Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati - Perkaseh

Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati - Perkaseh No. Pendaftaran: PPM-014-10-18072023 Alamat:
Lot. 224, Lorong Pinang 3, Kampung Melayu Ampang
68000 Ampang, Selangor Email: [email protected]

Pusat Jagaan (Kanak-Kanak) Kasih Ehsan Sejati [PERKASEH]

🏦: BANK MUAMALAT
1213-0000-7997-14

🏠: Lot.224, Lorong Pinang 3, Kampung Melayu Ampang, 68000 Ampang, Selangor.

☎️:
0196365513
0173019336
0173107940

📩: [email protected] PUSAT JAGAAN KASIH EHSAN SEJATI merupakan pusat taman asuhan kanak-kanak yang bertanggungjawab dalam menerima jagaan dan mengasuh kanak-kanak di bawah penguru

san Pertubuhan Kebajikan & Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH) Info Sumbangan:
Bank: Hong Leong Islamic Bank
No Akaun: 151-01-01310-4
Penama: PERTUBUHAN KEBAJIKAN & PUSAT JAGAAN KASIH EHSAN SEJATI (PERKASEH) Google Map:
https://maps.app.goo.gl/nWbJjZeNrSZZF79t7 Hubungi:
Penasihat Pusat Jagaan PERKASEH:
- Ust. Fadzil Che Lah | 0137261336 Timb. Pengerusi Pertubuhan PERKASEH:
- Bonda Sarimah | 0173107940 Info lanjut:
https://whatsapp.com/channel/0029VawpOsuCBtxALORiH10J Web: www.pertubuhanperkaseh.com

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pihak Pertubuhan PERKASEH telah berjaya menyempurnakan agihan Bantuan Asnaf kepada...
14/04/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pihak Pertubuhan PERKASEH telah berjaya menyempurnakan agihan Bantuan Asnaf kepada keluarga-keluarga yang telah membuat permohonan dan disahkan layak menerima bantuan bagi bulan April 2026.

Untuk makluman semua penerima, bantuan yang disalurkan ini adalah bersifat _one-off_ (sekali sahaja) berdasarkan permohonan yang telah dibuat serta melalui proses semakan mengikut kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak PERKASEH.

Pihak kami berharap bantuan ini dapat meringankan sedikit beban dan dimanfaatkan sebaiknya.

Kami di PERKASEH hanyalah penyampai amanah daripada para penyumbang. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua rakan penyumbang, pembayar zakat wakalah dan pihak yang terlibat, yang telah bersama-sama menjayakan agihan ini.

Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan rezeki kepada para penyumbang, mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, serta menggandakan ganjaran pahala atas setiap kebaikan yang telah diberikan🤲.

Buat para penerima, semoga bantuan ini menjadi asbab kekuatan dan dipermudahkan segala urusan kehidupan☺️.

Dari PERKASEH untuk KEKASEH
Amanah Disampaikan, Kasih Diteruskan.

⬇️ Saluran Derma Infaq Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim & Asnaf PERKASEH:
BANK MUAMALAT
1213-0000-7997-14
Pertubuhan Kebajikan dan Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH)
———
☎️ Hotline: 01110840523 pertubuhanperkaseh.wasap.my

Pertubuhan Perkaseh

🌙 Alhamdulillah… selesai sudah agihan terakhir baju raya dewasaRezeki yang Allah kirim melalui tangan-tangan baik… akhir...
18/03/2026

🌙 Alhamdulillah… selesai sudah agihan terakhir baju raya dewasa

Rezeki yang Allah kirim melalui tangan-tangan baik… akhirnya sampai juga kepada yang memerlukan. Kali ini, baju raya dewasa hasil sumbangan barangan pre-loved daripada penyumbang PERKASEH telah berjaya diagihkan dengan penuh rasa syukur.

Walaupun bukan baru dari butik… tapi setiap helaian masih elok, masih cantik, dan paling penting — masih ada nilai kasih dan keikhlasan di dalamnya. Ada yang terima dengan senyuman, ada yang pegang baju sambil ucap “terima kasih”… kecil bagi kita, besar maknanya buat mereka.

🤍 Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi rezeki. Semoga setiap baju yang dipakai nanti menjadi asbab kebahagiaan di pagi raya, dan setiap sumbangan tuan/puan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Kami di PERKASEH hanya menyampaikan amanah…
dan doa kami, semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan rezeki yang lebih luas, hidup yang diberkati dan pahala yang berlipat ganda, lebih-lebih lagi di penghujung Ramadan ini.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kegembiraan buat semua…
dan semoga kita semua terus diberi peluang untuk memberi dan berkongsi lagi di masa akan datang.

