Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah

Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah Perkhidmatan Bekam Moden As-Syifa' - Bekam Angin - Bekam Darah - Urut Tradisional - Urut Refleksilog

Pusat Khidmat Masyarakat Al-Hijamah adalah sebuah pusat yang menjalankan khidmat khusus dalam bidang kesihatan, iaitu rawatan Islam dan alternatif. Ia diasaskan oleh Ust Mohd Hafiz Hj Abd Razak Al-Hafiz pada 2006 bersama rakan-rakannya ketika sedang menuntut di Darul Quran Jakim. Sehingga kini Pusat Khidmat telah menjalankan lebih tiga kali kursus Perubatan Islam. Pelbagai khidmat disediakan untu

k masyarakat antaranya Bekam Moden As-Syifa', Urut Tradisional, Urut Refleksi, Rawatan Gangguan Mahluk Halus dan sebagainya.

Hantu dan jin dari sudut fizikKajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada caha...
02/01/2026

Hantu dan jin dari sudut fizik

Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya

Filem Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

“Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada j***m, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

“Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,” katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.

Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.

Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ‘tidak sihat’ mampu memberikan kesan terhadap ‘animasi kehidupan’ seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal p**a boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

“Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,” katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

“Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin p**a akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.

“Walaupun pada peringkat awal ras**an, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

“Sebaiknya untuk merawat ras**an, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,” katanya.

Katanya, berbanding ras**an atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.

Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi o**m dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

“Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,” katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah ses**ar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.

“Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,” katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

“Besi p**a mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

“Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia.

“Cermin p**a mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan khurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,” katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

“Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,” katanya.

FAKTA: Hantu dan jin

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya ‘pejal’ menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.

19/02/2024

Bahaya penyakit 'Ain yang boleh membawa maut

Rasulullah ﷺ bersabda :

أكثرُ مَن يموتُ من أُمَّتي بعدَ قضاءِ اللهِ وقدَرِه بالعيْنِ

(Hadis Hasan)

Kebanyakan mereka yang meninggal dunia dari kalangan umatku setelah Qada' Allah dan Qadar-Nya adalah disebabkan oleh penyakit ‘Ain.

Jadi, jika kita terkagum kepada seseorang, lebih baik kita mendoakan kebaikan dan keberkatan agar orang yang dipuji tersebut terhindar dari penyakit ‘Ain.

Nabi pernah menegur Amir Ibn Rabi’ah yang kagum kepada Sahal Ibn Hunaif hingga sahal terkena penyakit ‘Ain dengwn berkata :

Mengapa kamu tidak mendoakan keberkatan untuknya, kerana doa keberkatan dapat mencegah penyakit 'Ain.

Rujukan :
- Sahih al-Jami' oleh Al-Bani, (1206)
- Tafsif Ibn Kathir, (8/206)

29/11/2023

Kembali kepada Sunnah Rasullullah SAW

WHO kata kesihatan itu dari sudut fizikal, mental, sosial dan spiritual.Jadi WHO setuju, spiritual itu penting di mana s...
20/12/2022

WHO kata kesihatan itu dari sudut fizikal, mental, sosial dan spiritual.

Jadi WHO setuju, spiritual itu penting di mana salah satunya konsepnya adalah abstinen.

Melaluinya, kita berjaya menutup sembilan daripada sepuluh pusat pelacuran yang terdiri daripada golongan LGBT, " - Prof Dr Samsul Draman

Jadi, yang mana perlu kita utamakan? Mencegah atau merawat penyakit disebabkan hubungan songsang ini?

11/11/2022
Mlm esok Insha Allah jadi, jumpa Di alam nyata dan maya.
18/07/2022

Mlm esok Insha Allah jadi, jumpa Di alam nyata dan maya.

Batal mlm ni mohon maaf semua..
15/07/2022

Batal mlm ni mohon maaf semua..

