Nuzul Quran kami bertarawikh & moreh bersama YB Ir Izham Hashim, ADUN Pandan Indah, merangkap Exco Pertanian Selangor, sempat juga YB beri tazkirah.

Terimakasih YB kerana sudi mendermakan karpet untuk Surau Marhein kami. Terimakasih juga atas tazkirah Nuzul Quran yang sangat menginsofkan.

YB antara Exco dan YB yang paling bekerja keras setakat ini. Moga Allah SWT berkati dan berikan rezeki yang luas buat YB.

Untuk makluman Surau Ikwan Muslimin adalah Surau di tepi jalan mati, kira2 10 meter daripada Sungai Kerayong dan lebuhraya MRR2. Surau ini mula2 didirikan pada 1995. Binaan asas yang bermula dari kayu didirikan bersama oleh para pendatang Indonesia dan penduduk tempatan.

Berpuluh2 kali Surau ini mengalami proses transformasi sehinggalah akhirnya menjadi surau yang boleh memuatkan sehingga 90 jemaah ketika bulan Ramadan sehinggalah pada musim Covid-19 ini hanya dibenarkan 40 jemaah sahaja.

Selama 30 tahun juga Surau ini mengatasi pelbagai krisis. Pernah juga duit Surau hilang sebanyak RM20K. Hilang begitu sahaja. Duit itu adalah duit peruntukkan untuk memperbaiki surau.

Pernah juga berlaku tidak ada langsung AJK yang menguruskannya sehingga tidak ada azan dan solat jemaah dilakukan di Surau ini. Hari sedih buat kawasan yang 95% penduduknya orang Islam.

Hari ini Alhamdulillah surau kecil ini tetap berdiri teguh dan sentiasa mengadakan solat jemaah setiap waktu. Surau Ikhwan Muslim juga sah didaftarkan dibawah JAIS. Alhamdulillah satu proses yang panjang.

Jemaah disini terdiri dari hampir 90% golongan B40 dan paling terkesan semasa Covid 19 berlaku. Ramai juga keluarga yang tidak mampu menghantar anak ke kolej. Mereka bekerja sebaik sahaja tamat tingkatan 5 malah ada yang hanya tamat tingkatan 3.

Anak2 yang berada di sekolah rendah juga sangat terkesan sehingga ada yg tidak mampu belajar semasa kelas PDPR, kerana tidak mampu membayar line internet serta tidak ada gajet dan komputer.

Kisah biasa buat golongan Miskin Bandar yang tinggal di Kotaraya Kosmopolitan penuh cabaran.

Address

Jalan Pandan Indah 3/3
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ikhwan Muslimin, Jalan Pandan Indah 3/3, Ampang, Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Ikhwan Muslimin, Jalan Pandan Indah 3/3, Ampang, Selangor:

Share

Category