Dari PERKASEH untuk KEKASEH. 🤍

Info Derma Infaq & Sumbangan
BANK MUAMALAT
1213-0000-7997-14
Pertubuhan Kebajikan dan Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH)

🌙 Alhamdulillah… baju raya dah sampai!Gambar last tu mahal😍Pihak PERKASEH nak kongsikan berita gembira sikit. Semua baju...
15/03/2026

🌙 Alhamdulillah… baju raya dah sampai!

Gambar last tu mahal😍

Pihak PERKASEH nak kongsikan berita gembira sikit. Semua baju raya sumbangan daripada Beelys Kids Wear dah selamat sampai kepada anak-anak dan keluarga asnaf yang menerima.

Seronok tengok reaksi anak-anak… ada yang terus buka bungkusan, terus cuba pakai depan cermin. Ada yang senyum sampai telinga, siap cakap “tahun ni nak raya dengan baju Beelys Kids Wear!” 😄

Memang nampak sangat mereka gembira dan tak sabar tunggu Hari Raya. Bagi kita mungkin sehelai baju sahaja, tapi bagi mereka… itu sudah cukup buat hati rasa dihargai dan berseri-seri nak sambut raya.

Jadi bagi pihak anak-anak dan keluarga PERKASEH, terima kasih banyak-banyak kepada Beelys Kids Wear atas sumbangan yang sangat bermakna ini. Moga Allah balas segala kebaikan dengan rezeki yang lebih luas, keberkatan dan pahala yang berlipat ganda.

Kami di PERKASEH juga berharap insyaAllah tahun depan boleh buat lagi program macam ni, dan kalau ada rezeki mungkin lebih banyak lagi aktiviti CSR bersama Beelys Kids Wear untuk menceriakan lebih ramai anak-anak yang memerlukan.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi kegembiraan bersama keluarga PERKASEH. 🤍

Dari PERKASEH Untuk KEKASEH.

-------

⬇️ Saluran Derma Infaq Pembinaan Pusat Jagaan (Kanak-Kanak Yatim & Asnaf) Kasih Ehsan Sejati - PERKASEH:
Nama Bank: BANK MUAMALAT
No Akaun Bank: 1213-0000-7997-14
Penama: Pertubuhan Kebajikan dan Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH)
———
☎️ Hotline: 01110840523 pertubuhanperkaseh.wasap.my

MOHON DIBACA, AMINKAN DAN KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKANبسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على ا...
11/03/2026

MOHON DIBACA, AMINKAN DAN KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Segala puji bagi-Mu ya Allah, Tuhan sekalian alam.
Memasuki 10 malam terakhir bulan Ramadan 1447 hijrah ini, kami tadahkan tangan kami kepada-Mu,
dengan hati yang penuh harapan dan pengharapan hanya kepada-Mu.

Ya Allah…
kami akan berada di ambang sepuluh malam terakhir Ramadan,
malam-malam yang Engkau muliakan,
malam-malam yang Engkau sembunyikan padanya Lailatul Qadar,
malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Ya Allah…
Jangan Engkau jadikan kami daripada golongan yang lalai pada malam-malam ini.
Jangan Engkau biarkan kami melalui malam-malam ini tanpa rahmat-Mu,
tanpa keampunan-Mu,
tanpa kasih sayang-Mu.
Ya Allah…

Jika pada malam-malam ini Engkau menurunkan Lailatul Qadar,
maka temukanlah kami dengannya ya Allah…
Temukanlah kami dengannya dalam keadaan Engkau reda kepada kami…
Temukanlah kami dengannya dalam keadaan dosa-dosa kami telah Engkau ampunkan…

Ya Allah…
Kami datang kepada-Mu dengan hati yang penuh kelemahan.
Kami datang dengan dosa yang banyak.
Kami datang dengan amal yang terlalu sedikit.
Namun ya Allah…
Rahmat-Mu lebih luas daripada dosa-dosa kami.
Keampunan-Mu lebih besar daripada segala kesalahan kami..

Ya Allah… ampunkanlah kami…
Ampunkanlah dosa-dosa kami…
Dosa yang kami lakukan secara terang-terangan mahupun secara sembunyi.
Dosa yang kami ingat dan dosa yang telah kami lupakan.
Dosa yang kecil mahupun yang besar.