*Berbahagia bagi yang gemar berpuasa Isnin Khamis*, manfaatnya dikupas oleh Pemenang Hadiah Nobel dari Jepun sebagai ber...
12/07/2022

*Berbahagia bagi yang gemar berpuasa Isnin Khamis*, manfaatnya dikupas oleh Pemenang Hadiah Nobel dari Jepun sebagai berikut :

*PROSES AUTOPHAGI & AUTOLISIS DALAM PUASA*

Konsep autophagi adalah menjadikan tubuh lapar. Ketika tubuh seseorang lapar, maka sel-sel tubuhnya pun ikut lapar. Sel-sel yang lapar ini akan memakan sel-sel dirinya yang sudah tidak beguna lagi atau sel-sel yang telah rosak atau sel mati, agar tidak menjadi sampah dalam tubuh. Dengan demikian sel-sel mati ini tidak akan menghasilkan sesuatu yang boleh membahayakan tubuh... Jadi, tubuh orang yang berpuasa akan membersihkan dirinya sendiri!!!..

Ilmuwan bernama Yoshinori Ohsumi ini telah membuktikan dan menemukan bahwa ketika seseorang lapar (PUASA) dalam jangka waktu tidak kurang dari 8 jam dan tidak lebih dari 16 jam, maka tubuh akan membentuk protein khusus di seluruh tubuh yang disebut *autophagisom*...

*Autophagisom* tersebut boleh diandaikan sebagai suatu penyapu raksasa yang mengumpulkan sel-sel mati yang tidak berguna dan boleh membahayakan tubuh untuk dikeluarkan...

Sel-sel mati ini banyak dihasilkan oleh sel kanser dan sel berbentuk kuman (virus atau bakteria) penyebab penyakit...

Protein *autophagisom* tersebut menghancurkan dan memakan sel-sel berbahaya tersebut, lalu mengeluarkannya...

*Sebagai kesimp**an dari riset ini, doktor Yoshinori Ohsumi menyarankan agar seseorang boleh menjalani praktik melaparkan diri (PUASA) dua atau tiga kali dalam seminggu.*

Penelitian ini telah memenangkan penghargaan *NOBEL KEDOKTORAN* kepada dokter Yoshinori Ohsumi atas riset yang ia namakan *AUTOPHAGI.*

Bagi Muslim, disunnahkan puasa Isnin dan Khamis, dan diwajibkan bagi yang berpuasa selama 1 bulan di Bulan Ramadhan...

Artinya bahwa konsep AUTOPHAGI sesungguhnya sudah disarankan sejak 15 abad yang lalu oleh *Rasulullah SAW*...
Tinggal mempraktikkannya dengan tata cara puasa yang betul...

*Selain perkara di atas, ada juga terjadi AUTOLISIS*

Jangan terkejut ya.. pada jam 12thari hingga 6ptg kita akan merasa letih.

Bersyukurlah..
Karena itu bermakna akan dimulai satu proses yang sangat bermanfaat untuk tubuh kita.

Proses itu adalah AUTOLISIS.

*Autolisis adalah proses pembuangan sel-sel yang mati atau rosak di dalam tubuh kita.*

Bayangkan..
Kalau kita tidak puasa..
Organ pencernaan kita hampir tak pernah berhenti bekerja.
Setiap kita makan, memerlukan +-8 jam organ pencernaan kita utk bekerja.

Jam 7pg sarapan pagi, maka jam 3ptg organ baru selesai bekerja, tapi jam 12tghari kita sudah makan lagi.

Dari jam 12 seharusnya selesai cernaan jam 8mlm, kita makan lagi jam 7mlm. Belum lagi kalau jam 11mlm ambil/makan mee/nasi goreng dsbnya.

*Astagfirullah..*

Kalau tubuh kita boleh bercakap..
mungkin dia akan mengatakan..
"Boss saya resign saja ya"

Maka..
Jika kita puasa..
Sahur jam 4, organ bekerja sampai jam 12.

Jam 12 hingga jam 6ptg, organ kita menganggur tak ada kerja. 6 jam..
Banyak masa tu.

Seperti ibu-ibu di rumah..
Kalau tak ada kerja, kan s**a kemas-kemas rumah, bersih-bersih, buang barang-barang yang tak terpakai.

Sama saja.
organ kita kalau tak ada kerja, mereka akan melakukan pembersihan tubuh, inilah Autolisis.

*Bagus kan..*

Inilah kenapa puasa itu sehat, bahkan in syaa Allah boleh megubati banyak penyakit, diabetis, buah pinggang, bahkan kanser.

