07/11/2025
📢 *HEBAHAN KEPADA JEMAAH MADRASATUL HUDA*
الحمد لله رب العالمين
Pihak Madrasatul Huda dengan penuh kesyukuran memaklumkan bahawa mihrab surau kita kini telah siap sepenuhnya!
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang budiman yang telah bersama menjayakan projek ini. Semoga Allah melimpahkan pahala dan keberkatan atas setiap sumbangan dan doa kalian. 🤲🏼
Mari kita hargai nikmat ini dengan memperbanyakkan kehadiran ke surau, mengimarahkan rumah Allah dengan solat berjemaah, zikir dan ilmu.
Surau yang makmur tanda hati yang subur dengan iman.
Kini, pihak surau sedang meneruskan usaha bagi program pengimarahan surau dan juga projek pembangunan fasa seterusnya.
Justeru, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada jemaah sekalian bagi memastikan kelangsungan program imarah dan pembangunan Madrasatul Huda.
📦 Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Akaun bank *Madrasatul Huda - 012240600149 (Maybank)*
atau terus kepada Setiausaha Surau En. Baiem 011-5770 0122.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi bekalan pahala yang berterusan (صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ) di sisi Allah SWT.
جزاكم الله خير الجزاء