Ya Allah…
Bersihkanlah hati-hati kami daripada segala dosa dan kelalaian.
Terangkanlah hati kami dengan cahaya iman.
Dekatkanlah kami kepada-Mu dengan ketaatan dan amal yang Engkau redai.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk istiqamah dalam beramal.
Kuatkanlah langkah kami untuk berdiri di hadapan-Mu pada malam-malam ini.
Hidupkanlah hati kami dengan solat, dengan zikir, dengan istighfar, dan dengan tangisan taubat kepada-Mu..

Ya Allah…
Jangan Engkau jadikan semangat ibadah kami hanya sementara.
Tetapkanlah kami dalam ketaatan kepada-Mu hingga akhir hayat kami.

Ya Allah Yang Maha Pengasih…
Kurniakanlah kepada kami ketenangan dalam hati,
ketenangan dalam jiwa,
ketenangan dalam kehidupan kami.
Anugerahkanlah kepada kami kesabaran dalam menghadapi setiap ujian kehidupan.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang baik agar kami mampu beribadah kepada-Mu dengan sebaik-baiknya..

Ya Allah…
Siapa di antara kami yang sedang sakit, Engkau sembuhkanlah dia ya Allah…
Engkau angkatlah penyakitnya dan kurniakanlah kesihatan yang sempurna kepadanya.
Siapa di antara kami yang sedang bersedih dan tidak tenang hatinya,
Engkau turunkanlah ketenangan dan kedamaian ke dalam jiwanya.
Siapa di antara kami yang sedang diuji dengan ujian kehidupan,
Engkau kuatkanlah hatinya dengan kesabaran dan ketabahan.
Siapa di antara kami yang terbeban dengan masalah dan kesusahan,
Engkau ringankanlah bebannya,
Engkau permudahkanlah urusannya,
dan Engkau bukakanlah jalan keluar yang terbaik untuknya.

Ya Allah…
Lapangkanlah dada kami…
tenangkanlah hati kami…
dan jangan Engkau biarkan kami bergantung kepada sesiapa selain daripada-Mu.

Ya Allah…
Jadikanlah sepuluh malam terakhir Ramadan ini malam perubahan buat diri kami.
Malam yang menghapuskan dosa-dosa kami.
Malam yang mengangkat darjat kami di sisi-Mu.
Malam yang Engkau tuliskan takdir kehidupan kami dengan kebaikan dan keberkatan.
Ya Allah…
Kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau sediakan pada malam-malam ini —
kebaikan dunia dan akhirat.
Rezeki yang halal lagi diberkati.
Hati yang sentiasa dekat kepada-Mu.
Kehidupan yang sentiasa berada dalam rahmat-Mu.

Ya Allah…
Jangan Engkau keluarkan kami dari Ramadan ini
melainkan setelah Engkau mengampuni kami, merahmati kami, menerima segala amal kami, dan membebaskan kami daripada api neraka.

Ya Allah…
Terimalah doa kami yang lemah ini.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين والحمد لله رب العالمين..

---------------
✨ Jom Bantu Pulihkan Operasi Pusat Jagaan Kanak-Kanak & Anak Yatim / Golongan Asnaf PERKASEH
---------------
⬇️ 𝐒𝐚𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐞 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧:
BANK MUAMALAT
1213-0000-7997-14
Pertubuhan Kebajikan dan Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH)
———
☎️ Hotline: 01110840523
@⁨all⁩
https://pertubuhanperkaseh.wasap.my

01/03/2026

Di sebalik setiap senyuman, ada amanah yang ditunaikan.
Di sebalik setiap sumbangan, ada doa yang dipanjatkan.
Syukur Alhamdulillah atas amanah zakat wakalah yang telah ditunaikan.
Setiap sumbangan bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi sinar harapan buat mereka yang memerlukan dan membeli baju raya di Aidilfitri mulia.
Mudah-mudahan setiap ringgit yang disalurkan menjadi asbab keberkatan,
Pertubuhan Kebajikan dan Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati komited membantu golongan yang memerlukan terutama anak yatim & golongan asnaf.
Terima kasih kepada para penyumbang yang terus mempercayai Pertubuhan PERKASEH sebagai penyampai amanah.