Makin banyak puasa.
Makin bersih tubuh kita..
Makin sehat kita.
In syaa Allah

*Maka bahagialah kita diperintahkan puasa.*

Selamat berpuasa
Semoga makin cinta menjalankan ibadat puasa
sehat selalu.
*_Aamiin_* 🙂🙏👍

Share ke yang lain jika bermanfaat

Artikel lengkap versi original nya cek di bawah ini

https://www.nobelprize.org/prizes/medicine/2016/press-release/
-------------

The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2016 was awarded to Yoshinori Ohsumi "for his discoveries of mechanisms for autophagy"

🔥KURSUS PERUBATAN ISLAM DARUSSALAM MALAYSIA GENERASI-18 (SESI 2022) - LEGASI ALMARHUM TN GURU DATO' ISMAIL KAMUS🔥Peluang...
02/06/2022

🔥KURSUS PERUBATAN ISLAM DARUSSALAM MALAYSIA GENERASI-18 (SESI 2022) - LEGASI ALMARHUM TN GURU DATO' ISMAIL KAMUS🔥

Peluang emas kini dibuka bagi mereka yang berminat memdalami ilmu perubatan ruqyah/perubatan Islam bimbingan anak didik almarhum Tn Guru Dato' Ismail Kamus bagi ambilan pelajar sesi 2022. Pengajian adalah secara Hybrid Offline dan Online.

>>SETAHUN PENGAJIAN
- Peserta boleh memilih mana-mana lokasi/tarikh bagi mengikuti KELAS INDUK yang akan dijalankan secara bersemuka di lokasi-lokasi yang ditentukan sebagaimana jadual.

- 19 x Kuliah Lanjutan (secara online sepenuhnya menggunakan aplikasi Zoom)

- Tasmik : 2 sesi tasmik akan diadakan. Jadual sesi tasmik akan diberikan semasa Kursus Induk.

- Bengkel : 2 Kali bengkel akan diadakan. Jadual bengkel akan diberikan semasa Kursus Induk.

- Praktikal : 40 sesi praktikal rawatan dibimbing oleh mushrif

- Konvokesyen : Konvokesyen akan dilangsungkan pada pertengahan tahun 2023 bagi yang lulus semua silibus pengajian.

>>PENGAJIAN INI SESUAI UNTUK ANDA YANG
- Cintakan ilmu perubatan islam seterusnya membantu masyarakat dengan ilmu & kemahiran perubatan islam yang dipelajari

- Mempunyai ahli keluarga atau pasangan yang telah mengalami gangguan sihir/saka dan seumpamanya yang sudah banyak kali berubat namun belum menemui kesembuhan

- Mereka yang belum sembuh diuji dengan sihir, saka, gangguan jin atau lain-lain penyakit misteri yang belum menemui kesembuhan.

- Ingin menambahkan amalan kerohanian, sekaligus membina benteng diri daripada gangguan jin & syaitan serta lebih dekat kepada Pencipta.

>>KELEBIHAN MENGIKUTI PENGAJIAN INI
- Ilmu & kefahaman tentang alam jin dengan lebih jelas dan yakin

- Dapat membezakan perbezaan perubatan patuh shariah dengan sebaliknya

- Ilmu, kefahaman dan kemahiran untuk merawat pelbagai penyakit rohani dan jasmani

- Mengenali lebih dalam tentang permasalah sihir, saka, santau, penyakit rohani dan kaedah mengubatinya

- Ijazah dan sanad-sanad amalan khas yang jarang diberikan melalui kuliah-kuliah di Masjid.

- Dibimbing oleh mushrif sehingga layak menerima ijazah perubatan islam seterusnya menjadi pengamal perubatan untuk berbakti pada masyarakat

>>YURAN & KOS PENGAJIAN
Yuran Pengajian selama setahun adalah RM750.00.

Deposit pendaftaran *RM350.00* dan baki RM400.00 boleh dijelaskan secara ansuran (RM50x8)
terus melalui link berikut !!
www.kursusperubatan.com

Jemput hadir.
02/06/2022

Jemput hadir.

Address

Dewan Jkp Zon 19 Jalan Pandan Indah 6/8 Selangor, , Cawangan : Seksyen 19 Shah Alam
Ampang
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

0132469027

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Islam Al-Hijamah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share