Info Sumbangan:
1213-0000-7997-14
BANK MUAMALAT
01110840523

Pertubuhan PERKASEH berhasrat untuk menyumbangkan pakaian kanak-kanak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.Tujuan...
19/02/2026

Pertubuhan PERKASEH berhasrat untuk menyumbangkan pakaian kanak-kanak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Tujuan sumbangan ini adalah untuk berkongsi rezeki dan menceriakan anak-anak di pihak tuan/puan agar mereka dapat menyambut Hari Raya dengan lebih gembira dan bermakna.

Berikut adalah maklumat ringkas sumbangan:
• Jenis sumbangan: Pakaian kanak-kanak
• Saiz: Bayi (0-12 bulan), Kanak2 (1-10 tahun)

Kami berharap pihak tuan/puan dapat memaklumkan dengan hubungi kami di talian www.wasap.my/601110840523 dan maklumkan:

1. Nama penuh, alamat dan jumlah anak-anak mengikut umur dan jantina.
2. Keperluan saiz pakaian anak anda.

Semoga sumbangan kecil daripada pihak kami ini dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak di sana.

...............................................
✅ BANK MUAMALAT
✅ 1213-0000-7997-14
✅ PERTUBUHAN KEBAJIKAN & PUSAT JAGAAN KASIH EHSAN SEJATI (PERKASEH)

18/02/2026

🌙✨ MARHABAN YA RAMADAN 1447H | 2026M ✨🌙

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang mulia, bulan rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.

Ramadan mengajar kita erti sabar, syukur dan peduli. Di saat kita menyediakan juadah berbuka untuk keluarga tercinta, masih ada insan yang berjuang untuk mendapatkan sekampit beras dan sekadar lauk berbuka.

Kerana itu, Pertubuhan Kebajikan dan Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH) meneruskan misi kebajikan melalui:

🧺 PROGRAM BAKUL RAMADAN PERKASEH 2026

Kepada yang ingan mendapatkan Bakul Ramadan Perkaseh 2026 boleh terus hubungi: www.wasap.my/601110840523/bakulramadan

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab rezeki dilapangkan, doa dimakbulkan dan hidup diberkati.

Info Sumbangan:
Bank Muamalat Malaysia Berhad
1213-0000-7997-14
Pertubuhan Kebajikan dan Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH)

Jom _*SEDEKAH INFAQ @ SUBUH @ SYAABAN @ WAKAF JUMAAT*__Pertubuhan Kebajikan & Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH)...
29/01/2026

Jom _*SEDEKAH INFAQ @ SUBUH @ SYAABAN @ WAKAF JUMAAT*_

_Pertubuhan Kebajikan & Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH)_

Sumbangan boleh disalurkan terus ke nombor akaun dibawah :

*Bank Muamalat*
1213-0000-7997-14

================
Platform PERKASEH
================

1 *FACEBOOK*
https://www.facebook.com/pertubuhankebajikandanpusatjagaankasihehsansejati/

2 *INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/pusatjagaanperkaseh/

3 *TIKTOK*
https://www.tiktok.com/

4 *TELEGRAM*
https://t.me/pertubuhanperkaseh

5 *GROUP*
https://t.me/pusatjagaanperkaseh

6 *CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029VawpOsuCBtxALORiH10J

7 *COMMUNITY*
https://chat.whatsapp.com/KjFWdexSeLqFXuTiqFyjFX

💚 *PEMULIHAN FASILITI & OPERASI PUSAT JAGAAN (KANAK-KANAK) PERKASEH* 💚السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setelah sekian lam...
23/01/2026

💚 *PEMULIHAN FASILITI & OPERASI PUSAT JAGAAN (KANAK-KANAK) PERKASEH* 💚

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setelah sekian lama berdepan pembekuan akaun bank yang melumpuhkan operasi, Pertubuhan Kebajikan & Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH) kini perlahan-lahan bangkit memulakan fasa pemulihan fasiliti dengan pengaktifan akaun perbankan baharu

💚Kepada para dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan, boleh disalurkan ke akaun bank;
BANK MUAMALAT
*1213-0000-7997-14*
Ref : Pemulihan Operasi PERKASEH

_Bunga melati harum mewangi,_
_Indah dipandang waktu pagi,_
_Hulurlah sumbangan seikhlas hati,_
_Moga Allah memberkati rezeki._

Sebarang pertanyaan & info lanjut, boleh hubungi nombor yang tertera pada poster berkenaan.

P/s : mohon panjangkan iklan ini semoga lebih ramai lagi yang mendapat manfaat daripadanya 🤲😍

🌙 SALAM ISRAK MIKRAJ 1447H | 2026M.. Israk Mikraj mengajar kita erti pengorbanan,ketaatan dan kasih Rasulullah SAW terha...
16/01/2026

🌙 SALAM ISRAK MIKRAJ 1447H | 2026M..
Israk Mikraj mengajar kita erti pengorbanan,
ketaatan dan kasih Rasulullah SAW terhadap ummatnya...
Dalam keberkatan peristiwa agung ini,
kami dengan penuh rendah hati merayu bantuan anda...
🤍 PERKASEH sedang melalui fasa pemulihan operasi pusat jagaan
demi memastikan anak-anak jagaan terus dilindungi, disantuni dan dibesarkan dengan kasih sayang...
Setiap sumbangan ikhlas anda adalah:
✨ harapan buat mereka
✨ amal jariah buat kita
✨ doa yang hidup sepanjang masa..
💝 SALURKAN SUMBANGAN ANDA

🏦 BANK MUAMALAT:
1213-0000-7997-14
Pertubuhan Kebajikan &
Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH)..
“Barang siapa meringankan kesusahan seorang mukmin,
Allah akan meringankan kesusahannya di hari kiamat.”
(HR Muslim)..
..

Pertubuhan Perkaseh
Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati - Perkaseh
Pertubuhan Kebajikan & Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati - Perkaseh

JEMPUTAN KERJASAMA PROJEK CSR & INISIATIF KOMUNITIPEMULIHAN OPERASI PUSAT JAGAAN KASIH EHSAN SEJATI (PERKASEH)YBhg. Dato...
15/01/2026

JEMPUTAN KERJASAMA PROJEK CSR & INISIATIF KOMUNITI

PEMULIHAN OPERASI PUSAT JAGAAN KASIH EHSAN SEJATI (PERKASEH)

YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan.

Pertubuhan Kebajikan & Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati (PERKASEH) ingin menjemput pihak YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk mempertimbangkan penyertaan dalam Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) & Inisiatif Komuniti: Pemulihan Operasi Pusat Jagaan PERKASEH, yang bertujuan memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan anak-anak jagaan dapat terus dipelihara secara berdaftar, selamat dan mampan.

Untuk makluman, PERKASEH sebelum ini telah berdepan insiden penipuan siber yang menyebabkan pembekuan akaun perbankan pertubuhan dan menjejaskan operasi serta proses pendaftaran pusat jagaan.

Alhamdulillah, akaun perbankan baharu kini telah berjaya didaftarkan dan kami telah memasuki fasa pemulihan operasi secara berperingkat.

Sehubungan itu, bersama e-mel ini kami sertakan Kertas Kerja Cadangan Jemputan Kerjasama Projek CSR & Inisiatif Komuniti untuk rujukan dan pertimbangan pihak YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan. Kertas kerja ini memperincikan:

1. Latar belakang dan keperluan pemulihan pusat jagaan
2. Skop kerja dan keutamaan fasiliti
3. Bentuk kerjasama CSR dan sumbangan yang dicadangkan
4. Modus operandi pengurusan dana yang telus dan berakauntabiliti
5. Impak sosial dan manfaat kepada anak-anak jagaan serta rakan CSR

Kami dengan rendah hati mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama, sumbangan atau sokongan sama ada dalam bentuk kewangan, perkhidmatan, kepakaran, barangan mahupun kolaborasi strategik demi memastikan kesinambungan kebajikan anak-anak yang berada di bawah jagaan kami.

Sebarang maklumbalas, pertanyaan atau perbincangan lanjut amat dialu-alukan dan boleh diajukan kepada kami melalui maklumat perhubungan di bawah.

Kerjasama, keprihatinan dan sokongan pihak YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan amat kami hargai. Semoga segala kebaikan ini menjadi asbab keberkatan dan ganjaran berpanjangan di sisi Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Pertubuhan Perkaseh
Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati - Perkaseh
Pertubuhan Kebajikan & Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati - Perkaseh

📞 Telefon / WhatsApp: 011-1084 0523

📧 Emel: [email protected]

🌐 Pautan Borang CSR (Google Form):
https://forms.gle/8WhpH787DJKe1weq7

Address

Lot. 224, Lorong Pinang 3, Kampung Melayu Ampang
Batang Kali
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati - Perkaseh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pusat Jagaan Kasih Ehsan Sejati - Perkaseh:

Share